Wednesday, December 30, 2009

langkah baru

Posted by take5shopOn9 at 11:05 AM 1 comments
2009 bakal di tinggalkan.
2010 menjelang tiba.
haruskah aku lalui tahun baru ini dengan suasana yang sama.
aku perlukan langkah yang baru.

rasanya dah penat laluinya.
hanya rakan beringan bahu yang memaku disini.
aku mula bosan.

ya Rabb..
aku hanya berlindung dibawah naunganMu.
hanya Kau mengetahui segalaNya.
luaskan rezeki hambaMu seperti yang telah engkau berikan kepada orang yang terdahulu.

Wednesday, December 23, 2009

angin bayu

Posted by take5shopOn9 at 4:28 PM 0 comments

11kilo dari masai
enjoy dis moment
mahu explore lagi ke mana sahaja
ada peristiwa di sebalik foto

10muharram - hari ASYURA -

Posted by take5shopOn9 at 11:13 AM 0 comments
pada tahun ini hari asyura jatuh pada 27 dec 2009; pada hari ahad. jadi tinggal beberapa hari lagi kita sebagai umat Islam boleh mengecapinya. biasa yang kita ketahui berpuasa sunat pada hari berikut. namun ada beberapa perkara sunat yang boleh kita amalkan bersama :-

1. Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri - isteri; fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin; fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah; fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.

4. Menunjukkan orang sesat; fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim; fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok disyurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah; fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri; fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya
keimanan.

8. Mandi Sunat; fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu lafaz niat : 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala'

9. Bercelak; fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali; fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti..

11. Sembahyang sunat empat rakaat; fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.lafaz niat : 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala' Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca 'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru'; fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .

13. Menjamu orang berbuka puasa; fadhilat-Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa..

14. Puasa Niat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala'; fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Monday, December 21, 2009

kecik adik bb

Posted by take5shopOn9 at 9:53 PM 0 comments
aku melaporkan piah sahabat serumah telah memelihara 2 ekor binatang berbulu halus hasil dapatan binatang peliharaan boiprennya. kehadiran 2 ekor animal ini sangat mengubah jiwa piah. setiap pagi rutin perlu membersihkan najis yang bertaburan di luar pintu jamban sebab seperti binatang ini protes pada tuan (makan tuan) jika lewat memberi makan atau lupa melayan. huh sungguh menguji jiwa piah yang kadang-kadang membebel.

kecik diberi nama sebab datangnya 2 bulan yang dahulu kecil seperti habis zat vitamin diberi pada 'abang-abang & kakak'nya. mulanya boipren piah telah menghantar sebanyak 3 ekor disini. namun akibat kesesakan jalan di rumah & telah mengubah perjalanan hidup piah. maka BLACKY dah di serah pada penjaga yang lebih baik darinya. bb bewarna kelabu, sering membuat masalah di rumah. kononnya kesayangan piah sebab cantik warna kelabu.

kecik enjoy tidur dalam gayung piah..

Saturday, December 19, 2009

doa agung

Posted by take5shopOn9 at 12:34 AM 0 comments
salam hijrah kepada pelawat & pembaca kalian. masih belum terlewat untuk aku mengucapkan selamat tahun baru ISLAM 1431H. mudah-mudahan kalian tergolong dalam orang yang beriman dapat bersama membaca doa akhir & awal tahun islam (seperti ceramah yang aku tonton pagi tadi). al- maklum sahaja kan, mungkin ada hati yang meronta-ronta, punggung tak sedap duduk akibat mahu menonton perlawanan akhir bola sepak negara kita menentang Vietnam di Sukan Sea. tahniah buat pasukan negara. tidak bermakna ibadah kita lalaikan. sekadar berkongsi:-

setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada )”……… nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu…


Berdasarkan Hadith Nabi :
“Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari”

Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. …tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah


Tuesday, December 15, 2009

my hero..

Posted by take5shopOn9 at 1:41 PM 0 comments
hero gagal berfungsi lagi. adoi..kenapa gelap sahaja mukanya. bila di tekan ada sistem yang berfungsi. janganlah meragam hero. kamu meragam, boleh 'jammed' aku jadinya.. saya sayang my hero 'ACER ASPIRE 5570'..clap..clap..hampir 3 tahun bersama..

Friday, December 11, 2009

kerja ulangan

Posted by take5shopOn9 at 1:34 PM 0 comments
adus..kenapa mesti mengulangi meng'edit' gambar ini. bagaimana boleh terjadi? rasanya folder dah baik di 'save' ke dalam dvd. tapi, tuan tangan tak menerima apa-apa folder di dalamnya. sempatkah nak di selesaikan semuanya hari ini. maaf tuan tangan atas kesulitan yang melanda. salah aku juga cepat sangat di tong sampahkan folder itu. padan muka..clap..clap..

Thursday, December 10, 2009

pembaharuan

Posted by take5shopOn9 at 1:35 PM 0 comments
sengaja membuat pembaharuan. mahu yang baru sejajar menjelang tahun baru 2010. mungkin segalanya baru..walllaaa!!

Tuesday, December 8, 2009

kamu pening fikir, aku pening risau

Posted by take5shopOn9 at 3:54 PM 0 comments
tahniah kawan,
posmen lebih cepat hadir ke rumah kalian berbanding aku
dan lain-lain rakan
jangan salah alamat ye!

kalian pening dengan bayaran?
kalian pening tentang penginapan?
kalian pening dengan keputusan?
kalian pening dengan pengiktirafan?
memang banyak pening kalian..

hujung minggu balik rumah indah
perlulah aku korek mana-mana celah
untuk menggenapkan rm330
mungkin buat 'loan' pada tuan rumah
sampai 'gaji' ansuran di bayar

perlukah tambahan guest?
takkan nak bgtau 'verbal'
ada yg terasa hati pula
katanya tak menghormati
tak menunjuk sayang
tak sopan
tak ingat keluarga
arghh...
tue lah akibat jika banyak mulut yang kata 'tak'
sikap rasional + positif letak jauh

akibatnya masam muka
kata belakang
sengketa cambah lagi dalam hati

org kata; kamu anak yang bertuah!
ya bertuah..
dari kecil mak ayah selalu kata
"bertuah punya budak"

dalam tuah ada jebat
haha..siapa jebat?

mesti dapatkan keputusan
rm330 + mak / ayah kg?
mari sekampung ikut..
korang bayar sendiri..


About Me

My photo
Name It, You Get It Here!

Followers

 

...NanA r0cK... Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei