Tuesday, September 15, 2009

GELORA AIDILFITRI

Posted by take5shopOn9 at 11:19 AM 0 comments

selamat mengabdikan ibadah dikala hari-hari terakhir ramadhan ini. mungkin ini ramadhan terakhir kita. masyaALLAH..moga ALLAH terima segala amalan, ibadah & taubat kita selamanya. sudahlah kita sering membuat kesalahan dibumi ini tanpa malu. tapi lagi tak tahu malu apabila sering meminta padaNya. memang tuhan menyuruh kita bermohon padanNya. tapi, sekelumit pun tidak kita mengakui kesilapan yang pernah di lakukan. sesunguhnya ALLAH maha mengetahui & menyanyangi hambanya. amin Ya tuhan.

terlalu sekejap ramadhan ku rasai pada tahun ini. 'demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian'. saat terakhir ini, pasti ramai bertaburan di bumi mencari yang mana kurang & melangkapkan yang masih belum puas dek hati. adat manusia..

sana sini mata hanya menjadi saksi rezeki ramadhan. melimpah rezeki bagi yang pandai mencari peluang berniaga di kala ini. namun terdetik juga di hati kecil ini. senang sungguh mereka dipengaruhi oleh rakan-rakan membeli itu ini. adakah mereka sangat memerlukan atau ingin membantu rakan memperolehi rezeki atau sekadar ingin berlumba-lumba tidak mahu ketinggalan berbelanja besar..ALLAH jua yang tahu..

dalam keghairahan aidilfitri jangan dilupa perkara yang wajib ZAKAT.

About Me

My photo
Name It, You Get It Here!

Followers

 

...NanA r0cK... Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei