Sunday, February 20, 2011

Pertemuan dan Kejujuran

Posted by take5shopOn9 at 11:32 PM 0 comments
Baru sahaja balik bertemu seorang kawan yang telah dikenali hampir 2 tahun di alam maya dan tadi baru bersua muka. Pelik kah? Entah bagi aku biasa, seperti telah lama berkenalan dan kenal antara satu sama lain. Hendak dikatakan kami sering berhubung tidak pula, hanya sesekali jika ada perkara yang dibincangkan.

Lebih penting, perkenalan kami berlanjutan disebabkan adanya urusan perniagaan antara kami. Aku ada menyimpan hasil keuntungan dia dengan jumlah yang banyak. Semua itu adalah perjalanan yang telah dirancang. Lama aku menyimpan amanah ini, hari ini dia datang untuk mengambilnya.

Dia datang berteman yang mungkin akan menjadi teman hidupnya tidak lama lagi. Aku harap pertemuan tadi, agar luput dari memorinya kisah antara kami. Kita hanya merancang.

Jauhnya pertemuan kami, antara Shoubro dan Malaysia. Gembira dapat bertemu setelah lama merancang dan akhirnya hari ini telah ditetapkan oleh DIA.

Saturday, February 19, 2011

24 jam

Posted by take5shopOn9 at 2:31 AM 0 comments
Selamat pagi blogku. Lamanya tak bertegur sapakan. Almaklumlah semenjak menjadi "saya yang menurut perintah" statistik bercenggong bersama lappy kurang memberangsangkan. Rutin kehidupan makin hari di rasakan tidak warna warni macam pelangi. Semua luntur seperti di basuh dengan cucian BREEZ 3 kali ganda. PUDAR.

Masa telah melewati ke angka 2.36 pagi. Manusia zaman sekarang telah mengubah fitrah kehidupan yang telah ditetapkan Allah. Waktu sepatutnya digunakan untuk tidur ataupun bangun tahajjud kepada Allah. Siang hari bangun awal pagi meneruskan kehidupan, sebab itulah masa 24jam yang diciptakan untuk kita adalah sangat cantik dan berkesesuaian sebagai hambanya. Kita alpa dengan fitrah ini, langsung mengabaikan 24 jam dan memandang remeh dengan amanah Allah.

8 jam = tidur
8 jam = ibadah
8 jam = bekerja



Moga dapat aku realisasikan keindahan hidup ini selama 24 jam kerana dalam kehidupan manusa hanya ada 1 hari sahaja. Semalam telah berlalu biarlah lepas, esok kita tidak pasti adakah akan bertemu. Jadi hari ini kita berilah kepuasan hidup semaksima mungkin.


About Me

My photo
Name It, You Get It Here!

Followers

 

...NanA r0cK... Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei