Wednesday, January 25, 2012

Neighbourhood

Posted by take5shopOn9 at 3:02 AM 0 comments
Hidup berjiran mestilah tahu hormat-menghormati, sayang-menyangi. Janganlah pula ikut kehendak emosi yang boleh bikin jiran tetangga panas hati dikala malam tengah sunyi. 

Kes kejadian:
Aku sebagai penduduk tetap terasa teraniaya dengan sikap seorang wanita 'kap.lam.ya.nga' yang menangis terlolong, terjerit-jerit bagai hilang laki. Kejadian berlaku lewat tengah malam, dikala ini semuanya 'indah lelapku'. Sepatah haram aku tak faham apa yang dibebelkan si perempuan itu, menyesal tak tambah bahasa keempat, kalau tak senang aku faham butir-butir patah katanya (kak nam juga aku ni). Konon nak tegur suruh diam, bincang perlahan-lahan macam dalam kelambu dalam rumah, bila fikir-fikir semula tak pasal di parangnya  ke tak pun disimbahnya asid lagi menambah keraguan aku. Dan jalan diam serta buat-buat lelapkan mata tak mahu masuk campur.

Dari drama Tamil si perempuan tu, aku dapat rumuskan dia mencari boyfriend atau suami atau kekasih gelap atau skandal yang sedang buat skandal dengan perempuan lain. Teror juga aku. Dalam tak faham sepatah haram, boleh pula buat rumusan sendiri.

Tak lama kemudian, datang polis buat siasatan. Terima kasih kepada jiran yang bertanggungjawab memberikan laporan kepada pihak terbabit. Bagus aku ada jiran macam anda. Terfikir juga, mana tahu si perempuan  buat keje gila terjun bangunan. Merayau-rayau pula hantunya dikawasan perumahan ni. Dah jadi mak lampir pulak.
Dah sampai polis, aku beranilah jadi telefon karat untuk orang dirumah. Maka benarlah rumusan aku tadi. Yang ada bangang banyaknya, titisan darah ada disepanjang Ground Floor (rumah aku Low Cost Apartment). Gila. Sanggup kelar tangan, memang drama Tamil swasta malam ni. Heboh dikata pada polis BF ada bersama perempuan lain  di dalam rumah yang disyaki dari awal tadi. Memanglah rumah yang diterjah tu disewa wanita sekaumnya. Setahu aku, penyewanya tiada dalam minggu ni. Polis pun beri kerjasama ketuk pintu rumah tersebut. Hasilnya zero. Tak puas hati, semua tingkat rumah di terjahnya dengan yakin BF ada dikawasan terdekat. Ayo...ma...ayoyo...

Hampir 1 jam keadaan kembali terkawal, polis beredar dan menyuruh si perempuan beredar pulang ke rumah.
Aku rasa, si perempuan ni silap dapat liputan la. Matilah si BF kalau dia jumpa nanti. Akhirnya, mata aku ni payah nak sambung tidur semula.


About Me

My photo
Name It, You Get It Here!

Followers

 

...NanA r0cK... Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei