Wednesday, June 20, 2012

WORDLESS WEDNESDAY #5

Posted by take5shopOn9 at 7:37 PM 0 comments

Subhanallah indah langit terbentang luas ciptaan Allah

Friday, June 15, 2012

Berkasih Sayanglah #Tasbih Cinta

Posted by take5shopOn9 at 8:36 AM 0 comments
Firman Allah s.w.t maksudnya:

"Muhammad adalah utusan Allah & orang yang bersama-sama dengannya bersikap keras terhadap orang kafir (yang memusuhi Islam) tetapi berkasih sayang sesama mereka (umat Islam)." (Surah al-Fath 48: 29)

Abu Hurairah r.a bercerita, Nabi s.aw. pernah mencium cucunya al-Hassan bin Ali r.anhuma dan ketika itu al-Aqra' bin Habis berada dihadapan Baginda. Kemudian al-Aqra' berkata:

"Saya mempunyai 10 orang anak tetapi tidak ada seorang pun yang pernah saya cium."

Rasulullah s.a.w menoleh ke arah al-Aqra' seraya bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang tidak mengasihani, tidak akan dikasihani." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Wednesday, June 13, 2012

Wordless Wednesday #4

Posted by take5shopOn9 at 9:11 PM 0 comments

Baru yang ke-4?. huh cukup tidak memberangsangkan. Padahal benda ni dah lama berlaku. Biarlah bermula dari digit 'sa' lama kelamaan beribu-ribu lemon lah jadinya.

Koleksi terkini yang tak seberapa banyak. Terima kasih yang sudi menghadiahkan kepada ku. 3Dcard tu dari Japan :)

Friday, June 8, 2012

Siapa Longkai

Posted by take5shopOn9 at 1:49 AM 2 comments
Longkai. Tidak sempat hendak rujuk Kamus Dewan Edisi ke-4 maksud sebenar Longkai. Bagi aku ini pertama kali dengar. Sekali dengar seakan-akan loghat Negeri Sembilan "klokai" = selesaikan. Makluma ini aku dapat semasa berbicara petang bersama rakan tentang kereta. Entah kenapa petang yang terik berbahang gaya cool bincang hal kereta yang cuma sedikit pengetahuan aku tentang kereta.

Jika anda adalah pemandu kenderaan di jalan raya, sudah pastinya perasan dengan situasi ini.

Kes 1:
Anda cool memandu kereta, sambil melayan 'Suriafm' untuk meneruskan perjalanan ke tempat yang dirancang. Seperti yang kita tahu, manusia hanya merancang. Kenderaan anda tiba-tiba menghadapi masalah. Lalu tersadailah di tepi jalan. Tidak sampai 20 minit akan tiba seseorang individu menawarkan perkhidmatan (bukan urutan batin :p). Mungkin dalam keadaan panik. Mungkin tiada tempat mengadu. Mungkin berserah pada si polan tadi. Si polantadi tidak lah datang sendirian, tetapi bersama tow truckers (penarik kereta). Cepat je sampai benda alah ni kan!

Kes 2:
Cik Leha (bukan nama sebenar) excited hendak ke Utara untuk makan kenduri. Dalam perjalanan subuh hening tanpa sarapan (rancangan nak sarapan di RnR yang berhampiran), kereta yang dipandu telah dirempuh sebuah kereta besi buruk. Pemandu yang merempuh itu dikatakan mabuk. Mujur Cik Leha berada 'di lane' ketiga. Kereta besi buruk berpusing 360 darjah darab 2. Mujur tak berlubang highway. Belum lagi darah naik ke muka datang lah si polan (orang lain pula).

Dan banyak lagi kes kejadian melibatkan longkai dan pemandu kenderaan. Menurut sumber longkai ini akan berlumba-lumba menghampiri mangsa yang selamat yang tidak selamat urusan paramedic. Pandai betul sales marketing. Tujuan buat begitu, nanti kenderaan yang remuk akan dihantar ke bengkel. Untuk makluman, longkai ni biasanya kerja sindiket. Kereta besi buruk + tow truckers + bengkel = claim insurans beriban.

Berhati-hati walau dimana anda berada.

Thursday, June 7, 2012

Kembali

Posted by take5shopOn9 at 12:55 PM 0 comments
Rasanya seperti hendak kembali berkarya. Tak kiralah dalm fantasi atau realiti. Terlalu lama sangat dibiarkan blog ni tanpa tambahan intisari cerita. Hasrat ini selalu sahaja di niatkan tapi entah bila hendak dimurnikan. Jadi ada jodoh berjumpa lah kita disini nanti. Okay 'lunch break'. Masa itu lombong emas, aku nak layan perasaan sebentar.. zzZZzz..kroghh..

About Me

My photo
Name It, You Get It Here!

Followers

 

...NanA r0cK... Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei