Tuesday, March 31, 2009

malam perempuan-perempuan a.k.a maskara

Posted by take5shopOn9 at 3:20 PM 0 comments
Halimatun Saadiah Mohd Hanafiah a.k.a mawk - pula mendeklamasikan puisi Tentang Mati karya Boyan dalam suasana istimewa kerana Nur Safiah Ab Rauf dan Nor Diyana Hassan, turut mengiringi bacaannya dengan bahasa isyarat: 

Saya memimpikan bertemu Tuhan
duduk pada sebuah taman
bicara apa adanya, apa saja.
Tuhan tiba-tiba beranjak dari duduknya
lalu pergi meninggalkan saya
dengan gundah dan tanda tanya
sudah siapkah saya untuk mati? 


Dalam keghairahan blogger membaca naskhah dan mendeklamasi puisi dari blog masing-masing, muncul Juliawati Muhd Yunus mengalunkan Rubaiat Hamzah Fansuri yang memberi kelainan dalam persembahan sehingga khalayak terdiam menghayati setiap patah perkataan rubaiat itu:


Hamzah Fansuri di dalam Makkah 
mencari Tuhan di Baitil Ka'bah 
dari Barus ke Kudus terlalu payah 
akhirnya dijumpa di dalam rumah. 

Aho segala kamu anak alim 
jangan bersahabat dengan yang zalim 
kerana Rasulullah sempurna hakim 
melarangkan kita sekalian khadim. 

Kunjung-kunjung di Bukit Tinggi 
kolam sebuah di bawahnya 
wajib insan mengenal diri 
sifat Allah pada tubuhnya.  

-ehsan berita mingguan ahad 9/12/2007      
-youtube: sajak dalam bahasa isyarat

Saturday, March 28, 2009

RINDU PUN BERMULA

Posted by take5shopOn9 at 4:23 PM 0 comments
ada 2 kali sabtu + ahad disini. sengaja tak mahu keluar bersama amie n hariff chan. pertamanya sebab penat kedua mahu buat kerja (tapi diganti dengan tilam + bantal) ketiga mahu bergoyang kaki di bilik yang sempit.

alahai..2 minggu sahaja disini. adakah kita akan bertemu lagi wahai si pekak. aku telah mula sayang kamu. aku sayang tangan + jari jemari ku kaku jika dibiarkan berdiam diri. aku sayang suasana + rakan-rakan di jabatan. tapi aku sayang diri aku juga. adakah bahagia jika aku disini? 

jangan terasa hati jika aku tak melayan kamu si pekak kalian. aku tak mahu rindu kamu selalu.

moga ALLAH yang membalas

Posted by take5shopOn9 at 4:15 PM 0 comments
terima kasih kak e'in sebab memberi hidangan yang sedap untuk 4day 2nite
amie + piah + azura terima kasih sangat-sangat kerana susah payah buat aku suprise.
ntah kenapa aku boleh blur semalam.
kak jah + kak imah + kak kelly + kak nap + kak oty + terima kasih ur wishes.

malu aku.......

Monday, March 23, 2009

PENAT

Posted by take5shopOn9 at 11:55 AM 0 comments
pedih sangat mata ni. entah jam berapa beradu di tilam malam tadi. lena sampai pagi. aku mengantok. kejap-kejap aku tersenyum sendiri teringat progam GABMINDA SPECIAL EDITION 2009. mesti rindu sangat dengan si pekak-si pekak. aku penat tapi keje mesti buat..

Tuesday, March 17, 2009

BERIKAN 2 & 3 PERLINDUNGAN

Posted by take5shopOn9 at 12:06 PM 1 comments
1 kasih nan abadi 
tiada tandingi Dia yang 1

2 sayang berpanjangan 
membawa ke syurga
kasihnya EMAK

MAK ku ingat dahulu
menyisir rambutku kemas selalu

3 lapar dan dahaga
rela berpayahan  setianya AYAH

ayah..menghantar ke sekolah tidak pernah jemu
bergunalah ilmu bila dewasa

* tak terbalas segalanya. ampun & maaf*

Monday, March 16, 2009

TUGASAN 1

Posted by take5shopOn9 at 8:17 AM 0 comments
sunyi je suasana keadaan poli seminggu ni. nyaman otak pagi bila berjalan. sabtu & ahad yang indah aku amie & piah lalui. berjalan dan merayau sekitar johore bahru kemudian ke batu pahat parit sulong.

tugasan pertama sungguh seronok walau penat berganda. EOS 1000D di lanyak berhabisan. majlis perkahwinan FAT -brespren amie- di sebleah pihak lelaki sungguh aku teruja. bahasa yang mereka gunakan sungguh unik untuk aku faham. setakat kiraan 1-10 mungkin aku msh faham. tapi apabila keluar perkataan lain boleh 'jam' otak aku. makanan yang dihidangkan aku bagi A. sebabnya aku enjoy makan hidangan kenduri orang Javanese.

d'best entertainment secara live aku tengok ialah barongan. sebenarnya aku takut sangat ngan binatang menyerupai merak. besar sangat. tapi buat-buat cool walaupun aku rasa nak menjerit lari lintang pukang. namun demi tugasan aku gaya ala 'pro'.

sekarang menunggu tugasan seterusnya. INSY'ALLAH

Thursday, March 12, 2009

BULAN BULAT

Posted by take5shopOn9 at 3:23 PM 1 comments

malam merenung bulan yang bulat sejauh jaraknya aku dan bulan dari bumi. kalau orang dolu-dolu kata bulan yang penuh atau bulat atau mengambang ada mempunyai kaitan mistik erti kata lain MISTERI NUSANTARA. benarkah? tiada paksaan dalam meyakinkannya.

tersenyum merenung bulan yang bulat. gilakah aku?

Monday, March 2, 2009

KEK COKLAT ARWAH

Posted by take5shopOn9 at 9:21 PM 1 comments
pagi dapat panggilan dari bonda. bonda memang kerap menelon sebab dia tahu anaknya bukan rajin menelefon kecuali menghantar kiriman SMS kepada kakanda menyuruh agar menelefonnya kembali. panggilan yang diterima bukan panggilan biasa seperti biasa dengan gelak tawa.

bonda : salam
nR : wsalam
bonda : apa khabar? tengah ada kelas ke?
nR : sihat alhamdulilah. belum stat kelas lagi.
bonda : na... mak nak g KL nie.
nR : buat apa? *dalam hati - amboi mak mesti berholiday shopping di KL*
bonda : maklong PJ dah meninggal pagi tadi
nR : terkejut tanpa kata- sakit apa? inalillah
bonda : cikYam kata maklong meninggal sebelum subuh. tengah buat solat tahajud
nR : owhh..kirim salam pada semua. salam

arwah dalam lingkungan hampir 90 tahun. seingat aku berjumpa arwah pada hari raya yang lalu dan semasa kenduri kahwin azwan. arwah walaupun bekerusi roda dia seorang nenek yang cukup baik di mata aku. sebabnya aku kurang bermanja dengan arwah uwan dulu. balik kampung pun kejap-kejap. 

arwah suka sangat buat kek coklat. pernah dulu aku melepak rumah arwah di sekseyen 14 PJ hampir sebulan. dia buatkan aku kek coklat. entah kekuatan dari mana aku boleh habiskan hampi separuh kek makan sorang diri. sebab memikirkan orang lain aku kene la tinggalkan.
kalau jumpa arwah mesti dia ajak aku ke PJ makan kek coklat.

arwah mempunyai semangat yang kuat. sepanjang aku berada di rumahnya dulu arwah rajin buat solat duha, mengaji, tahajjud. setiap kali arwah nak mandi mesti masak air panas. aku akan rindu dengar celoteh dan bebelan arwah walaupun anak-anak dan cucu-cucu akan menarik muka apabila arwah mula bersuara.

sebenarnya keluarga kami tidak mempunyai sebarang hubungan darah dengan arwah. tapi kami dah dianggap satu happy famili.

*aku pun perit juga dengan ketiadaan duit. aku nak kene bayar hutang sana sini*

About Me

My photo
Name It, You Get It Here!

Followers

PERSEMBAHAN BAHASA ISYARAT (MySL)

Loading...
 

...NanA r0cK... Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei