Sunday, June 19, 2011

Kami bergabung lagi

Posted by take5shopOn9 at 11:06 AM 0 comments

Kedatangan ke penempatan lama atas urusan peribadi yang tak jauh dari tempat perjumpaan. Memang teruja sangat,berbulan lama tak jumpa kaki-kaki soksek. Sampai berebut-berebut nak lontarkan cerita itu ini, takut ada yang terlepas dari bahan terkini.

Dasar perhubungan akrab asal jumpa segala benda nak jadi isu. Sampai di dalam jamban pun nak bersuara,punyalah tak mahu ketinggalan. Odah kembang dah kembali ke pangkal jalan. Makin kembang dia. Bahagia kot menjadi tunangan. Alhamdulillah.

Rancangan tak diduga dek akal jiran-jiran kami, memanjat ke Look Out of Point dengan van vanette. Seperti akuarium bergerak dijalan raya. Malu dengan brader yang memandu kereta idamannya disebelah kami apabila berhenti di lampu merah,kuning,hijau.

Mendaki melihat keindahan lampu-lampu yang ada di Kuala Lumpur sambil ada iringan muzik yang best. Terberangan seketika, indahnya jika dalam suasana romantis ini, ada...camgini situasinya..will u marry me? Would u be my princess??


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, June 11, 2011

Jom Membaca

Posted by take5shopOn9 at 2:22 AM 0 comments

Baru lagi beli sebuah buku yang tebal ini. Orang lain dah sampai Amareka. Mata nih dah naik rabak dek kelopak mata terpaksa terbuka.

Disebabkan esok cuti,moh sambung lagi pembacaan yang belum tamat kisahnya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, June 9, 2011

Timur

Posted by take5shopOn9 at 8:37 PM 0 comments
Hello u all..dah menikmati santapan malam? My mom masak gulai ayam a.k.a masak lemak cili api. Balik rumah dengan rasa lapar terus hadap. Gulai ayam kali ni kurang power, almaklum la umur dah meningkat kene jaga usus kecil dan besar.

Sekarang menaip blog sambil berbaringan. Apa guna smartphone kalau tak dilunyaikan penggunaannya. Tetiba nak beralih irama muzik dikala mengarang. Pilihannya..radio Big B -Kpop. Hambek kau..live radio korea ni aku layan.

Sepatah haram aku tak paham..Tapi,sampai la..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, June 7, 2011

Cuti nan sepi

Posted by take5shopOn9 at 4:52 PM 0 comments

Sepi sahaja pejabat dikala musim cuti persekolahan. Dah la sekitar kawasan sekolah ni agak jauh dari kesesakan jalan raya. Seperti berada di dalam daerah baru.

Dan botol air yang jauh dari negeri singa menemaniku dikala tekak kering..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, June 4, 2011

Malam Ini

Posted by take5shopOn9 at 1:29 AM 0 comments
Lewat malam masih terdengar suara-suara hutan.cengkerik beralun-alun suaranya.terasa damai,jauh dari deruan enjin. Aman. Terasa lapang otak. Gelap sekeliling adakalanya menyeramkan,jauh dari lampu kelip-kelip neon warna-warni.

P/s: time to sleep laaa..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

About Me

My photo
Name It, You Get It Here!

Followers

 

...NanA r0cK... Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei