Wednesday, February 25, 2009

benci

Posted by take5shopOn9 at 10:43 AM 0 comments
penat je melaram berbaju ungu. hati nie dengan penuh ketakwaan tawakal menunggu 2 manusia. siapa tak kenal mereka? cakap tak serupa bikin. malas den nak layan. 3 kawan yang lain muka pun macam tenok sawan. melahu je.

hari yang bosan tahap gaban. klas interpret pun tak banyak. kak Mell demam. klas pun di habiskan awal. budak-budak siapkan artwork. kak Nurul busy dengan pendaftaran modul. budak-budak di suruh siapkan jahitan di bengkel.

hati nie geram. cakap tak serupa bikin.

Tuesday, February 24, 2009

aduhai mak esah

Posted by take5shopOn9 at 10:16 AM 2 comments
pagi berjanji kak Umi; kak D; kak dila bersarapan 2gether. bukan jemu hidangan di kantin idaman. tapi mahu selera lain. lokasi ditentu oleh yang pakar. mak esah warong tepi jalan jadi pilihan. lontong kering dalam kepala. mungkin sedap sebab dulu pernah merasa bersama Kak Mell. rupanya disini ada pilihan nak lontong kering / basah. yang tahu tiap-tiap raya lontong ada 1 pesen je. 

lontong kering tak berkuah. hanya di hidangkan nasi himpit (bulat bentuk. seolah dimasak dalam buluh) sambal tempe goreng; rendang daging; sambal; serunding kelapa. perut memang lapar tahap gaban.

aduhai mak esah. kenapalah servis tak memberangsangkan. kau tahu tak mak esah? serunding kelapa dah berbau masam. andai perut nie meragam~ siaplah kamu mak esah. yang geramnya dah aku sound secara aman dengan perempuan pelayan serunding kelapa dah mula berbau & rasa masam. muka sengal di julurnya. dalam kotak pikiran perempuan pelayan nak ditukar ganti dengan hidangan lain. tapi hampeh. sebab hormat pada 3 ibu berkenaan. tawakal pada allah harapnya.

andai ada surat komen. mungkin setengah batu panjang aku senarai pendekkan. totally servis out wahai mak esah.

kawan dolu-dolu

Posted by take5shopOn9 at 9:34 AM 2 comments
petang semalam ngantok. berjalan balik pun mata stim nak lalok. indahnya tidur di kala petang. plan nak bersukan badminton, gagal lagi. bersukan atas katil lagi gayanya. telefon tangan berbunyi. dari skrin ada nama MINAH. teruja~ kawan sekolah zaman hingus meleleh. dia la. bukan aku. tak salah namanya siti aminah. biasala bila dapat kat aku kompom tukar sebutan. selesa dengan panggilan tue. M membawa khabar gembira untuk dikongsi dengan aku yang dalam kepisatan. 15/03/09 dia bakal ke jinjang pelamin. dah ramai geng Sek Keb Pasir Panjang yang dah kawin. seronok dengarnya. kalau dulu dia lah setan jembalang. tapi sekarang dah jadi bapak anak 2. Lan antara yang paling awal nikah. tahniah beb~ 

sebenarnya cerita M nak nikah aku dah tau lama. maklum la tok dalang yang setia ingat aku masih mahu bercerita. Tq Wati - Ja'a. mesti seronok la kalau aku berkesempatan ke majlis bahgia M. apa yang bestnya abang M bakal beristerikan dengan kawan sekelas M. dia pun kawan aku juga iaitu Pisah. apakan daya tugas di sini menyekat sedikit perjalanan JB-N9. hurmmm.. 

aku mahu jumpa kawan-kawan 
  • yang sama-sama terjun parit cari ikan sepat;puyu;kepah. 
  • melepak kedai nani
  • yang duduk kg telok; sungai sekawang; taman setia; pasir panjang; bukit tembok; sungai sekawang
  • yang mengajak aku buat onar di sekolah
  • bernama wira;amir;ramdhan;wati;minah;esah;lan talang;markona;nani;manja;
  • utamanya budak SKPP 1993-1998
aku doa kalian bahagia.

Thursday, February 19, 2009

maaf

Posted by take5shopOn9 at 3:23 PM 0 comments
maaf mr. burn a.k.a en. abu bakar.
bukan niat tak mahu menolong.
aku mahu sangat menolong.
tapi kelasnya ngak di katahui'n.

maaf.
mungkin semasa ku solat.
mr. burn telah melangkah keluar.
bagaimana ya?.
bolehkah mampukah mr.burn berkomunikasi dengan mereka.

maaf.
sepatutnya sebelum ke solat.
aku memberitahu pada mr.burn.
sangkaanku sempat bertemu.
tapi meja kosong kerusi kaku.

maaf.
diri bosan.
biskut kacang mentega atas meja sedap dimakan.
Posted by take5shopOn9 at 3:12 PM 0 comments


isnin-jumaat ( 8am-5pm). hari-hari kejenya 'tumbuk kad'. tapi tak juga lunyai. elok je macam nie. dah lama ditinggalkan zaman 'tumbuk kad'. seingat 5 tahun yang lampau telah biasa keje seperti ini di laksanakan. imbuhan pun lumayan. tak sangka 5 tahun dah berlalu. patut la mereka nampak sombong bile berselisih bahu dengan aku. rupanya lama sangat di tinggalkan.

namun, adakah 3 bulan selepas ini. nama yang sama akan tercatat di tangga 61???
TUHAN  yang tahu semuanya..

Tuesday, February 17, 2009

JOM MERANCANG KAWAN MySL

Posted by take5shopOn9 at 9:12 AM 0 comments
semalam malam terbaca buletin di FS di catat oleh si isteri; Nurul Izza. si isteri mewakili si dara; Darmah. mengumumkan GEN X telah lulus dengan rasmi. oleh demikian ada peruntukan yang di sediakan bagi apa-apa rancangan masa depan GEN X. jadi mari kita beramai-ramai merancang.

keduanya adakah mereka-mereka yang berjawatan ingin dikekalkan atau dihumban dari carta.
kawan MySL mari memberi pandangan segera. kepada yang mahu tahu lebih banyak lawat la ke blog MySLTC di FS. jadi hebohkan kepada yang lain dengan bantuan FS - SMs - FB - Tagged - MS - apa je benda teknologi yang ada.

* jom merancang dengan segera *

Monday, February 16, 2009

FUTSAL vs KHALIFAH

Posted by take5shopOn9 at 1:06 PM 1 comments
kerja malam tanpa ragu

wajib melahu bersama

kawanku Lina bengong

madie & arul pompom gurl bersama membasah peluh

ainyen straightker 'jiran'

panas terik cuaca di jalan kongKong. sedapnya waktu macam nie dapat air sejuk. dah melanggar pantang sejak disini. minum air sejuk yang berais. masih terkenang kesedapan air asam boi bungkus  khalifah. 'mereka-mereka' yang banyak mengajar erti sedap dan kenyang di khalifah. 

rasanya tak lengkap melahu di khalifah tanpa aktiviti sosial di malam hari di Taman Tenaga; pak Raja. gembira bila peluh jantan dapat keluar di malam gelap. di situ perkenalan bermula dengan David si jiran sebelah rumah. owh rupanya kami berjiran ye! kasihan faizal yang sering berguling-guling di gelanggang.

rakaman ini di sedut hari-hari terakhir di sana. maaf kerana pencahayaan yang kurang. mungkinkah sewaan yang ala-ala kadar sahaja?makLang a.k.a Jum0yu situkang rakam. tq kawan~
gembira bersosial tanpa membuat revision untuk final test sepanjang study week~hoolllla..

Thursday, February 12, 2009

zapin

Posted by take5shopOn9 at 11:55 PM 0 comments
malam nie mata tak mahu lelap. mungkin hari-hari yang lepas waktu tidur melebihi had sepatutnya. langkah-gaya-rentak zapin makin rancak. al-maklum je trainer yang di sediakan sangatlah sedap mata nie memandang tanpa jemu. pertama kalinya mata nie bertemu mata di library tempoh hari. rezeki~

petang tadi hari ke2 belajar zapin; bunga 3. hebatnya.. maka harapnya tiada lagilah langkah sumbang ala 'robot'. syasya-ainyen-sal-jue; kawan dah pandai zapin. trainer pun hensem. memel telah mengajar mendownload sesuatu di lawan web yang diberitahu petang tadi. kawan suka. begitu juga zul menunjuk sesuatu yang cantik di lawan web. hehehe kawan pun suka juga.

Saturday, February 7, 2009

1-1-10 Garden Avenue

Posted by take5shopOn9 at 8:42 PM 0 comments
dalam bilik yang dirindui. wangi..segar pun ada bau bilik nie. tapi sensorang je duduk bersila. akak ke Lake Town ber'holiday' dan melahu dengan charlies angle. seronoknya cuti-cuti malaysia. bosan pula takde teman nak bergosip. esok ada janji temu dengan ainyen di midvaley. nak bawa bonda ayahanda tersayang ke bangi pula. bagaimana ye? takpe.. tido malam mimpi~ moga ada jawapannya.

Friday, February 6, 2009

2 tahun sudah

Posted by take5shopOn9 at 9:49 AM 0 comments

dah lama sangat vidoe ni ada dalam simpanan pendrive. 2 tahun dalam simpanan. masih terfikir-dimana semua koleksi gambar di sem 1. terima kasih kepada tuan yang sudi membuat untuk hamba. antara tempatnya:-
# dalam lab 
# SL 
# Morib
# pesta buku PWTC
# sek vokasional shah alam
# dalam dewan kuliah dengan Myra ~rindu gile~
# apartment KLH 1-2

setahun yang dulu

Posted by take5shopOn9 at 9:04 AM 0 comments

nie namanya plan 'BUSUK'; ainyen yang kata. sebabnya dia wif aizat buat plan pada jam 11 malam selepas melahu bersama. jue tak dapat bersama sebab balik kampung. kesian dia~ bila lah boleh dapat bersama lagi macam nie kan?

ainyen        :   L.I politeknik shah alam
sal               :   dah balik Kuching; menunggu bakal raja sehari
nanar0ck   :    L.I politeknik johor bahru
syasya       :    balik Temerloh; sambung belajar di Kuantan
aizat           :    kerja di ... * aku lupa*

Wednesday, February 4, 2009

petang yang malam

Posted by take5shopOn9 at 11:53 AM 1 comments
petang itu panas
hakikatnya mendung berarak
tapi kenapa ada bahang dalam diri
membakar hangus rasanya

petang yang panas 
diri keluar jauh dari pepagar
bangunan batu
atas tujuan manusia lain
diri itu yang melonjak gumbira

petang panas beransur sejuk
bukan bantuan penghawa dingin dia
pandangan dah jauh
gembira...

petang beransur senja
kaki penat tapi hati membara semangat
otak ligat berfikir
bilik kecik untuk 3 manusia
not 10 dihulur

senja berlabuh malam
puas sedikit hati, telinga, mulut
pertama kalinya 2 manusia itu dalam tangan dia
selamatkah? hidupkah?
TUHAN ampuni aku
itu jalan baru baginya

malam gelap
mereka sampai
mata-mulut-diri; semua letih
malam tidur terus lena..

Tuesday, February 3, 2009

kekadang

Posted by take5shopOn9 at 12:27 PM 0 comments

kekadang 
mereka mesra
bertepuk tampar senyum ke telinga
duduk bersila punggung tak rata
satu bumbung yang ceria

kekadang 
lidah lembut kasar jua bunyi
satu bumbung bergegar
hebat sungguh bedilan manusia

kekadang
mereka bingung
ada juga bengong
yang remeh mahu dibesar
hati tawar mencari pendamai

kekadang
mereka rindu
mereka fikir
mereka mahu
satu bumbung sejuk nan damai

kekadang
diam sendiri
telepon tangan
obat racun penawar

About Me

My photo
Name It, You Get It Here!

Followers

 

...NanA r0cK... Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei