Monday, August 29, 2011

Lebaran

Posted by take5shopOn9 at 11:12 AM 0 comments

Slm lebaran buat semua yang dah sampai ke kampung halaman, mahupun dalam perjalanan pulang. Seperti petikan sebuah lagu yang tidak asing bagi kita semua 'perjalanan jauh tak kurasa kerna hati ku melonjak sama' seterusnya sendiri sambung ye.

Pertama kalinya aku bekerja dikala hari terakhir Ramadhan. Kalau dulu-dulu punya ceritalah kan, seminggu awal dah ada dirumah. Itulah perbezaan zaman kegemilangan yang sangat enjoy dengan masa bekerja. Sekarang ni tak boleh la nak over enjoy masa bekerja, perlu tunjuk contoh cemerlang.

Tinggal aku berdua dengan kak Azzah di perjabat yang sunyi sepi. Mujurlah ada hiburan dunia seperti radio, tv, internet. Taklah kitorang menghadap dinding je.

Aku ambilla kesempatan kilat-kilatkan kereta di pejabat sementara takde keje nak buatkan. Owh petang ni kami akan pulang beraya di kg. Raya ni nak capture banyak-banyak gambar raya dengan Mr.Don :)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, August 15, 2011

Tinggal Memori

Posted by take5shopOn9 at 1:30 PM 0 comments

:: inilah kad raya yang aku beli::

Cuti hujung minggu aku dan kakak tersayang 'mengukur' (window shopping) di Jusco yang 20 minit (siap parking) dari rumah. Mulanya aku mengajak akak ke Terminal 1, sebab aku ada tujuan lain. Tapi bila ditanya aku tiada alasan kukuh nak bagi. Jadi muktamad pilihannya Jusco. Suanasa masih boleh kawal lagi, mungkin orang poket nipis sekarang ni. Apa yang menyedihkan, restoran-restoran lengang. Nampak sangat orang Melayu kuat makan.

Kebetulan dah sampai, kami pun mencari kad raya. Tahun ini ada semangat nak beli dan kirimkan kepada sahabat. Bila imbas zaman dulu-dulu, asal bulan puasa memang excited nak beli kad raya dan tunggu postman datang rumah. Entah kenapa tradisi ni makin lenyap. Tiada lagi kemeriahannya Syawal.

Jadi kami berkobar-kobar nak kembalikan nostalgia lama. Sebenarnya aku nak sangat orang kirimkan kad raya untuk diri ni. Oleh demikian, biarlah aku mulakan dahulu walaupun teknologi lagi canggih dari kad raya. Tetapi simbolik dan kenangan tak mampu tandingi kad raya.

::begitu asyik kakak aku ni memilih kad raya untuk tunangnya::

Sedihnya, plihan kad raya sangat limited. Design pun macam recycle 5 tahun lepas yang tak habis jual. Pening juga kepala nak pilih cantik-cantik. Lagi pening aku nak layan akak aku sorang ni. Dia berbunga-bunga nak kirim kad raya pada yang tersayangnya. Kalau tak jangan harap dia nak beli. Aku senang je pilih yang bundle, 1 paket ada 5 keping. Standard je kad. Semua penerima mendapat sama rasa

.
::sungguh tak sesuai la kad raya ni, langsung tiada unsur syawal::


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, August 13, 2011

Arill In The House

Posted by take5shopOn9 at 6:34 PM 0 comments

Fuyyyooo Arill sampai juga u kat sini ye. Aku dengar je desas desus kedatangan Arill nak juga tengok 'in live' kan biasa di kotak kaca rumah aku je. Arill yang datang, bukannya lelaki 'panas' tu. Kalau lah dia habis anak-anak dara sini di'usha'.

Kedatangan dia petang semalam atas rakaman sebuah program tv. Aku pun tak pasti program jenis apa. Takkan lah trek selebriti. Siapalah yang selebriti tu. Ahaks.. Rakaman bersama-sama pelajar yang berjaya mengharumkan nama sekolah atas kejayaan mewakili Malaysia ke peringat internasional dalam program R&D di US bulan Mei lepas.

Aku ni kepoh-kepoh la di office kedatangan Arill. Tapi faham-faham je lah, akak-akak yang dah veteran ni ada yang kurang kenal dengan Arill. Payah pulak aku nak terang dan gambarkan siapa si Arill ni. Kalau acik-acik nak kenal rapat jom la kita serbu Arill.

Lepas kerja, aku pergi la jenguk-jenguk 'Lab Bio' intai-intai shooting dorang. Lepas ni dorang akan ke meeting room, aku dengan akak-akak lain dah plan nak bergambar kenangan dengan Arill. Aku pulak nak tengok hensem ke Arill ni? Sekali keluar, sempat la jeling. Mak aiiii lentik bulu mata, mancung hidung, putih halus kulit, tinggi kurus.


::Kak Lynda sanggup lengah ke pasar beli bawang, Arill punya pasal::

Habis bergambar, balik la rumah hari dah gelap nak hujan.
::Agaknya tak tidur malam budak ni sebab blazernya dipakai Arill::



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, August 11, 2011

Buatan Sendiri

Posted by take5shopOn9 at 10:51 AM 0 comments

Seperti telah kami rancang, kami ni bertiga orangnya iaitu Kak Pah ketua kontinjen, Kak Azah pengiring dan aku si pemandu. Gembira hati selepas mendapat 'green lite' dari boss besar semalam.

Pepagi sampai pejabat semua dah siap dengan senarai keperluan yang nak dicari. Akak berdua ni berkobar-kobar nak memulakan misi yang dirancang. Sebelum itu, mesti siapkan tugasan barulah boleh 'chaw chin chaw'.

Aku pun layankan je semangat mereka berdua. Ini pun rasa macam awal je lagi. Sampai je, seronok pilih itu ini maklum la belum ada sesak dengan orang ramai. Masing-masing mulakan dengan operasi memilih dan mengira.

:: Pink- Kak Pah; Biru-Kak Azah::

Azam akak berdua tahun ni nak membuat kuih raya hasil dari air tangan mereka. Tiap-tiap tahun nak beli tak syiok la kan. Sesekali buat sendiri mesti enjoy. Selamat mencoba!!

::almaklum sahaja, mereka banyak rumah hendak 'difara'id'::


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, August 10, 2011

Ramadhan Ini

Posted by take5shopOn9 at 2:16 PM 1 comments

Tidak lewat untuk ana ucapkan kepada semua, selamat menjalani ibadah puasa yang penuh barakah ini. Telah 10 hari kita melaksanakan tuntutan rukun Islam yang ketiga ini. Namun tuntuan-tuntuan Islam yang 4 lagi perlulah dilaksanakan seiring dengan rukun Iman kita.

Tatkala ini, hujan mencurah-curah kebumi. Alhamdulillah ada hikmah atas apa yang dikurniaakan. Rasa seperti baru sahaja melaksanakan ibadah puasa seperti hari ini baru bermula. Namun telah pun 1/3 kita lewati. Hati ini belum puas dan cukup untuk mengumpul modal untuk dilaburkan nanti. Fitrah kejadian manusia, awal Ramadhan tidak dapat merasainya itulah sebab ana katakan seperti baru merasai.

Berkesempatan mengimarahkan jemaah bersama menunaikan Solat Sunat Terawih di surau berhampiran rumah. Ada kelainan yang diperbaharui pada tahun ini. Setiap malam ada ceramah mahupun tazkirah di selangi solat sunat terawih.

Apa yang mendukakan cita, anak-anak kecil yang hadir tanpa pantauan ibu bapa atau orang dewasa seronok membuat bising. Boleh cacau jadinya masa solat. Lagi best mereka ni main mercun pompang-pompang. Hendak bawa anak-anak memang baik,mula kenalkan mereka rumah ibadat tetapi perlu beritahu mereka adab-adab semasa dirumah ibadat dan semasa solat.

::Masjid Selat Melaka::
-di ambil selepas Solat Zuhur-

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, August 2, 2011

- Kawasan Larangan -

Posted by take5shopOn9 at 11:31 PM 0 comments

Laman ini masih dalam pembaik pulih. Terasa lama tidak dibelai & dimanjai, hari ini teringin nak berubah hangin. Kasi touch up, cantik-cantik memberinafas baru. Jadi nak perah idea banyak-banyak sekarang.

About Me

My photo
Name It, You Get It Here!

Followers

 

...NanA r0cK... Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei