Friday, December 31, 2010

Buang Yang Keruh Ambil Yang Jernih

Posted by take5shopOn9 at 9:43 AM 1 comments
Salam sejahtera semua. Selamat bercuti yang lama bagi para pekerja di Malaysia atas kejayaan skuad Harimau Malaya. Sejak piala dunia muncul hati ini mula tertarik dengan football game. Jika dahulu asal ayah menonton football game mesti muncung panjang sedepa sebab tak suka rancangan itu. Tapi sekarang sudah berubah. Cuma , masih belum kenal rapat dengan pemain. Sekarang di Tv9 goal keeper Harimau Malaya yang ala-ala negara samurai sedang on air, memang menjadi kegilaan ramai gadis termasuklah diriku. Dengarnya sudah berpacaran.

Hari ini nombor last dalam kalendar 2010. Semuanya ada perancangan tersendiri untuk menikmati hari esok 2011. Maka pelbagai azam, cita-cita yang tercipta dari minda kaliankan. Jangan persoal tentang azam pada saya. Biarlah menjadi rahsia sebab saya berangan je lebih.

Pelbagai peristiwa suka duka telah dilalui sepanjang 2010 ini. Namun saya terima sebagai ketentuanNya kerana Dia maha Mengetahui apa yang baik untuk hambaNya.

2011 aku menunggu dengan senyuman.

Tuesday, December 7, 2010

Jodoh di Tangan Allah

Posted by take5shopOn9 at 4:17 PM 0 comments
Pada suatu hari, saya bertanya kepada emak,"Maa satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang?". Mak jawab, "dua-dua bukan.." Saya tercengang. Mak mengukir senyuman.

"Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Alllah". Saya menarik nafas dalam-dalam. "Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?". Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya. "Yang paling tahu hanya Allah", mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.

"Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya..", mak menyusun ayat-ayatnya. "Dan keikhlasan kerana Allah itu terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjolkan oleh seseorang itu.."

Saya memintas, "tak faham!" mak menyambung "cinta didalam jalan Allah..bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..", mak menyambung lagi. "Begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet itu".

Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini. Mak menyambung "setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali lagi".
Persoalannya ialah.."Siapakah jodoh itu?". Mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.

"Kakak, mak dulu masa remaja ada secret admire. Rajin betul dia hantar surat. Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ini tak halal. Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur. Mak sedar, mak anak yatim piatu, anak orang miskin, adik-beradik ramai. Mak nak kena belajar bersunguh-sungguh, lama budak tu tunggu mak. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak. Dan dia memang buka jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta itu". Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak.

"Mak memang tak ada perasaan langsung pada dia ke?", saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. "Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain. Mak seperti kakak". Mak memandang saya sambil memegang pipi san dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

"Mak anak ustaz dan ustazah. Tapi zaman tu ustaz ustazahnya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak Kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji. Sebab, zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya. Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung.

Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya", emak melemparkan pandangan ke lantai. "Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami, dia suruh kami teruskan", sambung mak.

Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

"Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul samada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak", mak menelan air liurnya. Saya diam.

Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya. Adakah ia suatu diskriminasi?

"Kakak, jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni. Tetapi kita kena ingat, kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling mencintai..bercouple mungkin. Tetapi bukan berkahwin. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali, dan tak mustahil orang yang paling kita benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..".

Tiba-tiba airmata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, "Allah itu Maha Adil..Dia tak pernah menzalimi hambaNya. Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya.

Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya", emak berhenti seketika. Bukan luar biasa..

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. "Kakak..jadi disini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa. Dan berkahwin bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintau Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beritahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-kian hal kerana Allah semata-mata.

"Kakak..hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. Hanya Allah yang boleh memegangnya, sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah. Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pengalaman bercinta dengan lelaki kaya, rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh, cacat dan dungu. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti".

"Kakak...walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha..tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur..".

Sekali lagi berjuruaian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri. Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Perlukan emak sangat-sangat kuat. "Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah. Sekarang emak srahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara".

Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya..



Apa yang ada pada tarikh 26?

Posted by take5shopOn9 at 2:00 PM 0 comments

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berAKAL" - Al-Imran 190

Bencana Tahun 1500-2000:
26 Jan 1531 gempa bumi di Lisbon, Portugal, 30.000 orang tewas
26 Jan 1700 gempa di Laut Pasifik, dari Vancouver Island, Southwest Canada off British Columbia hingga Northern California, Pacific Northwest,USA. Dikenal sebagai megathrust earthquake.
26 Jul 1805 gempa bumi di Naples, Calabria, Italy, 26.000 orang tewas
26 Aug 1883 Gunung Krakatau meletus, 36.000 orang diperkirakan tewas
26 Dec 1861 gempa bumi di Egion, Yunani
26 Mar 1872 gempa bumi di Owens Valley, USA
26 Aug 1896 gempa bumi di Skeid, Land, Islandia
26 Nov 1902 gempa bumi di Bohemia, sekarang Czech Republic
26 Nov 1930 gempa bumi di Izu
26 Sep 1932 gempa bumi di Ierissos, Yunani
26 Dec 1932 gempa bumi di Kansu, Cina, 70.000 orang tewas
26 Okt 1935 gempa bumi di Colombia
26 Dec 1939 gempa bumi di Erzincan, Turki, 41.000 orang tewas
26 Nov 1943 gempa di Tosya Ladik, Turki
26 Dec 1949 gempa bumi di Imaichi, Jepun
26 Mei 1957 gempa di Bolu Abant, Turki
26 Mar 1963 gempa bumi di Wakasa Bay, Jepang
26 Jul 1963 gempa bumi di Skopje, Yugoslavia, 1.000 orang tewas
26 Mei 1964 gempa bumi di S. Sandwich Island
26 Jul 1967 gempa bumi di Pulumur, Turki
26 Sep 1970 gempa bumi di Bahia Solano, Colombia
26 Jul 1971 gempa bumi di Solomon Island
26 Apr 1972 gempa bumi di Ezine, Turki
26 Mei 1975 gempa bumi di N. Atlantic
26 Mar 1977 gempa bumi di Palu, Turki
26 Dec 1979 gempa bumi di Carlisle, Inggris
26 Apr 1981 gempa bumi di Westmorland, USA
26 Mei 1983 gempa bumi di Nihonkai, Chubu, Jepang
26 Jan 1985 gempa bumi di Mendoza, Argentina
26 Jan 1986 gempa bumi di Tres Pinos, USA
26 Apr 1992 gempa bumi di Cape Mendocino, California, USA
26 Okt 1997 gempa bumi di Italia

Tahun 2000 - kini

26 Desember'04 Tsunami di Aceh tanggal

26 Mei 2006, Gempa Jogja

26 Jun 2010, Tasik gempa

26 Oktober 2010 Tsunami Mentawai

26 Oktober 2010 Merapi Meletus .

Ada apa dengan 26.? Trnyata..dlm alquran, jus 26 surat asy-syu'ara yg didalamnya pngertian tntg azab Allah... Subhanallah

1432 Hijrah

Posted by take5shopOn9 at 1:48 PM 0 comments
Salam Tahun Baru Hijriah. Setiap tahun pasti ada majlis sambutan dan anugerah tokoh ma'al hijrah akan disampaikan kepada yang layak. Tahniah kepada penerima, moga dengan penganugerahan itu akan membantu saudara Islam di sekeliling anda. Lagu tema Ma'al Hijrah pun sedap juga didengar dan laungkan. Namun, dapatkah aku istiqamah dengan niat hijrah ini. Aku hanya manusia biasa yang tak dapat lari dari masalah dan ancaman duniawi.

Aku reda dengan semua dugaan yang Tuhan beri sebagai landasan untuk membina masa hadapan. Tuhan tidak menduga hambanya jika dia tak mampu menghadapi. Aku bersyukur dengan nikmat serta segala kurniaan yang melimpah ruah. Amin...

Jangan hanya menunggu setiap ada peristiwa seperti Tahun Baru, Hari Kelahiran, ditinggalkan, papa kedana baru terasa ingin berubah. Mulalah sekarang kerana kita tidak pasti apa yang akan dipersembahkan oleh Tuhan pada kita nanti.

Bersama kita perbaiki kelemahan diri. Allah maha Pengasih dan Penyayang.

About Me

My photo
Name It, You Get It Here!

Followers

 

...NanA r0cK... Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei