Sunday, November 28, 2010

Out Station

Posted by take5shopOn9 at 11:47 AM 0 comments
Cuti sekolah sudah bermula, pasti perlbagai rancangan menarik telah diprogramkan samada rancangan ibu bapa, televisyen, pejabat dan setiap orang ada rancangan sebagai penutup 2010. Tinggal sebulan sahaja 2010 hendak melabuhkan tirai. Selamat tinggal derita..

Minggu ini semakin sibuk dengan urusan yang 'on call'. Macam paramedik pula. 3 hari berkampung di Bukit Jalil, sempena dengan program Festival Malaysia Inovasi 2010. Menarik! aku sangat teruja dengan pengisian yang pelbagai dan mencabar minda. Terasa kesalnya, kunjungan kurang memuaskan sepanjang pagi hingga ke petang berada di sana. Mungkin pengunjung lebih ramai di waktu malam. Itulah yang diharapkan.

Farhan Kamarzaman, salah seorang finalis inovasi kategori OKU zon tengah yang menyertai program ini dengan hasil rekaan Video Communication. Ramai pengunjung yang berminat dengan hasil ciptaan. Moga boleh dikomersialkan diperingkat yang lebih maju. Tahniah Farhan!

Jumaat 26 nov bergerak ke Melaka sempena Majlis Perasmian Penutup Sukan Paralimpiad Malaysia ke 15. Pengalaman baru mengendalikan secara live dan sepenuhnya di majlis ini. Itulah yang dikatakan rezeki dari tuhan. Setiap langkah aku berniat, moga tiap peluh yang menitis aku laksanakan sebab izin dan mendapat redhaMU. Selesai majlis jam 11.30 malam, terus berangakat ke Seremban bersama rakan setugas. Jam 2.45 pagi sampai di dirumah. Penat..

30hb Nov kerja luar di Shah Alam pula yang menanti.. Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi bekerjasama mencari rezeki ini.

Monday, November 15, 2010

Kelebihan Bulan Zulhijjah

Posted by take5shopOn9 at 8:38 PM 0 comments

Salam kepada pembaca. Leka dengan rutin harian kita telah masuk ke bulan Zulhijjah. Hari ini bersamaan 8 Zulhijjah. Bagi jemaah yang mendapat panggilan dan seruan dari Allah taala sedang berwukuf di Arafah iaitu salah satu rukun wajib haji. Disinilah segala manusia dari pelbagai lapisan budaya, kulit, pangkat, darjat di pelusuk bumi dihimpunkan. Maka tinggallah segala perkara dunia sementara disana. Semua manusia adalah sama disisi Allah taala. Tidak perlulah mereka berasa riak dan angkuh dengan hadiah dunia yang dipinjamkan semetara. Yang perlu dilakukan pengabdian dan penyerahan diri kepada Allah.

Bagi yang tidak atau mungkin belum berkesempatan mengerjakan haji ibadah Qurban dihidupkan di tempat masing-masing. Sebelum itu, bersama-sama kita menghidupkan dengan amalan-amalan di sepuluh hari awal Zulhijjah. Ini merupakan peluang kedua selepas Ramadhan untuk umat Islam mendapatkan gandaan keredhaan, keampunan dan pahala amalan dari Allah SWT.

1. Menunaikan Haji & Umrah
Sebaik-baiknya amalan adalah menunaikan haji & umrah. Sabda Nabi SAW " Haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan Syurga"

2. Berpuasa
Sesiapa yang berpuasa pada hari Arafah, Allah akan menghapuskan dosanya selama 2 tahun. Hari Arafah adalah hari di mana Allah telah menyempurnakan agama-Nya.
Diriwayatkan oleh Hunaydah Ibn Khaalid oleh isterinya, bahawa salah seorang dari isteri Rasulullah SAW telah berkata:
"Rasullulah SAW kebiasaannya berpuasa pada hari 9 pertama Zulhijjah dan hari Asyura, pada 3 hari pada setiap bulan, hari Isnin pertama pada setiap bulan dan 2 hari Khamis"
3. Berzikir
Iaitu dengan banyak berzikir seperti Subhanallah, Alahamdulillah, La ilaha Illa Allah dan Allahu Akbar. Dibolehkan juga pada hari-hari tersebut berzikir dengan apa-apa zikir yang lain dan segala do'a yang baik.

4. Bertaubat
Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa supaya mendapat keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana ma'siat adalah punca kepada jauh & terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya.

5. Memperbanyakkan Amalan Soleh
Terutama amalan-amalan sunah tambahan seperti solat sunat, bersedekah, berjihad, membaca al Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran, mendekatkan diri kepada-Nya dan seumpamanya kerana kesemuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut.

6. Bertakbir pada Hari Aidil Adha
Bagi mereka yang tidak menunaikan 'ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari 'Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zohor hari raya haji (10 Zulhijjah), dan berakhir pada Asar pada hari ketiga belas (13 Zulhijjah).

7. Melakukan Korban (menyembelih binatang ternakan)
Pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12, dan 13 Zulhijjah) dan membelanjakan harta pada korban tersebut semata-mata kerana Allah. Kemudian disedekahkan 2/3 daripadanya kepada kaum fakir dan miskin.

8. Solat Aidil Adha di masjid & mendengar Khutbah
Berusaha untuk menunaikan solat hari raya secara berjemaah, menunggu mendengar khutbah yang dibaca oleh imam selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran
daripadanya

.
:gambar kenangan diladang kurma semasa menjalani
ibadah umrah bersama keluarga tercinta; 03 Jun 2009:

About Me

My photo
Name It, You Get It Here!

Followers

 

...NanA r0cK... Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei