Tuesday, August 25, 2009

moga kamu berolah ketenangan

Posted by take5shopOn9 at 8:32 AM 0 comments

salam ramadhan muslimin & muslimat sekalian. moga harapan ramadhan pada tahun ini penuh makna agar dapat dipenuhi dengan sempurna.

dia salah seorang sahabat baik yang mula berkawan dari darjah 1 ketika sama-sama mengaji di masjid Pasir Panjang. setiap petang jam 5p.m aku pasti hilang dari pandangan mata mak ayah, sebabnya merayau ke rumahnya di kuarters Balai Polis Pasir Panjang. jadi aku di kawal dalam zon aman & selamat dari penjenayah bebas.

ikutkan kami bukan lahir tahun yang sama sebab dia lagi lebih 3 tahun usia dari aku. tapi semua tue bukan halangan untuk kami bergaduh, bercerita & sebagainya. namanya ROAZLINDA ABDULLAH. sekarang menetap bersama famili di Kg. Kelemak, Alor Gajah Melaka. rasanya dah 4 tahun x bersua muka. namun kecanggihan teknologi sekarang tidak menjauhkan jarak kami untuk berkirim berita.

mohon pada Yang Maha Esa syawal akan datang dapat berjumpa, i'allah.

* Tapai (nama timangan) selamat menjalani ibadah umrah. buat yang terbaik disana..

Friday, August 14, 2009

Posted by take5shopOn9 at 11:04 AM 0 comments
.....Ramadhan adalah bulan kesabaran & ganjaran kesabaran adalah syurga. ia adalah bulan simpati. ianya bulan yang ditambah rezeki kepada orang beriman. sesiapa yang memberi seseorang berpuasa untuk berbuka maka ia merupakan pengampunan untuk dosa-dosanya dan pelepasan dirinya dari neraka serta dia mendapat ganjaran pahala puasa tersebut tanpa mengurangkan sedikitpun dari ganjarannya...sabda Rasulullah S.A.W

telah bersediakah menerima Ramadhan. persiapkan segalanya. rancang amalan yang mahu dilaksanakan. berdoa pada allah moga dapat bersama dalam Ramadhan dari awal hingga akhir serta malam 1001 malam. amin.........

pergilah dengan aman

Posted by take5shopOn9 at 9:35 AM 0 comments
al-fatihah buat arwah ust.asri ibrahim. jam 12.15 tengahari semalam aku dapat berita ini melalui kawan di FB. untuk kepastian lebih benar, terus membaca di MalaysiaKini. itulah perjanjian Allah yang telah ditetapkan pada hambanya. tanpa sebarang tanda & pesan terus meninggalkan alam ini. maha suci Allah yang mengetahui segalanya. moga amalan ust dari nasyid sebagai landasan dakwah serta alunan zkirulallah dan sebagainya sebagai bantuan di alam sana. wallahualam.

kenangan terserempak dengan arwah di KFC tanah suci (7 Jun 2009) masih lagi terpahat walaupun tiada foto untuk diabadikan bersama kerana dek kerana terkejut & tidak menyangka dibumi barakah itu dapat berjumpa walaupun seketika. dengan bertukar senyuman dan sedikit perkhabaran. nampak jelas arwah pemalu mungkin kami bertiga (mak, akak & aku). mak yang banyak berbual dengan isteri arwah kerana tidak mengetahui wanita itu isteri kepada kumpulan nasyid yang diminatinya selalu. sehinggalah arwah mendekati kepada isterinya barulah mak perasan dia adalah ust.asri...

itulah yang telah ditetapkan oleh allah kepada hambanya.

Thursday, August 13, 2009

mungkin juga...

Posted by take5shopOn9 at 11:48 AM 0 comments
setiap hari rasa dihargai. setiap pagi hati yang berbunga. mungkin kot... tapi takkan secepat ini. jika betul seperti yang aku azamkan 4 bulan yang lalu..moga sentiasa dipelihara tuhan yang menjadi saksi segalanya.amin....

Friday, August 7, 2009

12.34:56 07/08/09

Posted by take5shopOn9 at 9:53 AM 1 comments
ada luck ke dengan date & time nie? entahlah no komen. sakit lagi gusi disebelah kiri pula.cobaan..
kesian En.Y, tadi dia bertanya pada Piah: suka aktiviti lasak? aku dengar je sambil makan pizza (semalam beli di Tesco). wajah kerut Piah terpancar apabila alami kecelaruan jawapan dalam otak.
tapi masih dalam keadaan senyum. aku pula gatal mulut offerkan diri: takkan ajak Piah je? En.Y: boleh..kamu berdua la...hujung minggu nie lepas Jumaat bertolak. tercengang juga otak mentafsir. nak ke mana? surat ditunjuk pada kami.rupanya ganti tugasnya menjadi fasi untuk student sini. alamak macam skema je program. tidor di Resort. memang la indah bagi yang mahu selesa di tilam empuk. ingatkan tidur dalam khemah di dalam hutan..

tapi, ada janji (tapi masih dalam rancangan je) berhujung minggu dengan sepupu bermula malam ini hingga ahad. mana ye perlu dipilih. tapi hati berat dengan sepupu..lihat muka En.Y aku stress sebab..?pandai sungguh membuat muka kasihan.. tapi mukanya memang begitu. bukan untuk minta simpati. En.Y orang yang baik..

kami boleh elak,kerana tiada budak pekak yang sertai..kata putus diberi walaupun terpaksa guriskan hati En.Y..maaf ye, sebab En.Y lewat beritahu. jika sejak semalam mungkin saya sertai. tapi dalam masa yang singkat..saya tak prepare apa-apa. sebabnya pagi-pagi lagi otak telah aku set untuk bersama sepupu..

Thursday, August 6, 2009

tak tahu

Posted by take5shopOn9 at 2:16 PM 0 comments
ada keje, tapi mood nya ntah mana. takder keje jadi macam ayam la pula. jari asyik 'mematuk' je.
jadi aku mahu bebas ke mana sahaja tanpa halangan. duit..cepat la penuh dalam saku + bank + beg + almari + mana-mana yang boleh letak..

About Me

My photo
Name It, You Get It Here!

Followers

 

...NanA r0cK... Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei