Friday, July 26, 2013

Kisah Duit Raya

Posted by take5shopOn9 at 8:46 AM 2 comments
Assalamualikum & salam sejahtera ke atas kalian.

Hai Mr. B, kesian kamu kan dah lama tak dibelai dan bersayang-sayang. Today is Friday + 17 Ramadhan + Nuzul Al-Quran + Penghulu Segala Hari = Moga kita mendapat rahmat dan berkatNya :)

Lagu raya pun dah kederangan di corong-corong speaker radio. Aku belum feel nak raya lagi. Apsal ye? Maybe still single? Cliche sangat. Anda semua dah mula beratur di bank untuk tukar duit raya? Kenapa entry aku ni banyak sangat "?"..ish macam 'KakNAM'. siapa 'KakNAM' jangan tanya aku sebab, aku pun tak kenal.

Apa kisah duit raya korang? Dulu dapat banya ke? Agaknya budak zaman sekarang demand tak duit raya? Alkisahnya bebudak sekarang tak reti nak jaga maruah tuan rumah la. Dapat je duit terus zapppp..koyak sampul tengok berapa helai. Lepas tu warna apa? Hati aku pun sama juga zapppp tau. Payah payah aku beratur minta sampul ceria-ceria Aidilfitri dorang boleh koyak lepas tu buat sampah depan rumah aku. Lagi sentap..'Haaaa dua hengget je?' Kalau dah ahli keluarga tu..aku diam + senyum je. Orang luar, aku terus masuk bilik tutup pintu makan biskut raya.

Seingat zaman aku dulu la, trend raya kitaorang adik beradik round 1 kampung nak makan biskut raya. Duit tu ikut rezeki, orang bagi aku ambil, tak dapat kita teruskan misi rumah sebelah :). Bab kira, aku tak pernah kira depan adik-beradik, takut dorang terasa. Sebab, yang pastinya aku memang selalu dapat lebih dari dorang. hihihi..

Aku single lagi raya tahun ni..masih boleh dapat duit raya kan? Cliche lagi..

About Me

My photo
Name It, You Get It Here!

Followers

PERSEMBAHAN BAHASA ISYARAT (MySL)

Loading...
 

...NanA r0cK... Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei