Friday, December 30, 2011

Cherry Ceria

Posted by take5shopOn9 at 2:01 PM 0 comments

Thank you En.Azmi. Cherry ceria diterbang khas bersama En.Azmi dari negara Kangkaroo tooiinggg..tooiiinnggg. Zaman keanak-anakan dulu,suka sangat mengutip cherry ceria yang tertonggok diam atas lapisan krim cake. Bukan sedap sangat pun. Lepas kurang ditekak ni,tak kuasa nak berebutkuasa mengutipnya lagi.

Cherry ceria yang diberikan oleh En.Azmi sungguh sodap. 
Sodap macam buah rasanya.

Posto..posto

Posted by take5shopOn9 at 12:40 PM 0 comments

Salam Penghulu Hari Kepada Semua! 
2011 berkira-kira hendak berlalu pergi. 2012..adakah usia ini dapat melewati hari-harimu? Kita hanya merancang, tapi perancangan dari Yang Maha Mengetahui tidak dapat menjangkau batas akal kitakan. Touching mouching pulak. Apa-apa pun hari-hari berikutnya perlu diperbaiki agar kita menjadi insan yang berkebolehan bukan mengejar  kejayaan, kelak kejayaan  yang datang mengejar kita.

Hujung minggu yang penuh sesak dan padat dengan urusan sendirian berhad. Jadi urusan diri dan kegiatan sosial perlu dikurangkan demi memenuhi ruangdan kehendak orang tua menemani mereka ke tempat yang telah di rancangkan, bagi memastikan tiada yang ketinggalan dan keciciran. payah pulak nanti ada yang terusik jiwanya jika dicicirkan.

Kad undangan dah siap bercetak, jadi bermulah de'tour posto-posto. Ikut rancangan, we all menuju kearah Linggi - Pasir Panjang seharian berjalan. Cuaca pula hujan lebat. Cabaran sungguh. Semua yang dijemput ni adalah kenalan ayah semasa bekhidmat 8 tahun dahulu. Asal jumpa kawan-kawan ayah, ada yang mengeluh dan mengadu, pujian hangat pun ada juga. Katanya pengganti tempat ayah sekarang  tak memberikan kerjasama yang baik. Alahai kasihan lah lembu itik ayam kambing yang dalam kesakitan tu. Tiada lagi perawat kesakitanmu haiwan-haiwan sekalian. hihihihi




Bangganya hasil rekaanku diterima si pengantin


Masjid usang, hampir roboh.


Berhenti solat Zohor di Masjid Jamek Pasir Panjang. Tiap kali ke sini hati aku memang sentiasa terpaut dengan kenangan lama yang mengusik jiwa. Tempat dibesarkan, bermain dan kawan-kawan yang otai. Di masjid ni lah aku belajar mengaji mulanya dengan Muqaddam, mengaji dengan menyanyikan lagu. Kiranya aku ni anak murid kesayangan Ust. Jalaluddin. Habis mengaji, lepak sampai petang di kedai runcit bapak kawan baik. Aiskrim patah tak pernah tinggal.

Bersama geng mengaji panjat meriam besi ini.

Walaupun penat de'tour posto..posto. Tiap kenangan yang melintasi di akal buat aku tersenyum dan hilanglah penat.

















Wednesday, December 21, 2011

WORDLESS WEDNESDAY #3

Posted by take5shopOn9 at 10:23 AM 0 comments
Roti rentung untuk hidangan pagi. Itulah akibat peralatan yang jarang diguna pakai.

Monday, December 19, 2011

When My $$$ Drop

Posted by take5shopOn9 at 5:56 PM 0 comments

Aduh..duh..duh..duh bergolek-golek jantung ni rasanya. Aku nak sangat jadi jutawan yang banyak duit. Mestilah banyak duit. Masalah orang Melayu sekarang ni,kekampungan serta kekolotan minda bawah sedar sangat tebal. Santau-menyantau jadi asam garam hidup. Langsung tak boleh tengok orang lain maju dan bahagia. Kau,kalau rasa apa yang orang yang kau cemburu tu rasa. Belajarlah dari dia. Tak payah nak menyantau je.

Upssszz terlebey sudah. Aku suka layan rancangan realiti di Astro Ria setiap hari Sabtu&Ahad malam. Berhajat juga nak masuk menguji akal dan quality pengatahuan Am aku ni. Masa Astro keluarkan pengumuman mengenai rancangan ini aku nak sangat sertai tapi puas memikir siapalah partner? Fikir punya fikir dah tutup pun penyertaannya. Layan orang lain main je la.

Bagus la rancangan kita perlu fikir,melabur dan menang. Mesti u all pernah tontonkan. Mesti geram je hati dengan gelagat peserta. Ada yang over confident (itu bagus) tapi agak-agaklah. Ada tu soalan mudah,boleh pula bahagi-bahagi wang. Ada tu,tak percayakan partner. Ada tu emosi tak tentu hala. Kalau dibagi pilihan, aku nak partner lelaki. Sebab bagi aku senang deal dengan orang jenis ni. Bila dorang cool aku pun cool(ini aku punya rasa ye). Cewaahh. Padan muka tak juga dapat masuk.

Nak bagitau juga, dalam ramai-ramai peserta tu termasuk juga senior ex-school aku bersama suaminya.hihi :)

Bila tengok dengan family dirumah sambil-sambil makan kacang boleh berbincang dan menambahkan kemesraan family members.

Kenapa Begini

Posted by take5shopOn9 at 4:31 PM 0 comments
Oohhhhh tidakkkkk...
Kenapa aku tak berjaya emailkan gambar dari Blackberry terus ke blog? Langsung tidak diterima. Huahuahua apa dah jadi???

Habislah. Macamana nak update blog kalau tanpa gambar-gambar? Tak syiookk laa..

Tolong Tuhan beriku ilham untuk atasi masalah ini..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Posted by take5shopOn9 at 4:13 PM 0 comments
Hello
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, October 24, 2011

Hujan

Posted by take5shopOn9 at 5:56 PM 0 comments

Hujan.

Ketika ini aku sendirian di dalam mobil sementara menunggu jam 6 petang. Sengaja duduk menyendiri merasai hujan mencurah-curah menyimbah mobil. Biarkan bersih dari kekotoran. Hujan mencurah lagi membasahi bumi. Biarlah bumi yang basah,hati aku kering..dan terus kering sehingga mereka diam dengan provokasi.

Lebatnya hujan ini nyata mencurah dicermin kereta. Lebat hujan air mata ku pendam biar menangis sebak didalamnya. Tidak kuasa menunjuk kelemahan. Ini bukan keegoan, ini bukan kebencian. Ini aku inginkan kekuatan.




Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, October 21, 2011

Re: Re: I am finally became Boss!!

Posted by take5shopOn9 at 7:37 PM 0 comments

hey there...
my daily life doesn't feel like a burden
http://www.talktalk.co.uk/misc/redirect.php?qygux&wel=facebook.com&vesu=facebook.com&url=http://home54solutions.net/esubmit/bizopp_main.php
bye.

Tuesday, October 18, 2011

Fwd: Nice opportunity

Posted by take5shopOn9 at 3:07 AM 0 comments

Hello friend.
I had reached the end of the line I took my chances with this now I make all the calls just picture the possibilities
http://www.fraza.ua/aw.php?gusoh&kad=aol.com&tudy=msn.com&u=http://income2.net/esubmit/bizopp_main.php
see you soon.

Wednesday, October 12, 2011

Wordless Wednesday #2

Posted by take5shopOn9 at 3:36 PM 0 comments

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, October 9, 2011

Belanjawan

Posted by take5shopOn9 at 3:20 PM 0 comments

Rata-rata rakyat jelata Tanah Tumpahnya Darahku telah mengikuti belanjawan 2012 pada Jumaat;071011 lalu. Semua menanti dengan penuh debaran dan harapan. Dulu, aku tak mengerti dengan semua hal ini. Apalah sangat dengan belanjawan? Tiap-tiap hari belanja juga. Kedai-kedai runcit akulah pelanggannya. Tidak mengubah apa-apa pun. Tak tahu apa pentingnya siaran langsung belanjawan sampai semua tengok depan kaca tv.

Sekarang, aku dah menjadi sebahagian mereka. Ternanti-nanti saat itu. Apakah yang bakal diperolehi? Tersenyum lebarkah? Senyum kambing ke? Adakah alasan aku penjawat awam semuanya berubah? Sama seperti makcik-makcik pejabat, mak ayah dirumah, kawan-kawan yang bekerjaya? Owhhh besar impak belanjawan ni ye.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, October 3, 2011

Persiapan Raja Sehari

Posted by take5shopOn9 at 2:00 PM 0 comments

Sabtu lepas seharian menyumbangkan ekonomi negara Tanah Tumpahku di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman atau lebih sinonim di mulut Jalan TAR. Siapa yang tak kenal Jalan TAR? Perlulah ada rombongan Cik Kiah ke sana.

Sebelum matahari terbit terik aku, bakal pengantin dan kawan pengantin bergerak ke Kuala Lumpur. Bagi mengelakkan dari berhadapan kesesakan jalan raya, kereta yang dipandu kami pakir di LRT Cempaka. Alhamdulillah jalanraya lengang begitu juga Sogo. Bulan masih terang, tapi keadaan sekitar lengang. Mungkin rakyat Malaysia dah berhabisan membeli belah sebelum raya dulu.

Fokus utama, mencari kain ela untuk diriku, mak, ayah, ibu saudara dan flowers girl kiranya tema sedondon. Dari awal lagi, bila ditanya tema tak tahu nak kata apa. Akhirnya dapat la keputusan warna untuk family pada majlis nanti. Purplelish!!!!

Gulatis, kedai pertama kami masuk. Mahal ya rabbi..Dorang ni jual kain ke jual 'brand'? Dapat la aku sepasang baju kebaya hijau untuk dipakai ke rumah pengantin lelaki nanti. Keduanya, Nagoya. Dapat 2 pasang baju Viscose. Popular sangat ke jenama ni? And the last point, Jakel gedung ke sukaan mak aku. Apa yang dapat? Memang tidak aku merancang dan tak pernah dirancang. Terkejut orang yang sponsor aku. Sepasang songket untuk aku pakai di hari persandingannya.

Memang memenatkan, agaknya tiba masa aku nanti macamana ye? Dengan tema la, gift la, hantaran la, aku nak request akad nikah sahaja boleh kan?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, September 21, 2011

WORDLESS WEDNESDAY | #1

Posted by take5shopOn9 at 2:18 PM 0 comments

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, August 29, 2011

Lebaran

Posted by take5shopOn9 at 11:12 AM 0 comments

Slm lebaran buat semua yang dah sampai ke kampung halaman, mahupun dalam perjalanan pulang. Seperti petikan sebuah lagu yang tidak asing bagi kita semua 'perjalanan jauh tak kurasa kerna hati ku melonjak sama' seterusnya sendiri sambung ye.

Pertama kalinya aku bekerja dikala hari terakhir Ramadhan. Kalau dulu-dulu punya ceritalah kan, seminggu awal dah ada dirumah. Itulah perbezaan zaman kegemilangan yang sangat enjoy dengan masa bekerja. Sekarang ni tak boleh la nak over enjoy masa bekerja, perlu tunjuk contoh cemerlang.

Tinggal aku berdua dengan kak Azzah di perjabat yang sunyi sepi. Mujurlah ada hiburan dunia seperti radio, tv, internet. Taklah kitorang menghadap dinding je.

Aku ambilla kesempatan kilat-kilatkan kereta di pejabat sementara takde keje nak buatkan. Owh petang ni kami akan pulang beraya di kg. Raya ni nak capture banyak-banyak gambar raya dengan Mr.Don :)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, August 15, 2011

Tinggal Memori

Posted by take5shopOn9 at 1:30 PM 0 comments

:: inilah kad raya yang aku beli::

Cuti hujung minggu aku dan kakak tersayang 'mengukur' (window shopping) di Jusco yang 20 minit (siap parking) dari rumah. Mulanya aku mengajak akak ke Terminal 1, sebab aku ada tujuan lain. Tapi bila ditanya aku tiada alasan kukuh nak bagi. Jadi muktamad pilihannya Jusco. Suanasa masih boleh kawal lagi, mungkin orang poket nipis sekarang ni. Apa yang menyedihkan, restoran-restoran lengang. Nampak sangat orang Melayu kuat makan.

Kebetulan dah sampai, kami pun mencari kad raya. Tahun ini ada semangat nak beli dan kirimkan kepada sahabat. Bila imbas zaman dulu-dulu, asal bulan puasa memang excited nak beli kad raya dan tunggu postman datang rumah. Entah kenapa tradisi ni makin lenyap. Tiada lagi kemeriahannya Syawal.

Jadi kami berkobar-kobar nak kembalikan nostalgia lama. Sebenarnya aku nak sangat orang kirimkan kad raya untuk diri ni. Oleh demikian, biarlah aku mulakan dahulu walaupun teknologi lagi canggih dari kad raya. Tetapi simbolik dan kenangan tak mampu tandingi kad raya.

::begitu asyik kakak aku ni memilih kad raya untuk tunangnya::

Sedihnya, plihan kad raya sangat limited. Design pun macam recycle 5 tahun lepas yang tak habis jual. Pening juga kepala nak pilih cantik-cantik. Lagi pening aku nak layan akak aku sorang ni. Dia berbunga-bunga nak kirim kad raya pada yang tersayangnya. Kalau tak jangan harap dia nak beli. Aku senang je pilih yang bundle, 1 paket ada 5 keping. Standard je kad. Semua penerima mendapat sama rasa

.
::sungguh tak sesuai la kad raya ni, langsung tiada unsur syawal::


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, August 13, 2011

Arill In The House

Posted by take5shopOn9 at 6:34 PM 0 comments

Fuyyyooo Arill sampai juga u kat sini ye. Aku dengar je desas desus kedatangan Arill nak juga tengok 'in live' kan biasa di kotak kaca rumah aku je. Arill yang datang, bukannya lelaki 'panas' tu. Kalau lah dia habis anak-anak dara sini di'usha'.

Kedatangan dia petang semalam atas rakaman sebuah program tv. Aku pun tak pasti program jenis apa. Takkan lah trek selebriti. Siapalah yang selebriti tu. Ahaks.. Rakaman bersama-sama pelajar yang berjaya mengharumkan nama sekolah atas kejayaan mewakili Malaysia ke peringat internasional dalam program R&D di US bulan Mei lepas.

Aku ni kepoh-kepoh la di office kedatangan Arill. Tapi faham-faham je lah, akak-akak yang dah veteran ni ada yang kurang kenal dengan Arill. Payah pulak aku nak terang dan gambarkan siapa si Arill ni. Kalau acik-acik nak kenal rapat jom la kita serbu Arill.

Lepas kerja, aku pergi la jenguk-jenguk 'Lab Bio' intai-intai shooting dorang. Lepas ni dorang akan ke meeting room, aku dengan akak-akak lain dah plan nak bergambar kenangan dengan Arill. Aku pulak nak tengok hensem ke Arill ni? Sekali keluar, sempat la jeling. Mak aiiii lentik bulu mata, mancung hidung, putih halus kulit, tinggi kurus.


::Kak Lynda sanggup lengah ke pasar beli bawang, Arill punya pasal::

Habis bergambar, balik la rumah hari dah gelap nak hujan.
::Agaknya tak tidur malam budak ni sebab blazernya dipakai Arill::



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, August 11, 2011

Buatan Sendiri

Posted by take5shopOn9 at 10:51 AM 0 comments

Seperti telah kami rancang, kami ni bertiga orangnya iaitu Kak Pah ketua kontinjen, Kak Azah pengiring dan aku si pemandu. Gembira hati selepas mendapat 'green lite' dari boss besar semalam.

Pepagi sampai pejabat semua dah siap dengan senarai keperluan yang nak dicari. Akak berdua ni berkobar-kobar nak memulakan misi yang dirancang. Sebelum itu, mesti siapkan tugasan barulah boleh 'chaw chin chaw'.

Aku pun layankan je semangat mereka berdua. Ini pun rasa macam awal je lagi. Sampai je, seronok pilih itu ini maklum la belum ada sesak dengan orang ramai. Masing-masing mulakan dengan operasi memilih dan mengira.

:: Pink- Kak Pah; Biru-Kak Azah::

Azam akak berdua tahun ni nak membuat kuih raya hasil dari air tangan mereka. Tiap-tiap tahun nak beli tak syiok la kan. Sesekali buat sendiri mesti enjoy. Selamat mencoba!!

::almaklum sahaja, mereka banyak rumah hendak 'difara'id'::


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, August 10, 2011

Ramadhan Ini

Posted by take5shopOn9 at 2:16 PM 1 comments

Tidak lewat untuk ana ucapkan kepada semua, selamat menjalani ibadah puasa yang penuh barakah ini. Telah 10 hari kita melaksanakan tuntutan rukun Islam yang ketiga ini. Namun tuntuan-tuntuan Islam yang 4 lagi perlulah dilaksanakan seiring dengan rukun Iman kita.

Tatkala ini, hujan mencurah-curah kebumi. Alhamdulillah ada hikmah atas apa yang dikurniaakan. Rasa seperti baru sahaja melaksanakan ibadah puasa seperti hari ini baru bermula. Namun telah pun 1/3 kita lewati. Hati ini belum puas dan cukup untuk mengumpul modal untuk dilaburkan nanti. Fitrah kejadian manusia, awal Ramadhan tidak dapat merasainya itulah sebab ana katakan seperti baru merasai.

Berkesempatan mengimarahkan jemaah bersama menunaikan Solat Sunat Terawih di surau berhampiran rumah. Ada kelainan yang diperbaharui pada tahun ini. Setiap malam ada ceramah mahupun tazkirah di selangi solat sunat terawih.

Apa yang mendukakan cita, anak-anak kecil yang hadir tanpa pantauan ibu bapa atau orang dewasa seronok membuat bising. Boleh cacau jadinya masa solat. Lagi best mereka ni main mercun pompang-pompang. Hendak bawa anak-anak memang baik,mula kenalkan mereka rumah ibadat tetapi perlu beritahu mereka adab-adab semasa dirumah ibadat dan semasa solat.

::Masjid Selat Melaka::
-di ambil selepas Solat Zuhur-

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, August 2, 2011

- Kawasan Larangan -

Posted by take5shopOn9 at 11:31 PM 0 comments

Laman ini masih dalam pembaik pulih. Terasa lama tidak dibelai & dimanjai, hari ini teringin nak berubah hangin. Kasi touch up, cantik-cantik memberinafas baru. Jadi nak perah idea banyak-banyak sekarang.

Monday, July 11, 2011

Jualan hangit

Posted by take5shopOn9 at 11:24 AM 0 comments

Inilah senario di sudut ibu kota. Memang laku berbaloi-baloi tokey yang hanya seluar pendek paras lutut dan seluar track bottom berniaga. Dalam gambar tu semuanya nak beli telefon tangan berryhitam. Aku pun tak percaya mulanya. Bila di racun kawan,memang angkat ibu jarilah.

Dapat la member aku bold 9700 putih hadiah untuk diri sendiri. Itupun setelah diracun..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, June 19, 2011

Kami bergabung lagi

Posted by take5shopOn9 at 11:06 AM 0 comments

Kedatangan ke penempatan lama atas urusan peribadi yang tak jauh dari tempat perjumpaan. Memang teruja sangat,berbulan lama tak jumpa kaki-kaki soksek. Sampai berebut-berebut nak lontarkan cerita itu ini, takut ada yang terlepas dari bahan terkini.

Dasar perhubungan akrab asal jumpa segala benda nak jadi isu. Sampai di dalam jamban pun nak bersuara,punyalah tak mahu ketinggalan. Odah kembang dah kembali ke pangkal jalan. Makin kembang dia. Bahagia kot menjadi tunangan. Alhamdulillah.

Rancangan tak diduga dek akal jiran-jiran kami, memanjat ke Look Out of Point dengan van vanette. Seperti akuarium bergerak dijalan raya. Malu dengan brader yang memandu kereta idamannya disebelah kami apabila berhenti di lampu merah,kuning,hijau.

Mendaki melihat keindahan lampu-lampu yang ada di Kuala Lumpur sambil ada iringan muzik yang best. Terberangan seketika, indahnya jika dalam suasana romantis ini, ada...camgini situasinya..will u marry me? Would u be my princess??


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, June 11, 2011

Jom Membaca

Posted by take5shopOn9 at 2:22 AM 0 comments

Baru lagi beli sebuah buku yang tebal ini. Orang lain dah sampai Amareka. Mata nih dah naik rabak dek kelopak mata terpaksa terbuka.

Disebabkan esok cuti,moh sambung lagi pembacaan yang belum tamat kisahnya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, June 9, 2011

Timur

Posted by take5shopOn9 at 8:37 PM 0 comments
Hello u all..dah menikmati santapan malam? My mom masak gulai ayam a.k.a masak lemak cili api. Balik rumah dengan rasa lapar terus hadap. Gulai ayam kali ni kurang power, almaklum la umur dah meningkat kene jaga usus kecil dan besar.

Sekarang menaip blog sambil berbaringan. Apa guna smartphone kalau tak dilunyaikan penggunaannya. Tetiba nak beralih irama muzik dikala mengarang. Pilihannya..radio Big B -Kpop. Hambek kau..live radio korea ni aku layan.

Sepatah haram aku tak paham..Tapi,sampai la..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, June 7, 2011

Cuti nan sepi

Posted by take5shopOn9 at 4:52 PM 0 comments

Sepi sahaja pejabat dikala musim cuti persekolahan. Dah la sekitar kawasan sekolah ni agak jauh dari kesesakan jalan raya. Seperti berada di dalam daerah baru.

Dan botol air yang jauh dari negeri singa menemaniku dikala tekak kering..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, June 4, 2011

Malam Ini

Posted by take5shopOn9 at 1:29 AM 0 comments
Lewat malam masih terdengar suara-suara hutan.cengkerik beralun-alun suaranya.terasa damai,jauh dari deruan enjin. Aman. Terasa lapang otak. Gelap sekeliling adakalanya menyeramkan,jauh dari lampu kelip-kelip neon warna-warni.

P/s: time to sleep laaa..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, May 22, 2011

Perjalanan Menuju Abadi

Posted by take5shopOn9 at 1:04 AM 0 comments

Baru tak baru dah sejam lebih pulang dari menonton wayang gambar skrin besar. Aku pun tak pasti dengan hati perasaan ni. Tidak seperti insan lain yang boleh teresak-esak menangis kerana storyline penceritaannya. Kali ini kurang terpahat dalam hati.

Walaubagaimanapun aku suka skrip, kerana membuatkan aku berfikir dalam mencuba menghayati yang konon-konon nak titiskan airmata. Tapi aku bukan pelakon air mata. Jadi tidak ada ruang untuk aku dalam ujian pelakon airmata.

Namun,ada lesson yang boleh kita pelajari dari kisah perjalana menuju abadi. Usaha selagi ada jalan. Redhai dengan apa yang telah ditetapkan kerana kita tidak pasti apakah sinar disebalik kegelapan yang datang. Jangan berjanji jika tidak mampu tunaikan. Adakah pemberian itu setimpal dengan apa yang kita perolehi?

::Semakin Dekat Derita Menghimpit Kita, Semakin Dekat Kabahagian Menghampiri::


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Perjalanan Menuju Abadi

Posted by take5shopOn9 at 1:02 AM 0 comments

Baru tak baru dah sejam lebih pulang dari menonton wayang gambar skrin besar. Aku pun tak pasti dengan hati perasaan ni. Tidak seperti insan lain yang boleh teresak-esak menangis kerana storyline penceritaannya. Kali ini kurang terpahat dalam hati.

Walaubagaimanapun aku suka skrip, kerana membuatkan aku berfikir dalam mencuba menghayati yang konon-konon nak titiskan airmata. Tapi aku bukan pelakon air mata. Jadi tidak ada ruang untuk aku dalam ujian pelakon airmata.

Namun,ada lesson yang boleh kita pelajari dari kisah perjalana menuju abadi. Usaha selagi ada jalan. Redhai dengan apa yang telah ditetapkan kerana kita tidak pasti apakah sinar disebalik kegelapan yang datang. Jangan berjanji jika tidak mampu tunaikan. Adakah pemberian itu setimpal dengan apa yang kita perolehi?

::Semakin Dekat Derita Menghimpit Kita, Semakin Dekat Kabahagian Menghampiri::


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, May 18, 2011

Berehat Berbaring

Posted by take5shopOn9 at 1:33 PM 0 comments
Inilah dikatakan smartphone.dimana-mana mudah bagi aku untuk bersihkan laman ni.dalam baring-baringan atau apa-apa gaya pun blh.

Sekarang lunch hour,tapi habiskan waktu dengan 'berfikir' di ruang solat yang karpet dan langsir sedondon warnanya yellow.

Hari panas,bagaimana nak berfikir dengan tenang?kondisi bilik pun tak boleh nak kata.ha!!! Hambek kau.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, May 17, 2011

Adakah berjaya

Posted by take5shopOn9 at 1:52 PM 0 comments
Aku ingin mencubanya




Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, May 10, 2011

EMPAT HELAI

Posted by take5shopOn9 at 9:12 PM 0 comments

2 minggu tanpa Puan Besar. terbang jauh ke US atas urusan kerja dan memberikan semangat kepada kontinjen selaku wakil negara. terang betul minda mereka ni hingga tersenarai mewakili negara. Good Luck You All.

awal-awal lagi Puan Besar dah menyampaikan kerelaan hatinya untuk menerima tempahan seadanya beliau di US. boss aku ni sempoi je bagi aku tapi tegas. suka aku sikapnya. korang yang kene marah maki hamun tak perlu la sentap. dah terang-terang salahkan. ada kalanya boss silap juga. itulah manusia. tiada yang perfect.

bila dapat hint dari boss willing to carry from US, officemate aku mulalah meraba-raba tangan di keyboard search apa yang dihajati. aku yang melepak belakang senyum kambing. nak join kurang berminat. diorang soksek nak hangkat c0acH. hamboi..

boss aku sporting, sama lah melayan cita rasa diorang. ka
ta boss kirim bersama duit, kiriman airiur tak dilayan. kenapa aku tak join diorang hangkat c0acH?? hurmmmm...
::empat helai dari RM beribu::

Monday, April 25, 2011

Kuning Yang Tidak CERIA

Posted by take5shopOn9 at 3:53 PM 0 comments
asalnya Sabtu yang lepas merancang mau makan lauk kenduri rakan sepejabat....(meraikan hari raja sehari anakandanya). apakan daya kita hanya layak merancang, namun keizinan hanya DIA yang lebih mengetahui. hingga hikmah itu, sampai ke hari ini aku cuba mentafsirkan sendiri.

entah kenapa mimpi yang berlaku malam tadi membuatkan aku tak boleh duduk diam. kuat sangat hati ini cuba untuk mengingati apakah yang terjadi. pagi itu, bangun dengan ceria. bersiram diawal pagi. sedangkan orang lain pacak matahari baru sedar dari mimpi. aku bulatkan hati dan kepal-kepal macam ais kacang pergi mencari apa yang ada dalam mimpi.

apa bila disoal orang tua hendak kemana? lancar aku jawap, melangsaikan hutang piutang. padahal mengikut jadual gaji yang tertampal didinding pejabat aku belum waktunya. hebatkan pekerja-pekerja disini, setiap kalendar meja telah tercalit tarikh kemasukan gaji pada setiap bulan. betapa pentingnya gaji. benarkah tujuan aku tadi? mungkin jawapan aku dari soalan orang tua ada betul, cuma sipi-sipi sahaja. yang sebenarnya...tak pun.

ferrari oren aku sebat, bawa seorang diri mencari tanda kuning. berpusing-pusing macam roller coster. yes!! jumpa juga akhirnya. pertama kali sampai. penuh sesak dengan kepala hitam. ada pesta ronggengkah hari ini. berdebar-debar hati nak berjumpa dengan Mr.I. sangat aku tidak berpuas hati dengan orang tengah sepatutnya perkenalkan aku dengan Mr.I, dia ni langsung tak mesra pelanggan. cakap dah la macam pondan berbelit-belit pulak. citt. aku yang tak faham ni lagi bertambah bengong. huh..citt poorahh. tak hingin aku. boleh dia kutuk aku depan-depan 'u jangan pikir melayang la'. rasa aku nak sepak je lutut ko.

aku bla je. sakit hati..........
akhirnya langsai juga hutang walaupun bukan tujuan asal. TATAPI....lain pulak yang terjadi.ehehemheme..bagaimana terjadi?apa yang terjadi? kenapa harus terjadi? aku sendiri tak boleh hendak fikir...
perjanjian tanpa dirancang. ala-ala blind date gitu..
mode blushing...terjumpa Mr.B
langsung terpikat dan angkat.


Wednesday, April 20, 2011

Sampai Bila?

Posted by take5shopOn9 at 4:32 PM 1 comments
Wah..dog products memang teruja gila @#*& la. First time boleh berkarya menggunakan HAK .....................
Entah berapa banyak percubaan telah aku lakukan tetiba pulak hari ini 'mood' eh baik nak berkonspirasi dengan aku.

Cuaca didalam pejabat ni, owh sunguh sejuk. Cuaca diluar tu, tadi aku jeling dari cermin kaca pejabat dah mendung. Mungkin malam ini tidur yang lena. Aku ni dah macam pengkaji cuaca je. Bukan bidang kerjaya.

Aku adalah peminat buku. Asal sahaja ke kedai buku, belek-belek kulit ke kulit tengok design lawa. Hambik terus. Aku pun tak paham apa pasal la boleh jadi gaya macam ni. Sampi bila la nak sedardog products.
Dah banyak buku, bukannya habis baca pun. Baca yang setengah ni, dah rasa tak sabar nak habis ending. Sampaikan terasa nak scan je masuk dalam kotak minda aku ni, tak payah baca lama-lama. Kemudian, suka pula baca melompat-lompat buku, bosan tajuk yang ini. Aku pindah ke tajuk yang ini. Sampai bila nak habis baca?dog products



Tuesday, April 19, 2011

Monday Blues

Posted by take5shopOn9 at 9:39 PM 0 comments
Gatalnya tekak ni. Bila batuk macam-macam rasa ada, rasa masam, manis, masin, 3 rasa pun ada (bohong semata-mata). Payah nak tafsir batuk gatal tekak ni. Kering semacam je. Sampai terjelir-jelir lidah lah dibuatnya. Perlukah ke pejebat esok menggunakan penutup mulut. Halamak dah macam ada jangkitan Tibi pula. Tak mengapa dan jangan risau, setiap kali saya batuk, akan cepat-cepat tutup mulut guna tudung periuk. Besarkan...Kurang la kuman nak merebak berterbangan bebas.

Isnin. SmileyBagaimana wujudnya istilah 'MONDAY BLUES'. Asalkan je hari isnin ada sahaja yang menghadapi simptom ini. Apakah korang ni ada alahan hari ke. Tapi kalau hari Jumaat semuanya senyum 360 darjah. Memang bagus Jumaat, sempena dengan pengetahuan aku adalah Penghulu segala hari. Tapi bukan semua yang ada matlamat ini, semuanya suka sebab-sebab.. masa berkerja yang pendek. Waktu rehat yang panjang. Silap-silap nak layan 1 movie pun lepas.

Kalau di Mall, penuh la kumpulan-kumpulan perempuan bersiar-siar yang tak rasa bersalahkan. Kadang-kadang dorang ni ada yang tak sedar diri keluar awal dari masa, masuk ke pejabat lewat dari masa yang diputuskan oleh Perkeliling.

Isnin. Muka semua ketat 34. SmileyMata sembab tak puas tidur. Pagi yang indah dengan permulaan tugas menjadi lah tegang dan kusam. Cubalah korang semua hidup tanpa memilih hari. Aku suka hari Guru. Dapat dengar lagu Guru Malaysia.

Sunday, April 10, 2011

Biarpun Lama Tapi Masih Terasa Baru

Posted by take5shopOn9 at 10:48 AM 1 comments

Terasa kedinginan salju disana walaupun panas kering disini. Damainya rasa, tenang hati aku melihat raut wajahnya yang sentiasa mencairkan hati nidog products.
Dan sekarang seperti tidak aku hirau dunia luar. Sanggup bertapa lama demi merekadog products. credit to my BFF ainyen, u are my shineshydog products
Baru sekarang aku dapat nikmati keduniaan ini. Sekurang-kurangnya rest lah juga urat-urat tengkung ni asyik menghadap nombor je. Tengok wajah abang-abang sayang nidog products lapang sikit otak.

Wednesday, April 6, 2011

Tua Sebelum Usia

Posted by take5shopOn9 at 7:02 PM 0 comments
Biasa dengarkan? Bahkan anda mungkin biasa menlontarkan kepada orang disekeliling kan? Contohnya; 'Tak nampak pun, nampak muda la.' 'Matang lah dia'. Macam-macam lagi la ayat yang ada. Kering idea saya. Perah..Perah sampai kering..


Koma

Seorang lelaki yang saya kategorikan dia sebagai adik datang (sebenarnya saya datang kepadanya) ke pejabat untuk mempromosi barang dagangan yang sah di Malaysia dan telah mendapat jaminan Kementerian Kesihatan Malaysia. Comel adik ni bila saya perhatikan, iras Hafiz AF (lupa musim ke berapa) kerana rambut yang kembang persis Hafiz. Dia pun tak segan mengakuinya. Ikut kamulah dik oii.

Selesai isi butir-butir peribadi saya diarahkan menimbang berat badan dan ukur ketinggian yang langsung tidak layak berdiri sebahu dengan Nasha Aziz. I miss u Nasha. Maka bermulalah sesi menilai hasil dapatan tadi. Tinggi: tak perlulah di ceritakan. Cukup seadanya. Berat: owh hingga sekarang masih fikirkannya. Bagaimanakah caranya hendak tambahkan supaya mendapat berat yang ideal. Saya bukan kategori Anaroxsia. Adik itu menasihatkan saya supaya makan lebih protien. Pandai adik ni, macam pakar dalam bidang menjaga pemakanan sahaja. Entah-entah dalam hatinya tak sabar-sabar nak suruh aku beli barang tu.

Layankan sahaja adik ni, kang kecil hatinya. Masuklah ke bab dalaman. upsszzz bukan kisah dalam kain ye. Adik tadi membuat pernilaian dari timbang ajaibnya, sebab tiada dalam pasaran tau. Kerana boleh tahu kandungan air dalam badan. Lemak tepu dalam badan dan usia organ dalaman kita. Rasa nak cilok bawa balik je.

Kandungan air dalam badan cukup. Part ni best dan suka aku rewend dalam kepala ni. Umur akak sekrang 24, umur organ seperti orang berusia 18 tahun. W0www!! Mudanya.. rasa nak melompat kijang je masa tu. habis dia terang itu ini, aku sambung buat keje yang penuh semeja.

Kadang-kadang ramalan mata kasar aku ni ada juga betulnya, tak payah guna penimbang ajaib tu boleh juga tengok usia dalaman seseorang dengan luaran je kan...


Thursday, March 31, 2011

Aku Tidak Akan Lupa

Posted by take5shopOn9 at 9:49 PM 0 comments


Al-Fatihah untuk kedua ibuku Hjh Faziah bt Hj Awang & Hjh Rohani Hj Awang
serta kedua-dua bapaku Hj Zainal Abidin b Abd Rahman & Hj Hassan b Hj Arshad.

Ya Allah..
ampunkan segala dosa ibu bapaku Ya Allah.
sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengampun dan Maha Esa
Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan Nabi Muhammad
itu persuruh Allah.

Tanpa mereka siapakah yang akan mendoakan kejayaan & kebahagiaan aku.
Aku masih perlukan mereka disaatku duka dan gembira.


Tuesday, March 8, 2011

Tamparan Wanita

Posted by take5shopOn9 at 9:27 PM 0 comments
Aku bukannya selemah yang kau sangka
Aku tak rela diseksa, haa!
Beranikah lagi bersemuka
Rasakan kuasa, tamparan wanita

Haaah ambil kau tamparan wanita. Agaknya kalau kena penampar ni macam penampar Jepun ke? Ibaratnya tangan yang menghayun buaian mampu mengoncang dunia. Syurga dibawah telapak kaki ibu. Hebatnya wanita dari tangan sampai ke tapak kaki semua ada kelebihan. Maka wujudlah hari yang diraikan untuk menghargai insan bernama W.A.N.I.T.A. Heboh betul pasal sambutan hari Wanita ini, rupanya ada yang prihatin dengan hari seumpama ini. Sejak akhir-akhir ini pelbagai hari ada sambutannya. Kenapa baru sekarang aku perasan? Adakah selama ni duduk bawah tempurung yang tak tahu apa-apa tentang dunia. Maklum sahaja sekarang HI-TECH dan globalisasi, mudah sahaja mendapat liputan mengalahkan ahli mesyuarat tingkap.

Owhh hari ini genap 100 tahun sambutan hari wanita. Dah beratus tahun ye. Tak la aku heran kerana sedikit pun tidak menjejaskan kehidupan aku. Bahagia disamping keluarga, kawan-kawan, jiran-jiran sihat tubuh badan itu yang aku hargai. Siapa agaknya pengasas anniversary of International Women's Day. Jika anda rajin gunakan aplikasi Google untuk mencari. Saya kurang masa setakat ini (vitamain M terlebih la).

Jika diamati kita sebagai wanita sangat banyak kebaikan dan kelebihan telah dijadikan Allah dimuka bumi ini. Rasulullah SAW, bersabda “Dunia adalah kesenangan sementara. Dan sebaik-baik kesenangan dunia adalah wanita (istri) shalihah.” (HR.Muslim). Mudahnya hendak senang didunia, namun berapakah bilangannya kini. Adakah boleh dihitung dengan jari atau sebanyak butiran pasir di pantai. Dalam keghairahan sambutan ke 100 tahun ini, hati aku terusik dengan wanita-wanita ini.

Inilah yang kita banggakan dengan adanya Khadijah yang merupakan wanita pertama yang memeluk Islam? Lantas bagaimana dengan Sumayah, syahidah pertama dalam Islam? Lantas bagaimana pula dengan ‘Asma yang begitu belia, namun beliau berani mengantarkan makanan ke Gua Tsur tempat Rasul dan ayahnya berisitirahat dalam perjalanan menuju Yatsrib? Tidakkah para wanita patut bangga ketika mengingat Ummu Imarah yang berdiri bertahan dengan setia dalam Perang Uhud ketika sahabat yang lain sedang merasakan ketakutan? Bagaimana dengan A’isyah yang menghafalkan dan meriwayatkan banyak sekali hadits dari Rasulullah saw? Dan pada saat peristiwa Perjanjian Hudaibiyyah terjadi, adalah nasihat dari seorang wanita yang bisa mendamaikan kaum muslimin. Apakah perasaan Siti Fatimah Azzahra menyaksikan sendiri betapa halangan dan rintangan yang telah dihadapi ayahandanya dalam memperjuangkan Islam yang dihina, dimaki hamun, malah diletakkan najis binatang ketika Nabi s.a.w. sedang sujud, menyembah Allah s.w.t., dengan tangisan kesedihan Siti Fatimah membersihkan tubuh Nabi s.a.w. dari kotoran yang taburkan oleh kaum Qurraish. Adakah para muslimah pada masa ini bangga terhadap mereka?

Thursday, March 3, 2011

Tunggu Menunggu & Penunggu

Posted by take5shopOn9 at 11:55 PM 2 comments


ewah-ewah goyang kaki hangguk kepala asyik melayan lagu ni kan? yang paling heboh dan menyampah bila soalan-soalan berunsun nasi + minyak. adoi cik kiah dan pak majid senang-senang sangat nak kenen-kenenkan dengan sesape lah entahnya. kalau ye pun terhingin nak makan nasi minyak, jom gua belanja di restoran ALWAZEER siap free wi-fi boleh berpesbuk dan tweet sambil bibir terjuih beb.

duit aku ni barulah sekangkang kera, celah mana la nak ambil buat kenduri-kendara-kendari. buat ala-ala kadar ada pulak penghujah di belakang scene kritik sana-sini. dah dibuat majlis komen lagi tentang majlis, ibarat rumah dah tegak pahat bergerak-gerak lagi. manusiakan manalah pernah cukup, ada sahaja pendapat pemberi idea.

terima kasih kepada pihak yang bertanggungjawab melepaskan soalan-soalan kepada aku hingga tidak terkata jawapannya. soalan tiga patah perkataan campur dengan tanda soalan dan intonasi yang pelbagai di luahkan pun, susah bagai tercabut urat angin kus-kus rasanya. jawapan paling ikhlas dan simple aku jawab, senyum sahaja.

rakyat jelata kurangkan la soalan sebegini, bila lagi? bila nak kawen? bila nak makan nasi minyak? bila? tunggu bila? menunggu siapa?. tak mencabar minda langsung. cuba la tone begini, nak kenalkan dengan lelaki yang berkereta CALDINA, MURANO. ye aku demand. noktah.


Wednesday, March 2, 2011

aku rakyat sejati

Posted by take5shopOn9 at 7:46 PM 0 comments


selamat petang duniaku. hidup perlu diteruskan mara dan maju ke hadapan. bukannya melayan perasaan yang moron tanpa tahu kemanisan kepahitan kemasinan dan segala rasa boleh dirasai deria aku ini. semangat dan terus gigih untuk mendapat pingat bintang emas tersemat di dada (owh begitu teruja dan perasan yang over).

letih dengan pejabat yang suram beku dan sesekali radio biru berbunyi itu ini. arghh..bosan hanya goyang-goyang kerusi separa empuk pelapis punggung asalkan tidak kematu. kami rindu kak Yun rox.

petang menjelang mungkin aura gigih peperangan medan kerjaya luntur hinggakan si kakak tidak tahu apa itu sebutan di gambar atas. baiklah kita kembali belajar di prasekolah. itu harimau, bukan singa. bagaimana seorang yang telah separuh abad dan hanya menghitung hari kebahgiaan tidak tahu sebutan gambar diatas. sangat memalukan aku sebagai rakyat yang berjiwa rakyat sejati.

terlalu ghairah mendapatkan idea mereka sekeping sijil, "letak gambar singa, yang ini tidak perlu". otak aku berpusing untuk mentafsir. singa? Lion KING? lagak sempoi aku menyampuk..jata negara.. yang lain menyampuk bersama "ermm mana ada singa, harimau adalah.

lantak kamu la si polan-si polan. aku dengan aku yang gembira memantau aksi ronggeng mak temah dari belakang sudut.

Sunday, February 20, 2011

Pertemuan dan Kejujuran

Posted by take5shopOn9 at 11:32 PM 0 comments
Baru sahaja balik bertemu seorang kawan yang telah dikenali hampir 2 tahun di alam maya dan tadi baru bersua muka. Pelik kah? Entah bagi aku biasa, seperti telah lama berkenalan dan kenal antara satu sama lain. Hendak dikatakan kami sering berhubung tidak pula, hanya sesekali jika ada perkara yang dibincangkan.

Lebih penting, perkenalan kami berlanjutan disebabkan adanya urusan perniagaan antara kami. Aku ada menyimpan hasil keuntungan dia dengan jumlah yang banyak. Semua itu adalah perjalanan yang telah dirancang. Lama aku menyimpan amanah ini, hari ini dia datang untuk mengambilnya.

Dia datang berteman yang mungkin akan menjadi teman hidupnya tidak lama lagi. Aku harap pertemuan tadi, agar luput dari memorinya kisah antara kami. Kita hanya merancang.

Jauhnya pertemuan kami, antara Shoubro dan Malaysia. Gembira dapat bertemu setelah lama merancang dan akhirnya hari ini telah ditetapkan oleh DIA.

Saturday, February 19, 2011

24 jam

Posted by take5shopOn9 at 2:31 AM 0 comments
Selamat pagi blogku. Lamanya tak bertegur sapakan. Almaklumlah semenjak menjadi "saya yang menurut perintah" statistik bercenggong bersama lappy kurang memberangsangkan. Rutin kehidupan makin hari di rasakan tidak warna warni macam pelangi. Semua luntur seperti di basuh dengan cucian BREEZ 3 kali ganda. PUDAR.

Masa telah melewati ke angka 2.36 pagi. Manusia zaman sekarang telah mengubah fitrah kehidupan yang telah ditetapkan Allah. Waktu sepatutnya digunakan untuk tidur ataupun bangun tahajjud kepada Allah. Siang hari bangun awal pagi meneruskan kehidupan, sebab itulah masa 24jam yang diciptakan untuk kita adalah sangat cantik dan berkesesuaian sebagai hambanya. Kita alpa dengan fitrah ini, langsung mengabaikan 24 jam dan memandang remeh dengan amanah Allah.

8 jam = tidur
8 jam = ibadah
8 jam = bekerja



Moga dapat aku realisasikan keindahan hidup ini selama 24 jam kerana dalam kehidupan manusa hanya ada 1 hari sahaja. Semalam telah berlalu biarlah lepas, esok kita tidak pasti adakah akan bertemu. Jadi hari ini kita berilah kepuasan hidup semaksima mungkin.


Friday, January 28, 2011

Cik Jem

Posted by take5shopOn9 at 7:32 PM 0 comments

sesuai sangat dapat title 'JEM'. asal bersuara bertentang mata otak aku jem. sabarlah hati menunggu zaman kejatuhannya nanti. selalu tanam dalam hati setinggi mana pun suara kamu, sebongkak sikap kamu, sikit tak takut la beb. saya ada tuhan Yang Maha Esa. cik Jem kamu sudah meniti senja, jaga emosi kerna aku tak mahu menjadi mata jika kau diserang sakit. hati-hati memandu v.i.o.s.b.i.r.u selaju 90km/jam. lembab macam siput babi!!!!

Sunday, January 16, 2011

Tin Kemek Upahnya Ice Cream

Posted by take5shopOn9 at 10:31 PM 0 comments

Fuhh..rakyat sekarang makin selesa dengan kenderaan awam antaranya Komuter. Masalah rakyat yang aku tak suka apabila menaiki train ketika berebut hendak masuk ke dalam gerabak. Tak tahu nak gambarkan spesis apa mereka semua ini. Baik sekecil-kecil umur hingga la sebesar-besar usia. Pintu gerabak belum buka, lubang hidung dah menghadap betul-betul depan pintu. Silap caturan biar rabak hidung mereka.

Dimanakah nilai-nilai murni dalam hidup rakyat sekarang? Cubalah bersikap tolak-ansur, beri laluan kepada penumpang didalam keluar dengan senang hati dan gumbira. Ada segelintir yang tak faham suasana tempat awam dan padang ragbi, dengan sedaya upaya tolak menolak tak tentu hala. Jika dahulu aku boleh pandang sahaja, sekarang jangan harap. Kuasa dari mana pun tak tahu, semacam ada kuasa luar membuatkan aku berani bersuara. Sila bagi laluan kepada yang hendak keluar (skemanya bahasa; hakikatnya kurang sikit daripada ini).


Sedang berjalan keluar terlihat seorang nyonya menguis-nguis tin yang kemek menggunakan kayu di sebalik tembok. Nampak gayanya sukar si tua hendak mendapatkannya. Owh kasihan dia. Mau ini ka? Aku hulurkan kepada dia. Nampaknya tin kemek inilah yang akan mengubah nasibnya hari itu. Telima kasih!. Senyum dan duduk menunggu & melilhat rakyat jelata.

Si tua gembira dan tersenyum, berjalan sambil kedua belah tangannya memegang 2 kun ice cream. Senyumnya berbalas. Mau ka? Tunjuknya padaku. Takpa-takpa..Geleng-geleng tak mahu. Takpa kasi lu makan. Angkat!Angkat!. Terus angkat dan nikmati.
Kenapa tak beli sundey coklat..ermmm shedap!


About Me

My photo
Name It, You Get It Here!

Followers

 

...NanA r0cK... Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei