Friday, December 30, 2011

Cherry Ceria

Posted by take5shopOn9 at 2:01 PM 0 comments

Thank you En.Azmi. Cherry ceria diterbang khas bersama En.Azmi dari negara Kangkaroo tooiinggg..tooiiinnggg. Zaman keanak-anakan dulu,suka sangat mengutip cherry ceria yang tertonggok diam atas lapisan krim cake. Bukan sedap sangat pun. Lepas kurang ditekak ni,tak kuasa nak berebutkuasa mengutipnya lagi.

Cherry ceria yang diberikan oleh En.Azmi sungguh sodap. 
Sodap macam buah rasanya.

Posto..posto

Posted by take5shopOn9 at 12:40 PM 0 comments

Salam Penghulu Hari Kepada Semua! 
2011 berkira-kira hendak berlalu pergi. 2012..adakah usia ini dapat melewati hari-harimu? Kita hanya merancang, tapi perancangan dari Yang Maha Mengetahui tidak dapat menjangkau batas akal kitakan. Touching mouching pulak. Apa-apa pun hari-hari berikutnya perlu diperbaiki agar kita menjadi insan yang berkebolehan bukan mengejar  kejayaan, kelak kejayaan  yang datang mengejar kita.

Hujung minggu yang penuh sesak dan padat dengan urusan sendirian berhad. Jadi urusan diri dan kegiatan sosial perlu dikurangkan demi memenuhi ruangdan kehendak orang tua menemani mereka ke tempat yang telah di rancangkan, bagi memastikan tiada yang ketinggalan dan keciciran. payah pulak nanti ada yang terusik jiwanya jika dicicirkan.

Kad undangan dah siap bercetak, jadi bermulah de'tour posto-posto. Ikut rancangan, we all menuju kearah Linggi - Pasir Panjang seharian berjalan. Cuaca pula hujan lebat. Cabaran sungguh. Semua yang dijemput ni adalah kenalan ayah semasa bekhidmat 8 tahun dahulu. Asal jumpa kawan-kawan ayah, ada yang mengeluh dan mengadu, pujian hangat pun ada juga. Katanya pengganti tempat ayah sekarang  tak memberikan kerjasama yang baik. Alahai kasihan lah lembu itik ayam kambing yang dalam kesakitan tu. Tiada lagi perawat kesakitanmu haiwan-haiwan sekalian. hihihihi




Bangganya hasil rekaanku diterima si pengantin


Masjid usang, hampir roboh.


Berhenti solat Zohor di Masjid Jamek Pasir Panjang. Tiap kali ke sini hati aku memang sentiasa terpaut dengan kenangan lama yang mengusik jiwa. Tempat dibesarkan, bermain dan kawan-kawan yang otai. Di masjid ni lah aku belajar mengaji mulanya dengan Muqaddam, mengaji dengan menyanyikan lagu. Kiranya aku ni anak murid kesayangan Ust. Jalaluddin. Habis mengaji, lepak sampai petang di kedai runcit bapak kawan baik. Aiskrim patah tak pernah tinggal.

Bersama geng mengaji panjat meriam besi ini.

Walaupun penat de'tour posto..posto. Tiap kenangan yang melintasi di akal buat aku tersenyum dan hilanglah penat.

















Wednesday, December 21, 2011

WORDLESS WEDNESDAY #3

Posted by take5shopOn9 at 10:23 AM 0 comments
Roti rentung untuk hidangan pagi. Itulah akibat peralatan yang jarang diguna pakai.

Monday, December 19, 2011

When My $$$ Drop

Posted by take5shopOn9 at 5:56 PM 0 comments

Aduh..duh..duh..duh bergolek-golek jantung ni rasanya. Aku nak sangat jadi jutawan yang banyak duit. Mestilah banyak duit. Masalah orang Melayu sekarang ni,kekampungan serta kekolotan minda bawah sedar sangat tebal. Santau-menyantau jadi asam garam hidup. Langsung tak boleh tengok orang lain maju dan bahagia. Kau,kalau rasa apa yang orang yang kau cemburu tu rasa. Belajarlah dari dia. Tak payah nak menyantau je.

Upssszz terlebey sudah. Aku suka layan rancangan realiti di Astro Ria setiap hari Sabtu&Ahad malam. Berhajat juga nak masuk menguji akal dan quality pengatahuan Am aku ni. Masa Astro keluarkan pengumuman mengenai rancangan ini aku nak sangat sertai tapi puas memikir siapalah partner? Fikir punya fikir dah tutup pun penyertaannya. Layan orang lain main je la.

Bagus la rancangan kita perlu fikir,melabur dan menang. Mesti u all pernah tontonkan. Mesti geram je hati dengan gelagat peserta. Ada yang over confident (itu bagus) tapi agak-agaklah. Ada tu soalan mudah,boleh pula bahagi-bahagi wang. Ada tu,tak percayakan partner. Ada tu emosi tak tentu hala. Kalau dibagi pilihan, aku nak partner lelaki. Sebab bagi aku senang deal dengan orang jenis ni. Bila dorang cool aku pun cool(ini aku punya rasa ye). Cewaahh. Padan muka tak juga dapat masuk.

Nak bagitau juga, dalam ramai-ramai peserta tu termasuk juga senior ex-school aku bersama suaminya.hihi :)

Bila tengok dengan family dirumah sambil-sambil makan kacang boleh berbincang dan menambahkan kemesraan family members.

Kenapa Begini

Posted by take5shopOn9 at 4:31 PM 0 comments
Oohhhhh tidakkkkk...
Kenapa aku tak berjaya emailkan gambar dari Blackberry terus ke blog? Langsung tidak diterima. Huahuahua apa dah jadi???

Habislah. Macamana nak update blog kalau tanpa gambar-gambar? Tak syiookk laa..

Tolong Tuhan beriku ilham untuk atasi masalah ini..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Posted by take5shopOn9 at 4:13 PM 0 comments
Hello
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

About Me

My photo
Name It, You Get It Here!

Followers

 

...NanA r0cK... Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei