Friday, December 31, 2010

Buang Yang Keruh Ambil Yang Jernih

Posted by take5shopOn9 at 9:43 AM 1 comments
Salam sejahtera semua. Selamat bercuti yang lama bagi para pekerja di Malaysia atas kejayaan skuad Harimau Malaya. Sejak piala dunia muncul hati ini mula tertarik dengan football game. Jika dahulu asal ayah menonton football game mesti muncung panjang sedepa sebab tak suka rancangan itu. Tapi sekarang sudah berubah. Cuma , masih belum kenal rapat dengan pemain. Sekarang di Tv9 goal keeper Harimau Malaya yang ala-ala negara samurai sedang on air, memang menjadi kegilaan ramai gadis termasuklah diriku. Dengarnya sudah berpacaran.

Hari ini nombor last dalam kalendar 2010. Semuanya ada perancangan tersendiri untuk menikmati hari esok 2011. Maka pelbagai azam, cita-cita yang tercipta dari minda kaliankan. Jangan persoal tentang azam pada saya. Biarlah menjadi rahsia sebab saya berangan je lebih.

Pelbagai peristiwa suka duka telah dilalui sepanjang 2010 ini. Namun saya terima sebagai ketentuanNya kerana Dia maha Mengetahui apa yang baik untuk hambaNya.

2011 aku menunggu dengan senyuman.

Tuesday, December 7, 2010

Jodoh di Tangan Allah

Posted by take5shopOn9 at 4:17 PM 0 comments
Pada suatu hari, saya bertanya kepada emak,"Maa satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang?". Mak jawab, "dua-dua bukan.." Saya tercengang. Mak mengukir senyuman.

"Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Alllah". Saya menarik nafas dalam-dalam. "Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?". Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya. "Yang paling tahu hanya Allah", mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.

"Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya..", mak menyusun ayat-ayatnya. "Dan keikhlasan kerana Allah itu terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjolkan oleh seseorang itu.."

Saya memintas, "tak faham!" mak menyambung "cinta didalam jalan Allah..bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..", mak menyambung lagi. "Begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet itu".

Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini. Mak menyambung "setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali lagi".
Persoalannya ialah.."Siapakah jodoh itu?". Mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.

"Kakak, mak dulu masa remaja ada secret admire. Rajin betul dia hantar surat. Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ini tak halal. Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur. Mak sedar, mak anak yatim piatu, anak orang miskin, adik-beradik ramai. Mak nak kena belajar bersunguh-sungguh, lama budak tu tunggu mak. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak. Dan dia memang buka jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta itu". Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak.

"Mak memang tak ada perasaan langsung pada dia ke?", saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. "Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain. Mak seperti kakak". Mak memandang saya sambil memegang pipi san dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

"Mak anak ustaz dan ustazah. Tapi zaman tu ustaz ustazahnya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak Kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji. Sebab, zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya. Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung.

Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya", emak melemparkan pandangan ke lantai. "Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami, dia suruh kami teruskan", sambung mak.

Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

"Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul samada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak", mak menelan air liurnya. Saya diam.

Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya. Adakah ia suatu diskriminasi?

"Kakak, jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni. Tetapi kita kena ingat, kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling mencintai..bercouple mungkin. Tetapi bukan berkahwin. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali, dan tak mustahil orang yang paling kita benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..".

Tiba-tiba airmata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, "Allah itu Maha Adil..Dia tak pernah menzalimi hambaNya. Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya.

Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya", emak berhenti seketika. Bukan luar biasa..

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. "Kakak..jadi disini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa. Dan berkahwin bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintau Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beritahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-kian hal kerana Allah semata-mata.

"Kakak..hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. Hanya Allah yang boleh memegangnya, sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah. Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pengalaman bercinta dengan lelaki kaya, rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh, cacat dan dungu. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti".

"Kakak...walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha..tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur..".

Sekali lagi berjuruaian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri. Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Perlukan emak sangat-sangat kuat. "Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah. Sekarang emak srahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara".

Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya..



Apa yang ada pada tarikh 26?

Posted by take5shopOn9 at 2:00 PM 0 comments

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berAKAL" - Al-Imran 190

Bencana Tahun 1500-2000:
26 Jan 1531 gempa bumi di Lisbon, Portugal, 30.000 orang tewas
26 Jan 1700 gempa di Laut Pasifik, dari Vancouver Island, Southwest Canada off British Columbia hingga Northern California, Pacific Northwest,USA. Dikenal sebagai megathrust earthquake.
26 Jul 1805 gempa bumi di Naples, Calabria, Italy, 26.000 orang tewas
26 Aug 1883 Gunung Krakatau meletus, 36.000 orang diperkirakan tewas
26 Dec 1861 gempa bumi di Egion, Yunani
26 Mar 1872 gempa bumi di Owens Valley, USA
26 Aug 1896 gempa bumi di Skeid, Land, Islandia
26 Nov 1902 gempa bumi di Bohemia, sekarang Czech Republic
26 Nov 1930 gempa bumi di Izu
26 Sep 1932 gempa bumi di Ierissos, Yunani
26 Dec 1932 gempa bumi di Kansu, Cina, 70.000 orang tewas
26 Okt 1935 gempa bumi di Colombia
26 Dec 1939 gempa bumi di Erzincan, Turki, 41.000 orang tewas
26 Nov 1943 gempa di Tosya Ladik, Turki
26 Dec 1949 gempa bumi di Imaichi, Jepun
26 Mei 1957 gempa di Bolu Abant, Turki
26 Mar 1963 gempa bumi di Wakasa Bay, Jepang
26 Jul 1963 gempa bumi di Skopje, Yugoslavia, 1.000 orang tewas
26 Mei 1964 gempa bumi di S. Sandwich Island
26 Jul 1967 gempa bumi di Pulumur, Turki
26 Sep 1970 gempa bumi di Bahia Solano, Colombia
26 Jul 1971 gempa bumi di Solomon Island
26 Apr 1972 gempa bumi di Ezine, Turki
26 Mei 1975 gempa bumi di N. Atlantic
26 Mar 1977 gempa bumi di Palu, Turki
26 Dec 1979 gempa bumi di Carlisle, Inggris
26 Apr 1981 gempa bumi di Westmorland, USA
26 Mei 1983 gempa bumi di Nihonkai, Chubu, Jepang
26 Jan 1985 gempa bumi di Mendoza, Argentina
26 Jan 1986 gempa bumi di Tres Pinos, USA
26 Apr 1992 gempa bumi di Cape Mendocino, California, USA
26 Okt 1997 gempa bumi di Italia

Tahun 2000 - kini

26 Desember'04 Tsunami di Aceh tanggal

26 Mei 2006, Gempa Jogja

26 Jun 2010, Tasik gempa

26 Oktober 2010 Tsunami Mentawai

26 Oktober 2010 Merapi Meletus .

Ada apa dengan 26.? Trnyata..dlm alquran, jus 26 surat asy-syu'ara yg didalamnya pngertian tntg azab Allah... Subhanallah

1432 Hijrah

Posted by take5shopOn9 at 1:48 PM 0 comments
Salam Tahun Baru Hijriah. Setiap tahun pasti ada majlis sambutan dan anugerah tokoh ma'al hijrah akan disampaikan kepada yang layak. Tahniah kepada penerima, moga dengan penganugerahan itu akan membantu saudara Islam di sekeliling anda. Lagu tema Ma'al Hijrah pun sedap juga didengar dan laungkan. Namun, dapatkah aku istiqamah dengan niat hijrah ini. Aku hanya manusia biasa yang tak dapat lari dari masalah dan ancaman duniawi.

Aku reda dengan semua dugaan yang Tuhan beri sebagai landasan untuk membina masa hadapan. Tuhan tidak menduga hambanya jika dia tak mampu menghadapi. Aku bersyukur dengan nikmat serta segala kurniaan yang melimpah ruah. Amin...

Jangan hanya menunggu setiap ada peristiwa seperti Tahun Baru, Hari Kelahiran, ditinggalkan, papa kedana baru terasa ingin berubah. Mulalah sekarang kerana kita tidak pasti apa yang akan dipersembahkan oleh Tuhan pada kita nanti.

Bersama kita perbaiki kelemahan diri. Allah maha Pengasih dan Penyayang.

Sunday, November 28, 2010

Out Station

Posted by take5shopOn9 at 11:47 AM 0 comments
Cuti sekolah sudah bermula, pasti perlbagai rancangan menarik telah diprogramkan samada rancangan ibu bapa, televisyen, pejabat dan setiap orang ada rancangan sebagai penutup 2010. Tinggal sebulan sahaja 2010 hendak melabuhkan tirai. Selamat tinggal derita..

Minggu ini semakin sibuk dengan urusan yang 'on call'. Macam paramedik pula. 3 hari berkampung di Bukit Jalil, sempena dengan program Festival Malaysia Inovasi 2010. Menarik! aku sangat teruja dengan pengisian yang pelbagai dan mencabar minda. Terasa kesalnya, kunjungan kurang memuaskan sepanjang pagi hingga ke petang berada di sana. Mungkin pengunjung lebih ramai di waktu malam. Itulah yang diharapkan.

Farhan Kamarzaman, salah seorang finalis inovasi kategori OKU zon tengah yang menyertai program ini dengan hasil rekaan Video Communication. Ramai pengunjung yang berminat dengan hasil ciptaan. Moga boleh dikomersialkan diperingkat yang lebih maju. Tahniah Farhan!

Jumaat 26 nov bergerak ke Melaka sempena Majlis Perasmian Penutup Sukan Paralimpiad Malaysia ke 15. Pengalaman baru mengendalikan secara live dan sepenuhnya di majlis ini. Itulah yang dikatakan rezeki dari tuhan. Setiap langkah aku berniat, moga tiap peluh yang menitis aku laksanakan sebab izin dan mendapat redhaMU. Selesai majlis jam 11.30 malam, terus berangakat ke Seremban bersama rakan setugas. Jam 2.45 pagi sampai di dirumah. Penat..

30hb Nov kerja luar di Shah Alam pula yang menanti.. Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi bekerjasama mencari rezeki ini.

Monday, November 15, 2010

Kelebihan Bulan Zulhijjah

Posted by take5shopOn9 at 8:38 PM 0 comments

Salam kepada pembaca. Leka dengan rutin harian kita telah masuk ke bulan Zulhijjah. Hari ini bersamaan 8 Zulhijjah. Bagi jemaah yang mendapat panggilan dan seruan dari Allah taala sedang berwukuf di Arafah iaitu salah satu rukun wajib haji. Disinilah segala manusia dari pelbagai lapisan budaya, kulit, pangkat, darjat di pelusuk bumi dihimpunkan. Maka tinggallah segala perkara dunia sementara disana. Semua manusia adalah sama disisi Allah taala. Tidak perlulah mereka berasa riak dan angkuh dengan hadiah dunia yang dipinjamkan semetara. Yang perlu dilakukan pengabdian dan penyerahan diri kepada Allah.

Bagi yang tidak atau mungkin belum berkesempatan mengerjakan haji ibadah Qurban dihidupkan di tempat masing-masing. Sebelum itu, bersama-sama kita menghidupkan dengan amalan-amalan di sepuluh hari awal Zulhijjah. Ini merupakan peluang kedua selepas Ramadhan untuk umat Islam mendapatkan gandaan keredhaan, keampunan dan pahala amalan dari Allah SWT.

1. Menunaikan Haji & Umrah
Sebaik-baiknya amalan adalah menunaikan haji & umrah. Sabda Nabi SAW " Haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan Syurga"

2. Berpuasa
Sesiapa yang berpuasa pada hari Arafah, Allah akan menghapuskan dosanya selama 2 tahun. Hari Arafah adalah hari di mana Allah telah menyempurnakan agama-Nya.
Diriwayatkan oleh Hunaydah Ibn Khaalid oleh isterinya, bahawa salah seorang dari isteri Rasulullah SAW telah berkata:
"Rasullulah SAW kebiasaannya berpuasa pada hari 9 pertama Zulhijjah dan hari Asyura, pada 3 hari pada setiap bulan, hari Isnin pertama pada setiap bulan dan 2 hari Khamis"
3. Berzikir
Iaitu dengan banyak berzikir seperti Subhanallah, Alahamdulillah, La ilaha Illa Allah dan Allahu Akbar. Dibolehkan juga pada hari-hari tersebut berzikir dengan apa-apa zikir yang lain dan segala do'a yang baik.

4. Bertaubat
Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa supaya mendapat keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana ma'siat adalah punca kepada jauh & terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya.

5. Memperbanyakkan Amalan Soleh
Terutama amalan-amalan sunah tambahan seperti solat sunat, bersedekah, berjihad, membaca al Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran, mendekatkan diri kepada-Nya dan seumpamanya kerana kesemuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut.

6. Bertakbir pada Hari Aidil Adha
Bagi mereka yang tidak menunaikan 'ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari 'Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zohor hari raya haji (10 Zulhijjah), dan berakhir pada Asar pada hari ketiga belas (13 Zulhijjah).

7. Melakukan Korban (menyembelih binatang ternakan)
Pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12, dan 13 Zulhijjah) dan membelanjakan harta pada korban tersebut semata-mata kerana Allah. Kemudian disedekahkan 2/3 daripadanya kepada kaum fakir dan miskin.

8. Solat Aidil Adha di masjid & mendengar Khutbah
Berusaha untuk menunaikan solat hari raya secara berjemaah, menunggu mendengar khutbah yang dibaca oleh imam selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran
daripadanya

.
:gambar kenangan diladang kurma semasa menjalani
ibadah umrah bersama keluarga tercinta; 03 Jun 2009:

Thursday, October 28, 2010

W17

Posted by take5shopOn9 at 3:30 PM 0 comments
aku baru sahaja lepas menghadiri temuduga jawatan tetap untuk w17 tadi. tak sangka rezeki di panggil pagi ini. walaupun belum mendapat keputusan muktamad, dipanggil untuk temudug apun dikira sebagai rezeki juga. tiap yang kita lakukan adalah telah dicatat Tuhan sejak dulu lagi. anda yang membaca entri ini pun adalah gerakan dari Tuhan. *bulan ini temanya adalah Bahasa Kebangsaan* jadi mendispilinkan diri berbahasa dengan baik. ini bukan kerana (bias) dari impak ditemuduga tadi ye. jadi disini saya mahu kongsikan pengalaman semasa sesi temuduga.

w17 ini adalah jawatan peringkat SPM. jadi segala sijil yang terbaik dari SPM, misalnya Diploma, Ijazah, Master, PhD, dan sebagainya. eloklah disimpan baik-baik. kerana, juri hanya melihat dan menilai calon berdasarkan kelayakan SPM sahaja. saya pun hampir ingin membawa bersama segala pendidikan yang tertinggi. (atas nasihat rakan serumah yang pernah menjalani sesi seperti ini menasihati saya).

sebelum sesi temuduga.

: calon dikehendaki datang awal sekurang-kurangnya 30 min sebelum masa yang dinyatakan dalam surat tawaran.
: susun sijil-sijil asal dan salinan seperti yang dikehendaki dalam surat tawaran.
: calon tidak perlu membawa 'resume', kerana segala maklumat peribadi telah pun dinyatakan semasa mengisi borang secara 'online' dulu.

semasa sesi temuduga.

: seramai 4 orang calon dimasukkan serentak ke dalam bilik. sebelum ini saya pernah mengalami sesi beramai-ramai begini. jadi untuk menghilangkan gemuruh dan mendapatkan idea yang banyak. duduklah dikerusi hujung sebelah kiri (jika calon menghadap juri). jika disoal mengikut turutan nombor, calon hujung kiri adalah yang terakhir. pelbagai idea boleh digoreng setelah mendengar hujah-hujah calon lain.
: perkenalkan diri calon; nama, latar belakang keluarga, pendidikan awal hingga akhir (SPM je la), pengalaman bekerja.
: juri akan menyoal calon berkaitan jawatan yang dipohon. jika calon faham bidang kerjaya ini, cerahlah menjawab dengan lancar.
: soalan dari juri; sepanjang bekerja amanah adalah suatu tanggungjawab yang perlu digalas oleh pekerja, pernahkan amanah anda dikhinati oleh majikan. (lebih kurang begini soalannya)
: isu semasa; juri meminta calon memilih satu topik untuk dikupas dan dibincang bersama calon-calon yang lain. ( tadi seorang calon mengupas tajuk berkaitan UPSR & PMR ingin dimansuhkan. masing-masing dengan hujah yang tersendiri).
: pengetahuan am; rukun negara (ada juga yang gagap hendak memberikan jawapan), nama sultan.
: pop kuiz; ibu negara Filipina, mata wang Singapura, Timbalan Menteri Pelajaran, apakah yang dimaksudkan Komanwel, berpakah negara yang menjajah Malaysia?.

p/s: kebetulan salah seorang dari juri ada yang mahir berbahasa isyarat dan menyuruh saya menjawab salah satu dari soalan yang diajukan menggunakan bahasa isyarat. nampak gayanya juri berminat dengan kemahiran yang saya miliki. namun tidak semestinya saya berjaya dalam sesi temuduga tadi.

Monday, October 25, 2010

Twients Girl; Sophie Kinsella

Posted by take5shopOn9 at 9:39 PM 0 comments

sekarang sangat asyik menghabiskan novel tebal ini. bagaimana aku boleh berminat untuk menghabiskannya? ini semua atas dorongan seorang student dari IPIK. mulanya, hanya berbual kosong tentang bagaimana hendak meningkat penguasaan Bahasa Inggeris dan minat untuk membaca terutama bahan Inggeris. baca semua orang boleh baca..tapi adakah boleh menterjemahkan sebijik macam dalam penulisan asal?

susahkan nak menghayati cerita yang bukan bahasa ibunda kita. masalah bagi aku apabila mencari bahan cerita Inggeris ialah kebanyakkan cerita ada fiction. terlampau sangat dengan alam fantasi. otak sihat aku ni selalu sangat menyangkal benda-benda yang mengarut & tak pernak wujud dalam alam nyata. jadi setiap pemilihan bahan, semuanya tak berkenan denga hati.

tibalah suatu hari di library IPIK. student ni suruh aku mencari buku yang depan kulit ada cop 'Bestselling Author'. tahu apa yang aku jumpa? tajuknya 'Ketika Cinta Bertasbih', sama juga kerana ada cop yang tertera di depan kulit. lantas dia menghulurkan aku buku ini, dalam masa 2 minggu aku mesti habis membaca. kiranya aku dan dia berlumba untuk habiskan membaca. owhh mengapa begitu ilmiah pertarungannya. dengan penuh keyakinan aku terima.

dalam masa 4 hari aku dah sampai cahpter 9. kira bagus la bagi aku baru dalam siri membaca. rasa tak mahu lepaskan peluang yang ada untuk membaca sahaja. aku bangga dengan diriku ini..

Wednesday, October 20, 2010

16-22

Posted by take5shopOn9 at 12:26 PM 1 comments

kami akan berpindah ke tingkat 13. hanya turun 3 tingkat sahaja. harapnya owner baru tidaklah mengganggu kami seperti yang kami terima sekarang. memang bermasalah berurusan dengan manusia yang suka membuat perjanjian melalui lidah. bila diminta 'hitam putih' ada sahaja alasan yang dihujahkan. memang dasar manusia tidak boleh menerima kelemahan. ego sungguh. tak malu sungguh bergaduh dengan wanita. citt..!

jadi, pada masa akan datang. kami akan lebih berhati-hati dalam melakukan apa-apa urusan supaya tidak mudah diperdaya. luar setinggan, dalam condo...


Monday, October 4, 2010

Jiwa, Minda & Tubuh yang Sihat

Posted by take5shopOn9 at 8:14 AM 0 comments
Adakah anda sering mengalami tekanan dan kejenuhan dalam hidup?
Apakah anda sering merasakan tekanan yang bertubi-tubi pada diri anda?
Inginkah anda bersikap lebih santai,
tenang dan menikmati apa pun yang sedang anda lakukan?


kehidupan ini akan terasa indah jika kita sihat. orang yang sihat adalah orang yang sihat fizikal, fikiran dan rohaninya. istilah lain body, mind and soul.

apakah ciri-ciri dari orang yang memiliki fikiran yang sihat?
orang yang berfikiran remeh adalah orang yang suka membicarakan mengenai orang lain, terutama mengenai kekurangan dan kelemahannya.

orang yang berfikiran biasa adalah orang yang senang membicarakan kejadian. misalnya, hari ini hujan di sini, ada bencana di sana, ada banjir di sana dan sebagainya.

orang yang berfikiran besar adalah orang yang senang membicarakan idea. mereka membicarakan mengenai cita-cita dan idea-idea yang bernas.

jadi mari kita renungkan, kebanyakkan masyarakat kita membicarakan mengenai apa? tapi secara kasarnya melalui rancangan-rancangan di televisyen, jawapannya jelas. kita senang membicarakan mengenai hal orang lain, bahkan berkali-kali dan berhari-hari...


Tuesday, September 28, 2010

Lidah Lebih Tajam dari Mata Pedang

Posted by take5shopOn9 at 11:57 PM 0 comments
makin kita mendiamkan diri, makin pelbagai kata nista dicampakkan. facebook menjadi medan mereka meluahkan rasa ketidakpuasan hati masing-masing. mungkin tidak mereka sedari lantaran kata-kata yang dilontarkan sangat menampakkan kelemahan diri sendiri. golongan sebegini tidak patut diberi respon atau tindakan dengan kata-kata kerana bagi mereka semuanya adalah benar. jadi apa guna bertegang leher untuk membazirkan air liur dengan bercakap dengan mereka.

katanya, wall post itu sebagai tazkirah untuk menyedarkan manusia yang mempunyai perasaan iri hati dan dengki terhadap dirinya. pembaca yang melihat wall post secara rasional akan bersama memberi komen, mungkin berunsur nasihat mungkin juga berunsur cacian. sungguh memalukan seorang gelaran graduan bidang islamic boleh berkata demikian. tugasan mendidik anak bangsa digalas dibahu tapi sanggup melontarkan kata-kata sedemikian. dunia sekarang tanpa sempadan, tanpa mengira golongan dewasa mahupun kanak-kanak semua mudah untuk meng'acsess' setiap rangkaian. apa kata anak didik apabila melihat 'lilin yang menerangai' hidupnya seolah macam api yang marak disimbah api.

ingatlah kata-kata yang kita lemparkan sebenarnya adalah diri kita. kedudukan belum tentu boleh menyelamatkan kamu berada dalam zon bebas bersuara. hidup kita baru bermula, terlalu banyak corak perlu dicanting atas kain.

biarkan mereka gembira dengan wayangnya. wayang itu telah ditakdirkan oleh Allah untuk mereka lakonkan. kasihan sungguh!

Allah itu Maha Pengasih lagi Maha pengampun

Antara Nasihat & Iri hati

Posted by take5shopOn9 at 8:51 AM 0 comments
ke mana perginya kehormatan & kesantunan dalam sebuah keluarga? tiada erti yang muda di sayangi dan tua di hormati. penat jerih orang tua mengajar ditambah lagi didikan di sekolah oleh para guru, adab serta tatasusila menghormati orang disekeliling kita.

dulu zaman kecilnya sangat akrab. tidak kisah bermain, berkongsi cerita bersama. lama-kelamaan suasan itu suram dan langsung karam dek peredaran masa serta perubahan diri manusia itu sendiri. dirinya selalu berkata dia tidak pernah berubah. tapi mata yang memandang, orang disekeliling ada juri tiap tingkah perbuatan. 'Don't Judge A Book by Its Cover'. boleh lagi digunakan pepatah ini. namun pada hal ini, semuanya tidak benar.

disebabkan harta, pangkat, kuasa yang ada sekelip mata manusia boleh berubah. mungkin berubah kepada yang baik dan sebaliknya. bagi yang terus kepada perubahan yang positif kita bersama mendoakan agar mereka terus dijalan yang benar. bagi yang masih alpa semua itu adalah nikmat sementara. sekelip mata Tuhan yang Maha Kuasa boleh merubahnya.

kenapa nasihat yang diberikan langsung tidak diendah. bahkan dikata sebagai iri hati. itulah tafsiran manusia yang tidak boleh menerima kekurangan tindakannya. baginya itu adalah benar..itulah yang mesti dilakukan.

apabila duit telah menguasai minda. keluarga boleh dilupakan.

Saturday, August 21, 2010

Berangan dulu sebelum dapat

Posted by take5shopOn9 at 8:09 AM 1 comments
selamat pagi malaysia. bangunnnn.. tak payah la sambung tido selepas sahur. subuh weii. dah buleh solat dhua. apalah guna berpuasa tapi tiang agama goyah. tak balance la jawab eh. pagi sabtu ni mesti macam-macam perancangan nak dilaksanakan. lobih-lobih lagi dah masuk sabtu yang ke2 ramadhan. sapo yang ghajin poie la mengukur Jalan TAR. ponoh mengombek orang. tak ghomar aku padat ngan orang. macam-macam bau ado lokek kang. kalau teringin na nak soping bongka sekarang, siap doreh ko kelumpo. dah tongah ari kok paneh kang menyongge macam korang busuk.

aku donga kek mano-mano stetsen radio sekarang dah heboh lagu dari lelaki ni. agah eh konal tak. hensem kan.

banyak lagu yang dio nyanyi sodap donga sambil angguk-angguk kepalo. kiro eh ikut peredaran maso skarang la. konsep lagu memang enjoy tapi ada mesej yang disampaikan. tak ghoti nak bagi ulasan pasal muzik ni. bukan bidang. ghoma donga nak potik gitar ko apo ko kayu tangan ni. marin ado blaja ngan kawan potik gitar. semangat bukan handal. tengok orang main macam gigit kuku. dapek kek diri sendiri bau ghaso sendiri. kesudahan eh dah lupo sume yang diajar. teraso nak boli sebuah gitar buek potik-potik sendiri. tau dek omak kang ado yang dihumban kek parit. bahayo kojo ni.

sebonar eh lagu Maher ni dah lamo aku donga. sojak tahun lopeh. dapek dari sorang kawan dio buek video klip kawen orang. skali donga hanjut kepolo, kaki bergoyang. buleh layan. tanyo dari mano dio dapek? kato eh dari adik ipar yang blaja kek mosir. sanun dah femes malaysia ni yo lambek sampai. samolah ngan lagu Nobody. sapo yang gilo jopun korea tau lah betapo lamo dah lagu tue. sini yo heboh macam ayam bertolo.

bilo dah sodap donga aku sodut sumo lagu. hari-hari kek opis lagu dio aku putar. tak sangko, orang yang minat lagu omputih pun layan. langsung lagu nimeracun orang lain. kesudahan aku muak sobab dah ramai yang minat. aku kalau dah ramai sangat suka atau ngikut mulo lah tak ghoma nak layan atau buek. macam takdo feel la.

kawen kakchik bulan 6 aritu. lagu-lagu dari padang pasir la aku putar. PA system xdo yang jago. kitorang adik beradik yang ngojo an bondo alah tue. maso tue orang luar bolum perasan lagu tu. kiro eh tercapai gak impian aku nak lagu tu memokak kek rumah.

aku kawen sok raso nak panggil Maher datang, suruh dio nyanyi live. bahagio lak ai. kesudahan eh Maher yang leko dipandang orang. aku ngan laki syok sendiri tersongeh-songeh. takdo sapo nak amik gamba kami. dah semua tertumpu kek maher. adoi.. takpo janji tetamu gembiro & ingat majlis resepsi. cewaaahhh!

majlis nak buek kek dewan kawasan somban. bukan lupo diri tak maun kenduri kek kampung. dah aku survey, payah amek kalau kenduri di kampung. orang penanggah dah makin tuo, uzur. takkan nak dikorah itu, ini. kesian aku tengok. aku dengan famili dah lamo tinggal kek somban ngn pedeksen. kiro eh kawan-kawan ramai area sanun. kampung aku konal muko, namo fail.. balik kekadang, duduk diam dalam rumah. nak buat mesyuarat tingkap tak koso la. pahalo nie la kurang, nak lak tambah doso. konal-konal camtue la. kalau jumpo sonyum salam.

bilo kek dewan, aku nak tetamu yang datang buleh pakai glamer. datang makan konyang, borak-borak ngan sedaro-maro. adik-beradik ramai yang dah kawin beranak-pinak. nak bersusah-payah buek kojo kesian lak ngan anak memasing. macam-macam ragam. kok bulih dubuek runding takpo. nie lawan tokei. habis majlis badan tak lotih. malam bulih berehat-rehat borak-borak, karok ko..tontulah katering 100%. dalam menu tue mesti ado acar buah. uamg sodap eh. lauk mesti sodap sobab eh biar orang balik sumo konyang. tak ngumpek majlis aku.

lopeh tu, nak ado caklempong. nak team caklempong maso kawin kakndak aku marin. tu akak ipar aku yang sponsor. kono 'book' awal. baru lah relax sambil makin donga caklempong. aku pun tak ghoma haruk-haruk ni. payah nak berburak. tak sudah dek beburak kan. iyolah maso nilah nak jumpo orang. maso pengantin masuk, nak dikir rebano. kompang dah biaso. dikir ini ado tarian piring skali. orang ghombau tau lah, sobab eh tompek dio yang ado. klasik la.

anak-anak buah aku mesti iring mak uda dan suami ye. jangan merayau-rayau ghobut bunga manga. sekarang ni dah 7 orang anak buah. kawin aku sok ontah 1 team bola sepak. ramai eh..

tema? ermm..apo eh. skarang dari kad, khemah, skriting, scalep, pelamin, famili, pengantin sumo warna samo. tak ghoma la pulak. kalau bergambar ngan pengantin, tenggolam gamba pengantin. keluarga aku ni ramai. dah ponoh pelamin pengantin baru dongan pengantin lamo pun tak pasti yang mano. aiyakk.


*************************************

itu cerito secara kasar. kalau detai macam-macam nak. tapi kang banyak bona cito ado yang cilok. baik diam. tengok yolah. apo lah kono pagi-pagi cerito pasal kawen. kalau tahu kek omak maun kono golak. duit simpan adolah sekangkang koro. cito-cito handal. calon pun takdo, berangan nak lobih. woii..kojo kumpo duit ponoh-ponoh. dah ado bagi cincin sok jalan yo.

aku percaya jodoh pertemuan ajal maut semua ditentu Allah. biasalah kan bercinta dengan orang lain bernikah dengan lain... kito mesti merancang supaya tak gagal. selain eh Allah yang tahu.

p/s: donga lah lagu ni..


Friday, August 20, 2010

Keseorangan

Posted by take5shopOn9 at 10:25 PM 0 comments
kesian aku, hari ni berbuka sorang je di rumah rumah. housemate yang berdua dah berjuang di medan KFC *kerja partime*. rajin kan dorang. aku bukan tak rajin cuma every wekend ada je komitmen lain mesti aku laksanakan. payah la jadi orang penting ni. paling tak pun aku balik umah seremban, melepak ngan family jadi driver untuk ayah ke sana sini. akulah runner. cewaahh. confirm la mak tak bagi aku buat partime sampai tengah malam. bahaya katanya. tapi kelumpo ni kan tak kira siang malam selalu je sesak.

dah 4 bulan aku duk kelompo ni belum lagi berkesempatan nak round-round tengok lampu di kelumpo. macamlah kat rumah takda lampukan. tapi feel lain la. habih la kalau omak den tahu. memang kono bambu lah balik nanti. agak eh aku ni dah puas kot dengan suasana merambu ni. kalau dulu, hurmm tak payah bukak memori lama lah. biar jadi kenangan simpan dalam balang kaca. harap kawan-kawan aku enjoy kojo kek Kfc tue ha..donga eh malam ni kono kojo sampai closing. tak ghoti lak nak torangkan. takdo pengalaman kojo fastfood.

ponek la badan ni dari balik kojo tadi mengadap lappy yo. tue lah omak slalu bising. 'tak jadi kojo ado bondo ni, kang omak humban kang', dialog omak bilo dah hangin bilo dipanggil banyak na 'kojap' aku jawap. osah lak bosan malam ni. TB menyalo kek dopan, radio terpasang yo. ontah apo la siaran den blasah janji ado lagu. bilo yo lagu ghayo nak kuar. jangan kato aku macam budak-budak. orang tuo pun samo yo, dah naluri nak ghayo sumo ado.

dah tingga sorang tadi, takdo la plan nak masak beriyo-iyo. membazir yo. bulan tongah malap ni kono lah berjimat. berbuko tadi takat yang ado. *ups omak tepon*-------------------
ok done. sojak akhir-akhir ni selero makan makin handal lak. malu lak nak explain. asal buko tambuh nasi sampai 2,3 kali. kalau bawak buffet ramadhan kek hotel garenti tak rugi la. sume aku sosah. agaknya selro nie bertambah sojak amalkan makan vitamin dari klenik kerajaan. bitamin kaler oren saiz eh kocik yo. aku dapek ghaso la pipi dah naik sikit. jangan kombang dah la. dah lamo tak timbang badan. esok-esok kaalau jumpo timbang nak cubo kiro borek bapo gah eh. apo lak kono eh orang poso badan aku yang naik.

kesudahan eh aku buko nasi sejomput, nasi sahur. lauk pun sahur. ghupo eh tak cukup konyang. astagfirullah... ontah apo yang menumpang dalam badan ni. makan tak cukup yo. aku nampak kat atas rak pinggan mangkuk ado 2 koping ghuti gardenia. ahaaaa''' dapek akal. goreng tolo mata kobau buek banjo. sodap eh. esok sahur tak tahu la den nak makan apo. dah poning nak mikir lauk buko ni. hari-hari samo yo rutin eh. bebudak ni pun samo, manjang nak keputusan aku. bagilah akal yang mantap. buleh nolong masak. agak eh camnilah omak-omak kek umah kan. patutlah omak slalu tanyo aku nak lauk apa. tiap kali aku balik baru nak colik mato dah tanyo nak lauk apo? sonang ayah nak poie pasar boli lauk.

barulah teraso kesayuan berbuko sensorang tadi. kesian kan orang yang takdo famili, adik beradik, kengkawan. sorang yo ngadap pinggan. syukur alhamdulillah keluarga aku sumo eh ado & sihat. biarlah dorang sihat slalu.

tak lamo slosai makan. odah sampai umah. balik ghupo eh. dah tido pun odah, siap pakai baju baru boli. osah macam budak kocik bilo dapek baju baru. langsung tak nak tangga bawak sampai tido.

esok sahur kurma yo lah..

Tuesday, August 17, 2010

Terawih

Posted by take5shopOn9 at 11:04 PM 0 comments
alhamdulillah malam ni ke 8 terawih bagi umat Islam di dunia. moga segala amalan & ibadah kita diterima sempurna oleh Allah. malam ini berkesempatan berjemaah di surau berhampiran rumah. inilah masa nak mengimarahkan surau & masjid. kalau hari biasa (selain Ramadhan) mungkin sukar nak berjemaah. masing-masing ada hal sendiri. sambil-sambil tu dapat la berkenalan dengan penghuni Sri Penara. inilah nikmat Ramadhan. Allah membuka pintu rezeki serta keampunan seluas-luasnya. amin..

sangat teringin & berhajat andai berpeluang mengerjakan ibadah Ramadhan di Tanah Haram. rindunya disana. moga Allah memberi kesihatan & kemampuan yang cukup bagiku untuk kesana semula. amin.. pernah juga bercita-cita mahu berterawih di perlbagai masjid. mahu merasai jemaah dan suasana terawih di kawasan lain. pasti ada kelainan. misalnya di surau ni, sesudah terawih witir 8 rakaat diselitkan tazkirah. tajuk hari ini berkaitan riba'. kembali refresh apa yang aku belajar dahulu.

makin semangat jadinya, dari suara & gaya penyampaian penceramah usianya masih muda.. bagus didikan orang tuanya mendidik anak menjadi insan mulia, insyaAllah.

p/s: istiqamah dalam semua hal


Wednesday, August 11, 2010

Ahlan Ya Ramadhan

Posted by take5shopOn9 at 8:58 PM 0 comments
Pesta ibadah mengumpul segala amalan & pahala sedang berlangsung sekarang. pelbagai program TV yang menarik sempena menjelang Ramadhan hinggalah 30 Syawal nanti. malam tadi dah pun bermula drama terbaru Syurgamu Ramadhan (kalau tak silap). menarik juga jalan cerita. tapi tak bermakna kita leka dengan hiburan semata-mata. apalah kiranya usai terawih berehat sekejap menonton sebelum melelapkan mata di awal malam. i'Allah pagi-pagi nak bangun tahajud & bersahur. Siri Jejak Rasul musim terbaru ini sangat aku teruja nak mengikutinya. Cerita berkaitan Serikandi. Wanita-wanita yang dikasihi Nabi Junjungan kita Muhammad saw.

telah selesai 1 ibadah hari ini. bagaimana pula hari yang berikutnya? moga segala perjalanan harian kita diredhai Allah. bersama kita berdoa umur kita dilanjutkan agar cukup sepurnama Ramadhan dilaksanakan. sesungguhnya mati itu benar.

kawasan rumah aku ni dah mula orang bermain mercun roket. kalau aku tahu siapa yang main, nak juga terlibat sama. maklum la tradisi ini tidak akan aku tinggalkan. inilah kenangan atau pengukuh silaturrahim bukan sahaja di antara keluarga, malah 1 kampung. betapa meriahnya suasana di kampung menjelang Ramadhan. tak kira kecil, besar, tua, muda berduyun-duyun mengimarahkam masjid berterawih. kadang-kadang belum cukup rakaat terawih pisang setandan dah habis. indahnya suasana.

harapan pada diri, sentiasa muhasabah diri sepanjang bulan yang penuh barakah.

Saturday, July 31, 2010

Terasa

Posted by take5shopOn9 at 10:33 AM 0 comments
terasa jauh walau dekat. haruskah kuteruskan tanpa ketetapan yang nyata. hati sering berkata. benarkah hati. mestikah hati ini kuturutkan. sinar itu makin pudar. jauhnya... bukannya dipisahkan lautan atau benua. kemana dan apakah tujuan perlu diteruskan jika dia berdiam demi alasan yang kadang boleh diterima. aduhai hati. berat sungguh mahu kuterima. aku serahkan semua pada Yang Mengetahui..berilah aku kekuatan dan kesabaran. aku hanya berharap padaMu bagi meneruskan perjalanan hidup ini.

Wednesday, July 28, 2010

Alahai Nyonya

Posted by take5shopOn9 at 9:51 AM 0 comments
macam haram. mujur aku tak berpuasa hari ini. ish kenapalah aku tak melawan je tadi? memang layak kau digelar Si Penjual Telor Angsa. ANNOYING. banggang. bagi untuk aku mencarut hari ini.
semak otak ni woii.. apalah kedekut sangat kau nak duduk bilik tu sensorang. ada kitorang kisah dengan dokumen-dokumen yang ada tu. bukan boleh jual buat duit pun. recycle pun ntah berapa untungnya. ish tak puas hati aku ini.

kau fikir selesa ke 1 meja duduk ber3. memang haram. bukan tak bersyukur. sekurangnya bagi la kebebasan kami nak duduk di mana-mana je. takkan nak melangok tersengguk-sengguk macam belatuk dimeja depan.

tahu lah kau nanti nyonya...

Tuesday, July 27, 2010

Malam

Posted by take5shopOn9 at 12:12 AM 0 comments
malam dingin itu
hatinya sesekali jauh
tiada yang tahu kecuali dirinya

membiarkan manik-manik kecil jatuh
puas rasanya
perlukah menghitung hari itu dengan sendiri

malam itu dan malam sebelumnya
dia tersenyum
gelora jiwa dipendam biar sendiri
umpama si pungguk sentiasa menanti

oh malam
temanilah disetiap lenanya
agar menjadi mimpi indah bukan igaun ngeri membayangi


Monday, July 26, 2010

Have a Break

Posted by take5shopOn9 at 10:12 PM 0 comments
semalam aku nekad menamatkan semua halaman sosial yang ada. sebabnya biarlah aku sendiri yang tahu. makin lama aku melayan semua laman sosial, makin pedih sakit hati ini. aku mahu berehat seketika..

p/s: aku rindu padanya

Monday, July 19, 2010

Antara Kerja & LillahiTaala

Posted by take5shopOn9 at 5:49 PM 0 comments
sabtu lepas berkesempatan ke sebuah pusat rawatan islam di Wilayah Persekutuan. tidak perlu dinyatakan nama pusat ini secara terperinci. pengamal perubatan & pusat perubatan Islam ini boleh dikatakan sedang mengalami gelombang buah mulut orang ramai dan juga memenuhi ruang TV dirumah kalian. kiranya tengah glamer la. walaubagaimanapun sedikit ada rasa terkilan di hati ini selepas mendapatkan rawatan disana. moga Allah mengampuni dosa saya dan pengamal perubatan tersebut. harap apa yang cuba saya sampaikan ini tidak membebani dosa saya dan beliau. hanya Allah yang mengetahui.

sebelum ustaz ini seringkali keluar di kaca TV saya sudah pun mendapatkan buku hasil penulisan beliau berkaitan ilmu sihir dan sebagainya. buku tersebut saya beli ketika mendengar ceramah beliau di sebuah institusi pengajian tinggi. isi kandungan buku tersebut bagus untuk dibaca & sebagai tambahan maklumat yang kurang.

punca saya ingin mendapat rawatan disana kerana baru-baru ini mendapat gangguan. alhamdulillah, gangguan itu hanya beberapa ketika sahaja. tapi atas desakan keluarga (kerana berasa risau jika akan berulang gangguan) mengajak mendapatkan rawatan di pusat perubatan tersebut. jam 1 petang sampai di pusat rawatan, namun sedikit kecewa kerana waktu operasi bermula jam 6 petang. ada catatan menyuruh menulis nama untuk mendaftar. maknanya dah buka pusat itu nanti tak perlu la berebut atau berbaris panjang. sementara menunggu jam 6 petang, singgah berehat dirumah ibu saudara di Kg.Pandan. entah bagaimana, ibu saudara pun ingin mendapatkan rawatan kaki yang sering sakit. bahasa kampungnya, rasa bisa-bisa mencucuk di tapak kaki.

10 min sebelum jam 6 sampai di pusat rawatan. ya Allah..! ramainya manusia kebanyakkan perempuan. ada juga lelaki yang mungkin untuk berubat atau menemani ahli keluarga. pusat rawatan ini beroperasi di bangunan rumah kedai. jadi faham-fahamlah keadaannya, jika dah terlampau ramai. sesak & padat. yang tak sakit pun boleh sakit. apatah lagi yang sakit, bertambah lah penyakit. lebih kurang 15 min menunggu, saya nampak susuk tubuh ustaz yang glamer ni berjalan ke arah pusat rawatan. manis senyumannya. apa lagi, berpusu la orang mengikut ustaz. saya pun tak ketinggalan. sebabnya nak cepat dapatkan rawatan sebab dah penat badan dengan keadaan yang padat.

keadaan dah seperti mahu ke konsert. padat & sesak. mujur lah giliran berubat mengikut nama yang daftar tadi. alamak bagaimana dengan ibu saudara yang tidak berdaftar? saya masuk kan juga diam-diam, lagipun no giliran yang diberi pembantu beliau tidak memberi apa-apa fungsi. group pertama masuk ke bilik bersama ustaz. rasa bertuah juga dapat berjumpa dengan ustaz. maklum la, bukan mudah nak datang & mendapatkan rawatan dengan beliau disebabkan kekangan masanya yang banyak memenuhi undangan kelas & ceramah berkaitan ilmu sihir.

sementara menunggu giliran masuk, tiba-tiba ESP saya berkata. bagaimanakah ustaz membiayai pekerja & dirinya. wah, ada produk keluaran pusat rawatan!. agaknya kene beli ke? saya diam melihat gelagat orang ramai. kebanyakkan yang datang adalah seperti saya (pertama kali). dah la susah hendak mencari lokasi. berkali juga bertanya orang sekeliling. sakit juga hati bertanya, sebab jawapan yang diberi macam la kita ni asal dari tempat yang ditanya (alah dekat depan ni je). sabar lah hati.

sekarang saya duduk betul-betul menghadap ustaz. tenang sahaja mukanya. segan pula bertentangan mata..cewaahhh..saya ingatkan rawatan dilakukan 1 in 1. tapi over 10 in 1. selagi boleh masuk bilik, silakan lah. dalam masa 1 min ceritakan masalah yang kamu alami. masing-masing bercerita point penting sahaja. ustaz mengarahkan ambil 4 botol air zamzam tiap seorang. saya tak ambil sebab dah habis. mujurlah ada bawa air botol yang besar. ustaz mulakan menawar air dengan bacaan al-quran. fasih & lancar sebutan. lebih kurang 10min. ustaz menyuruh minum & sapu air pada bahagian yang sakit. tujuan minum, adalah untuk mengetahui masalah yang dihadapi melalui mimpi. misalnya mimpi dipatuk ular, jatuh dari tempat tinggi, menyusukan anak, melahirkan anak..ish banyak lagi la. lupa nak salin. semua mimpi ada kaitan dengan saka, ilmu sihir, santau, ganguan. senangkan rawatan ustaz. selepas 2 minggu kembali berjumpa usataz untuk rawatan seterusnya. air tadi boleh la di bayar di kaunter luar. sedikit terkejut. owhh kene bayar rupanya.

sangat la terperanjat gila. saya dikenakan bayaran sebanyak RM190. ibu saudara RM155. kakak RM 80. daftar pertama kali dikenakan bayaran. rawatan kali ke-2 dikenakan bayaran separuh dari harga pendaftaran. rawatan kali ke-3, bayaran sama dengan rawatan yang ke-2. rawatan yang ke-4 tidak dikenakan rawatan.

sehingga kini saya asyik terkenangkan peristiwa itu. tidak pernah saya mendengar ada pusat rawatan yang mengenakan dengan sebegitu rupa. bagaimana pada orang yang pertama kali datang dan mempunyai kewangan yang tidak seberapa?

p/s: ya Allah aku berusaha & bertawakal padaMu.

Friday, July 16, 2010

TENDA BIRU

Posted by take5shopOn9 at 6:23 PM 0 comments
tak sengaja lewat depan rumahmu. ku melihat ada tenda biru. dihiasi indahnya jalur kuning. hati bertanya pernikahan siapa....

masih aku ingat lagi, pertama kali lagu ini aku nyanyikan semasa malam kebudayaan (camping sekolah). tiap group mesti hantar wakil untuk adakan live show. aku bukan la wakil group untuk menyanyikan lagu tenda biru. tapi terasa nak menyanyi sambil diiringan alunan keyboard cikgu Apendi. tak sangka rupanya aku mendapat tempat kedua dalam nyanyian tu. ada bakat terpendam ke? kejadian ini berlaku pada tahun 1995. wah lamanya.. dah 15tahun rupanya.

tetiba aku terasa nak nyanyikan lagi lagu ni. ditambah lagi dengan rasa feeling yang mendalam. Selamat Pengantin Baru untuk sahabatku yang dikasihi semenjak yang aku kenali hingga kini, Mohd Ramdan & pasangan.

hubungan kami sangat akrab di sekolah rendah dahulu. orang sekeliling juga faham, jika tidak ada salah seorang pasti tidak lengkap corum. sedikit sebanyak ada rasa yang tersimpan. masa dan keadaan memisahkan jarak kami. bulan mei yang lepas baru dapat bersua kembali, dengan status yang berbeza. dia tunangan seseorang. 9 julai 2010 selamat bergelar suami kepada pasangannya.

p/s: setiap yang berlaku ada hikmahnya. bimbinglah keluargamu menjadi perintis agama Allah.

Thursday, July 15, 2010

loading

Posted by take5shopOn9 at 5:59 PM 0 comments
sangat enjoy kelas G4.4 subjek Teknologi Dalam Pengajaran & Pembelajaran. task mereka hari ini menyediakan sebuah PnP menggunakan bahan 3d yang perlu di masukkan dalam movie maker. ada juga yang terkial-kial dengan arus kemodenan lappy dan teknologi sekarang. kadang kala terfikir, agaknya berapa peratus kita mengetahui atau telah meng'explore' lappy yang sedia ada dari segi semua aspek. takkan setakat tahu on, shutdown, microsoft office tue pun tahu setakat windows je. tapi ada juga yang belum mahir. online? semua tahu. hanya tahu mencari laman sosial.

bila perhatikan pelajar-pelajar di kelas ini, makluman mereka bakal guru dalam 2 tahun lagi. cabaran bagi seorang sekrang ye untuk mewujudkan proses PnP yang menarik. bukan sahaja menggunakan teknologi malahan bahan bantuan mengajar yang lain perlu menarik. sambung kembali.. tetiba rindu pelajar di politeknik Jb. tak dinafikan jika mereka dapat task tadi, mungkin mampu menghasilkan bahan yang baik. maklum la telah diberi pendedahan grafik yang baik. tidak bermakna kelas G4.4 tidak mampu melaksanakan dengan baik.

jadi, teruskan usaha menyiapkan tugasan yang diamanahkan en.amin tadi. minggu depan mesti ada VO (voice over) sebab ada presentation.


p/s: perlu mengasah bakat VO sebab, semenjak kehadiran JBI disini. hampir presentation je aku kene VO. test..test..mic 1,2,3.....

Tuesday, July 13, 2010

Posted by take5shopOn9 at 1:49 PM 0 comments
masa untuk berada di office yang sejuk ini tinggal lebih kurang 30 minit. selepas ini bersiap-siap ke padang bersama-sama student G4.4. tapi langsung tak buat preparation untuk subjek PJ. boleh menjadi kanak-kanak riang di padang petang ni. sekurangnya peluh-peluh jahat yang terkumpul boleh dinyah dari tubuh badanku. walau apa pun, kerja perlu terus. yearhh berbaju kurung hijau serindit di padang yang luas..


==========================================


p/s: mana payung & sunglasess????

Wednesday, June 23, 2010

Ray Ban Aviator Sunglassess

Posted by take5shopOn9 at 9:32 AM 0 comments
Pix 1: Darkgreen


Pix 2: Two tone colour

Pic 3: Pinjam dari Kak Yan (terus jatuh cinta dengan Aviator)

Pic 4: inilah yang ada sekarang, made in Nitemarket

memang stylo la bila meletakkan Aviator di batang hidung ni. atau lebih perasan, diri terasa seperti Angelina Jolie. perghh tak hingat langung!. payah sangat hendak mendapatkan made in US. macam dah pro Israel pula. tapi teringin sangat sebab, kalau dapat la made US memang evergreen. mana ada lagi keluaran US, last product since 7 years later. melampau pula nak ke US semata-mata mencari cermin kecik ni. tapi kan, mana tahu rezeki dikaki saya. lalala. ada yang mencadangkan cari di kedai-kedai lama. mungkin ada simpanan ditangan mereka. mesti dah berhabukkan. takpun dah banyak kene taik lipas atau tikus..erkk!

ada juga minta tolong dari kawan di Egypt carikan Aviator disana. adeh harganya lagi mahal disini. kemungkinan untuk mendapatkan made in US ada harapan. sekarang misi mengutip duit syiling yang bertaburan di rumah. sikit-sikit lama-lama menjadi bukit. amalkan sifat menabung setiap hari.

Tuesday, June 22, 2010

Pudu Goal

Posted by take5shopOn9 at 5:05 PM 0 comments
teguh berdiri selama 118 tahun akhirnya dengan satu suara roboh musnah tanpa tinggalan sejarah untuk bekalan warisan pada masa hadapan. ikut suara majoriti pasti tiada yang mahu Penjara Pudu dirobohkan, hakikatnya suara kita sangat kecik hendak didengari. erti lain berkuasa besarkah kita. dah terang-terangan pihak menteri mengatakan Pudu Jail bukan bangunan warisan.
suka atau tidak, kita dibawah pemimpin yang ada perlu terima semuanya.

betulkah detik hati aku? sabtu lepas (19.06.2010) baru sahaja melewati bangunan yang dipenuhi mural hasil karya banduan yang pernah disimpan disana. berjalan-jalan mahu ke Berjaya Times Square. sambil berjalan sempat juga mata melirik setiap pelosok dinding & bangunan. hati kecil teringin hendak mengetahui 1001 sejarah yang tersimpan disana. aku berkata, alangkah bagus jika dipelihara menjadi tumpuan pelancong. tiba-tiba tertanya, bagaimana jika dirobohkan suatu masa nanti? ada juga impian aku nak bergambar kenangan di tembok tinggi dan pintu besi coklat yang besar itu.

pagi tadi dalam keadaan yang mamai, telinga pantas mendengar dalam rancangan MHI Penjara Pudu telah dirobohkan malam tadi. sedih.

Monday, June 21, 2010

touch down @ kuching

Posted by take5shopOn9 at 6:01 PM 0 comments
bye ainyen & sal..fly baby..fly..please come again and be a good teacher.

sebelum berangaktnya mereka pagi tadi. sempat juga buat ala-ala farewell party. enjoying karate kid movie. perghh..marvelous. bravo. dinner at Johhny's. wow so excited. lepaking at Serimas Kondo, rumah sewa dorang. sempat juga la swimming. paling enjoy minum secawan Kopi di Coffee Box. dorang kata aku macam orang tua minum kopi. tapi itulah yang paling Kaw!

to all of you, txs giving me all stuff. complete dah rumah kami.

Wednesday, June 16, 2010

Muhammad Rifaie

Posted by take5shopOn9 at 1:34 PM 0 comments

Tahniah & syukur Ya Allah dengan kehadiran bayi lelaki untuk pasangan Kak Tih & Suami pada 7hb Jun 2010 pada jam 10.25pm. berat bayi 3.42 kg. patutla lambat nak keluarnya. tapi Muhammad Rifaie macam tau-tau je masa yang sesuai nak keluar. mujurlah kenduri kahwin Kakchik dan side Abg Saiful dah selesai baby pun selamat dilahirkan. hendak dijadikan cerita, Rifaie anak kelahiran Selangor. padahal mama abahnya orang N9. kebetulan Bang Tih hendak ke worksyop di Bangi. Kak Tih pun ikut la bersama & ada juga hajatnya nak bersalin di hospital swasta. nak merasa katanya. lepas maghrib terus masuk labor room.

adeh..bila lah dapat jumpa Muhammad Rifaie..

Tuesday, June 15, 2010

Blogging

Posted by take5shopOn9 at 5:13 PM 0 comments
selamat petang semua!
sedapnya petang begini dapat pisang goreng. wallaa!!. rindunya pada ruangan ni. inilah akibatnya terlalu sangat dengan Facebook. memang lagha'. kalau dulu, laman nilah yang orang ramai suka. sekarang semua addicted dengan FB. kadang-kadang aku rasakan bosan juga. dulu, tujuannya hendak mencari kenalan lama. rasanya misi dah hampir selesai. sekarang, di FB bukan setakat kawan lama je boleh 'search' malahan jiran aku di kampung sana pun dapat jumpa. nak accept as a friend memang difikir berkali-kali. FB ni kadang kala ada baik. ada masa boleh jadi bahan bualan. jadi hendak selamatkan diri elok kurangkan penyebaran maklumat. secara terus, aku kurang berminat diri ini diketahui ramai.

sekarang aku tengah melayai internet menggunakan kemudahan streamyx. baru hari ini dapat layari. ini semua ayah aku yang deal dengan pihak TM. mulanya aku tak setuju dengan cadangannya. dah 3 tahun aku menggunakan celcom Broadband. buat apa la pula nak bazir duit masuk streamyx ke rumah. PC pun bukan ada. lappy aku kundang ke hulu hilir. rupanya sekarang TM dah pandai buat promosi pakage terbaru. hanya bayar bil Fix Line + internet hanya RM68 sebulan. mungkin ada jimatnya. masalah sekarang..siapa yang hendak menggunakan celcom broadband aku yang bernilai RM68 sebulan ini?

cadangnya nak tinggalkan lappy di rumah. beri peluang akak aku menggunakannya. nak bawa ke KL rasanya tak berapa perlu. lagipun kekangan masa.

seronok ke guna streamyx ni?


Tuesday, June 8, 2010

ladies coach

Posted by take5shopOn9 at 3:36 PM 0 comments
perhatian gerabak tengah adalah khas untuk wanita sahaja.

bagus. tapi kenapa ada yang begitu otai / kurang akal nak faham tentang arahan ini. kalau di negara Arab jangan harap la kaum lelaki nak dapat keistimewaan di dalam kenderaan awam. teringat di Jeddah tahun lalu. pekerja Arab menegur seorang lelaki di dalam bas supaya bangun dari tempat duduk dan tertera di papan tanda hanya wanita dibenarkan duduk. alangkah bagus jika wanita di layan seperti ini di mana-mana.

kadang-kadang sakit je hati melihat mat Bangla, Nepal, dan lain-lain lelaki buat muka cencorot duduk tak bersalah dalam ladies coach. ikut hati nak tampar je. tidak ke ada rasa segan. itulah kurangnya nilai sensitiviti dalam diri masing-masing.

Thursday, May 20, 2010

i need some chocolate

Posted by take5shopOn9 at 12:58 AM 0 comments
malam makin pekat. hendak tidur, keresahan. mencari coklat didalam peti simpanan beku sejuk. i found it.

Friday, March 26, 2010

Rawan Hati

Posted by take5shopOn9 at 8:58 AM 0 comments
indahkah bila dicintai
biasa je..
lumrah hati & naluri, kadang ada rasa rindu
kadang ada rasa 'bengkek' je hati
leceh betul la

seronoknya life sebelum ni
tak perlu nak jaga hati orang sangat
janji pergaulan & percakapan tidak melampaui batas
ke semua hati bebas dari persengketaan

kadang, sengketa sengaja dicetus dari diri
akhirnya sakit sendiri
rasa jauh rajuk hati
ha padan muka sendiri


Wednesday, March 24, 2010

Kasihku Abadi

Posted by take5shopOn9 at 11:38 AM 1 comments
Kamar hatiku, sekian lama. Suram dan sepi, kekosongan. Aku mencari insan sejati. Untuk menemani hidupku.
Adam dan Hawa diciptakanNya. Disemai rasa kasih sayang. Agar bersemi ketenangan. Dan kedamaian di hati.
Ku harap hanya keikhlasan. Dan ku rindukan keramahan. Aku inginkan kemesraan. Berkekalan berpanjangan.
Mengasihimu, dikasihi. Menyayangimu, disayangi. Merindui dan dirindui. Saling mengerti di hati.
Biar hilang kabus di wajahku. Biar tenang resah di dadaku. Terimalah serta kabulkan harapan ini. Oh Tuhan.
Ku melafazkan kata penuh makna. Bersaksi Tuhan yang Maha Pemurah. Hidup mati jodoh pertemuan. Ditentu Allah yang Esa. Perkenankan hasrat di hatiku. Moga impian kan dirahmati. Dipertemukan serikandi. Susah dan senang sama harungi. Demi cinta yang hakiki. Oh...

berilah aku peluang menjadi sebahagian dalam hidupnya hingga telah Kau tetapkan sesuatu kepada kami sejak azalinya..amin.

Tuesday, March 23, 2010

Misi Bermula Kenangan Tercipta

Posted by take5shopOn9 at 12:46 AM 0 comments
dah lewat malam rupanya. nyamuk menggila meggigit tangan & kaki aku. manis mungkin darah ni. sambil-sambil layan warungnet.fm (bukan cerita kedai kopi) tapi lagu yang boleh di layan. tetiba hati tertarik melayan onemanga. credit to nizam yang mengajar benda-benda tak berfaedah ini. tapi jika dilayan memang enjoy.

ada misi yang lagi seronok dilayan. YES! jari lincah klik sana sini. dengan harapan dapat la ku temui. horraayy..dah lama sangat tak jumpa benda yang sangat tak faedah ni. aku sedang mendownload; alam perwira - dewata raya - pendekar sakti- dan banyak lagi. bagus blogger nie dengan koleksi yang terlampu banyak dan rajin scanning setiap page, zip & upload.

yang aku ingat mula terjebak membaca semasa di sekolah rendah. dapat pun dari hasil rampasan dari budak-budak. maklum la pengawas. aku belek-belek macam menarik komik nie sebabnya nipis dan lukisan yang ada tarikan. akhirnya melekat & jatuh cinta nak tahu.

aku tak membaca mengikut jilid. ikut suka aku nak baca yang mana. yang paham pun aku sendiri. wah..seminit lagi alam perwira episod 1 dah nak siap download.. simpan untuk baca esok. dan terus mendownload. seingat aku ada sebuah kedai yang berdekatan sekolah rendah aku ada banyak menjual komik seangkatan ini. ye kedai SINGER ada jual. tapi tak pernah terfikir nak beli buat koleksi, sebab dapat baca free..

mesti seronok dapat buat koleksi sebab keluaran sekarang tak best macam dulu. mesti kenangan lama terimbau kembali..teringat zaman sekolah ku..miss d'memoriesz

Friday, March 19, 2010

Membangkitkan Pesona Aura Dengan Zikir

Posted by take5shopOn9 at 8:29 AM 0 comments
Aura dipandang sebagai sebuah pancaran energi di wajah seseorang. Meski sebenarnya aura melingkupi seluruh tubuh. Aura cenderung berubah-ubah mengikuti kondisi mental seseorang. Secara umum warna aura bisa merah, hitam, kuning, biru, dll. Terkadang aura seseorang terbentuk dari kombinasi warna-warna tersebut. Contoh, seseorang yang sedang kesulitan ekonomi, maka cenderung auranya hitam. Tapi apabila terdapat sedikit aura biru, menunjukkan orang tersebut masih berpeluang bangkit kembali usahanya.

Di samping itu, seseorang berkulit putih bisa saja memiliki aura gelap dan kusam. Sebaliknya, berkulit hitam seringkali memancarkan aura cerah, terang dan sedap dipandang. Tetapi tidak mudah melihat atau mendeteksi aura, bahkan kita dapat tertipu dengan penampilan seseorang. Seseorang yang berniat jelek dan sudah dalam tahap hendak melakukan perbuatan jeleknya itu, juga bisa terlihat dari pancaran auranya, keadaan mental atau psikis yang memperburuk pancaran aura seseorang bermacam-macam, seperti: kesulitan ekonomi, frustasi, patah hati, tidak percaya diri, dll. Apabila tidak segera diperbaiki, akan mempengaruhi dinamika hidup orang tersebut.

Upaya untuk menimbulkan pesona aura agar tampak lebih cerah, terang, tajam dan bercahaya ini sesungguhnya tidak terlalu sulit bagi yang mau berusaha berpikir positif merupakan dasar utama seseorang yang ingin memperbaiki pesona auranya. Misalkan, ketika sedang dilanda frustasi karena belum mendapatkan pekerjaan, maka upayakan terus berpikir positif bahwa suatu saat akan mendapatkan pekerjaan.

Berpikir positif ini berlaku untuk semua kondisi apapun yang dihadapi, Ini akan mempengaruhi energi kosmis. apabila sudah terbiasa dengan berpikir positif, langkah berikutnya adalah mengumpulkan energi kosmis yang bersifat positif ke dalam tubuh. Upaya ini dapat dilakukan melalui zikir.

Zikrullah dapat mengubah aura buruk menjadi bagus. Cukup satu saja titik zikir dalam tubuh hidup, maka aura seseorang dengan sendirinya terpancar lebih tajam dan bagus. Apalagi jika semua titik zikir tersebut telah hidup. Manfaat memiliki pesona aura yang bagus sangat besar. Selain dapat mengenal jatidiri, mudah diterima dalam pergaulan, juga lebih mendekatkan rezeki.

semoga bermanfaat.. amiin.

About Me

My photo
Name It, You Get It Here!

Followers

 

...NanA r0cK... Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei