Monday, April 25, 2011

Kuning Yang Tidak CERIA

Posted by take5shopOn9 at 3:53 PM 0 comments
asalnya Sabtu yang lepas merancang mau makan lauk kenduri rakan sepejabat....(meraikan hari raja sehari anakandanya). apakan daya kita hanya layak merancang, namun keizinan hanya DIA yang lebih mengetahui. hingga hikmah itu, sampai ke hari ini aku cuba mentafsirkan sendiri.

entah kenapa mimpi yang berlaku malam tadi membuatkan aku tak boleh duduk diam. kuat sangat hati ini cuba untuk mengingati apakah yang terjadi. pagi itu, bangun dengan ceria. bersiram diawal pagi. sedangkan orang lain pacak matahari baru sedar dari mimpi. aku bulatkan hati dan kepal-kepal macam ais kacang pergi mencari apa yang ada dalam mimpi.

apa bila disoal orang tua hendak kemana? lancar aku jawap, melangsaikan hutang piutang. padahal mengikut jadual gaji yang tertampal didinding pejabat aku belum waktunya. hebatkan pekerja-pekerja disini, setiap kalendar meja telah tercalit tarikh kemasukan gaji pada setiap bulan. betapa pentingnya gaji. benarkah tujuan aku tadi? mungkin jawapan aku dari soalan orang tua ada betul, cuma sipi-sipi sahaja. yang sebenarnya...tak pun.

ferrari oren aku sebat, bawa seorang diri mencari tanda kuning. berpusing-pusing macam roller coster. yes!! jumpa juga akhirnya. pertama kali sampai. penuh sesak dengan kepala hitam. ada pesta ronggengkah hari ini. berdebar-debar hati nak berjumpa dengan Mr.I. sangat aku tidak berpuas hati dengan orang tengah sepatutnya perkenalkan aku dengan Mr.I, dia ni langsung tak mesra pelanggan. cakap dah la macam pondan berbelit-belit pulak. citt. aku yang tak faham ni lagi bertambah bengong. huh..citt poorahh. tak hingin aku. boleh dia kutuk aku depan-depan 'u jangan pikir melayang la'. rasa aku nak sepak je lutut ko.

aku bla je. sakit hati..........
akhirnya langsai juga hutang walaupun bukan tujuan asal. TATAPI....lain pulak yang terjadi.ehehemheme..bagaimana terjadi?apa yang terjadi? kenapa harus terjadi? aku sendiri tak boleh hendak fikir...
perjanjian tanpa dirancang. ala-ala blind date gitu..
mode blushing...terjumpa Mr.B
langsung terpikat dan angkat.


Wednesday, April 20, 2011

Sampai Bila?

Posted by take5shopOn9 at 4:32 PM 1 comments
Wah..dog products memang teruja gila @#*& la. First time boleh berkarya menggunakan HAK .....................
Entah berapa banyak percubaan telah aku lakukan tetiba pulak hari ini 'mood' eh baik nak berkonspirasi dengan aku.

Cuaca didalam pejabat ni, owh sunguh sejuk. Cuaca diluar tu, tadi aku jeling dari cermin kaca pejabat dah mendung. Mungkin malam ini tidur yang lena. Aku ni dah macam pengkaji cuaca je. Bukan bidang kerjaya.

Aku adalah peminat buku. Asal sahaja ke kedai buku, belek-belek kulit ke kulit tengok design lawa. Hambik terus. Aku pun tak paham apa pasal la boleh jadi gaya macam ni. Sampi bila la nak sedardog products.
Dah banyak buku, bukannya habis baca pun. Baca yang setengah ni, dah rasa tak sabar nak habis ending. Sampaikan terasa nak scan je masuk dalam kotak minda aku ni, tak payah baca lama-lama. Kemudian, suka pula baca melompat-lompat buku, bosan tajuk yang ini. Aku pindah ke tajuk yang ini. Sampai bila nak habis baca?dog products



Tuesday, April 19, 2011

Monday Blues

Posted by take5shopOn9 at 9:39 PM 0 comments
Gatalnya tekak ni. Bila batuk macam-macam rasa ada, rasa masam, manis, masin, 3 rasa pun ada (bohong semata-mata). Payah nak tafsir batuk gatal tekak ni. Kering semacam je. Sampai terjelir-jelir lidah lah dibuatnya. Perlukah ke pejebat esok menggunakan penutup mulut. Halamak dah macam ada jangkitan Tibi pula. Tak mengapa dan jangan risau, setiap kali saya batuk, akan cepat-cepat tutup mulut guna tudung periuk. Besarkan...Kurang la kuman nak merebak berterbangan bebas.

Isnin. SmileyBagaimana wujudnya istilah 'MONDAY BLUES'. Asalkan je hari isnin ada sahaja yang menghadapi simptom ini. Apakah korang ni ada alahan hari ke. Tapi kalau hari Jumaat semuanya senyum 360 darjah. Memang bagus Jumaat, sempena dengan pengetahuan aku adalah Penghulu segala hari. Tapi bukan semua yang ada matlamat ini, semuanya suka sebab-sebab.. masa berkerja yang pendek. Waktu rehat yang panjang. Silap-silap nak layan 1 movie pun lepas.

Kalau di Mall, penuh la kumpulan-kumpulan perempuan bersiar-siar yang tak rasa bersalahkan. Kadang-kadang dorang ni ada yang tak sedar diri keluar awal dari masa, masuk ke pejabat lewat dari masa yang diputuskan oleh Perkeliling.

Isnin. Muka semua ketat 34. SmileyMata sembab tak puas tidur. Pagi yang indah dengan permulaan tugas menjadi lah tegang dan kusam. Cubalah korang semua hidup tanpa memilih hari. Aku suka hari Guru. Dapat dengar lagu Guru Malaysia.

Sunday, April 10, 2011

Biarpun Lama Tapi Masih Terasa Baru

Posted by take5shopOn9 at 10:48 AM 1 comments

Terasa kedinginan salju disana walaupun panas kering disini. Damainya rasa, tenang hati aku melihat raut wajahnya yang sentiasa mencairkan hati nidog products.
Dan sekarang seperti tidak aku hirau dunia luar. Sanggup bertapa lama demi merekadog products. credit to my BFF ainyen, u are my shineshydog products
Baru sekarang aku dapat nikmati keduniaan ini. Sekurang-kurangnya rest lah juga urat-urat tengkung ni asyik menghadap nombor je. Tengok wajah abang-abang sayang nidog products lapang sikit otak.

Wednesday, April 6, 2011

Tua Sebelum Usia

Posted by take5shopOn9 at 7:02 PM 0 comments
Biasa dengarkan? Bahkan anda mungkin biasa menlontarkan kepada orang disekeliling kan? Contohnya; 'Tak nampak pun, nampak muda la.' 'Matang lah dia'. Macam-macam lagi la ayat yang ada. Kering idea saya. Perah..Perah sampai kering..


Koma

Seorang lelaki yang saya kategorikan dia sebagai adik datang (sebenarnya saya datang kepadanya) ke pejabat untuk mempromosi barang dagangan yang sah di Malaysia dan telah mendapat jaminan Kementerian Kesihatan Malaysia. Comel adik ni bila saya perhatikan, iras Hafiz AF (lupa musim ke berapa) kerana rambut yang kembang persis Hafiz. Dia pun tak segan mengakuinya. Ikut kamulah dik oii.

Selesai isi butir-butir peribadi saya diarahkan menimbang berat badan dan ukur ketinggian yang langsung tidak layak berdiri sebahu dengan Nasha Aziz. I miss u Nasha. Maka bermulalah sesi menilai hasil dapatan tadi. Tinggi: tak perlulah di ceritakan. Cukup seadanya. Berat: owh hingga sekarang masih fikirkannya. Bagaimanakah caranya hendak tambahkan supaya mendapat berat yang ideal. Saya bukan kategori Anaroxsia. Adik itu menasihatkan saya supaya makan lebih protien. Pandai adik ni, macam pakar dalam bidang menjaga pemakanan sahaja. Entah-entah dalam hatinya tak sabar-sabar nak suruh aku beli barang tu.

Layankan sahaja adik ni, kang kecil hatinya. Masuklah ke bab dalaman. upsszzz bukan kisah dalam kain ye. Adik tadi membuat pernilaian dari timbang ajaibnya, sebab tiada dalam pasaran tau. Kerana boleh tahu kandungan air dalam badan. Lemak tepu dalam badan dan usia organ dalaman kita. Rasa nak cilok bawa balik je.

Kandungan air dalam badan cukup. Part ni best dan suka aku rewend dalam kepala ni. Umur akak sekrang 24, umur organ seperti orang berusia 18 tahun. W0www!! Mudanya.. rasa nak melompat kijang je masa tu. habis dia terang itu ini, aku sambung buat keje yang penuh semeja.

Kadang-kadang ramalan mata kasar aku ni ada juga betulnya, tak payah guna penimbang ajaib tu boleh juga tengok usia dalaman seseorang dengan luaran je kan...


About Me

My photo
Name It, You Get It Here!

Followers

 

...NanA r0cK... Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei