Wednesday, January 13, 2010

langkah baru

Posted by take5shopOn9 at 8:26 AM 1 comments
minggu ini jadual bertugas sangat pack. maklum sahaja yang tinggal di poli ini hanya aku dan piah. kami perlu kerja keras & memaksa diri untuk meneruskan amanat ini. aku harap amie, fad & sue (serta rakan-rakan yang terlibat) dapat buat yang terbaik semasa sesi interview nanti.
malam tadi khalid call, maklum la birthday boy. boleh gayut lama-lama. rindu sangat memori 2 tahun di MySL. lebih rindu dengan kawan-kawan yang sangat spastik ada ketikanya. harap kita akan terus bersama.
alhamdulillah, minggu hadapan kami akan mendapat tempat baru yang memudahkan semua JBI duduk dibawah 1 bumbung. tidak akan menyemak di mana-mana jabatan yang membuatkan ada mata sakit mulut yang bengkang bercakap tentang kami. gua heran apa..mana di campak masih boleh hidup asal jangan ganggu kehidupan riang aku.
terima kasih kepada pihak yang membenarkan kami berkumpul bersama. dah rasa macam duduk di MySL pula nanti. otak ni bercambah idea apabila akan bersatu 5 kuasa gila..
kesian piah sensorang di dewan..jap piah aku datang..

Wednesday, January 6, 2010

hidup menumpang

Posted by take5shopOn9 at 3:06 PM 1 comments
nak dengar ke kata orang, bila hidup menumpang berpada-pada dalam hal. nak sedih? nak senyum? nak merenung?. dulu orang lain yang kene. sekarang batang hidung sendiri yang kene. panggilan telefon beberapa minit lalu..'hello, dik...kat mana ye?'. 'oh, kak..kat rumah (jujur jawab)'. 'tempat nana ngn piah ada lecture baru duduk. jadi kalau ada barang atas meja kemaskan lah sikit. sementara ni nana ngn piah duk meja kak shida & kak zhana ye. dorangkan cuti bersalin. ada ramai staff baru masuk jabatan, jadi tempat tak cukup. nanti dah buka opis baru boleh la masuk mana. dalam sem ni la nak buat opis tue.' 'oh..jadi sampai bila kitorg nak duduk meja tue? so staff baru tue kekal la duk meja kitorang?'. 'dorang cuti dalam bulan 2 naik la semula. betul la dorang amik terus meja tue'.

cepat je mulut kata YA. sambung lagi... 'kontrak sampai bila?'. 'i'ALLAH bulan 3'.

aku tak kisah. aku akan berada di pejabat semasa waktu bertugas. luar jadual.. mungkin jadi keluang. merayau..cuma risau dengan piah. mungkin berbakul sumpah yang kuar dr mulutnya..
moga dia terima dengan hati yang lapang..

alangkah seronok ada tempat khas sendiri bersama rakan-rakan setaraf..

Sunday, January 3, 2010

1 malam 3 kisah

Posted by take5shopOn9 at 11:52 AM 0 comments
rutin biasa waktu selepas bekerja atau cuti umum adalah masa bersengkang mata dengan 2 lelaki gersang (jangan fokus pada sexs). lelaki nie memang suka berjalan-jalan erti kata lain explore kawasan sekitar Johor Bahru & Pasir Gudang. setiap pelosok ceruk hingga ke jalan mati sanggup meredah bersama satria kuning yang sangat aku suka. kadang-kadang penat & leceh mahu keluar masuk kereta jika duduk di tempat belakang.

fokus malam ini (02/01/10) mahu menonton AUTO SHOW di PERSADA. hasil google mengesahkan bermula 1-3 jan 2010. pesanan dari gon supaya pakai cantik-cantik (apa selama nie aku buruk sangat ke?). alasannya mahu bergambar dengan kereta mewah. melonjok-lonjak hati ke sana. sesampai sahaja pakir kereta agak lengang. pelik, kenapa tiada yang hadir. kami sedapkan hati, mungkin malam kurang pengunjung. keputusan terus ke lobby yang aku nampak sebuah kereta mewah di hiasi reben-reben. gayanya majlis perkahwinan anak kenamaaan. beremah mesra dengan orang menjaga lobby, yang aku nampak encik menggeleng kepala. hampa.. kata fad, di tunda ke bulan 3. akhirnya gelak beramai-ramai..dalam hati mengatakan, agak berpengaruh juga orang yang melangsungkan majlis perkahwinan ini.

fokus utama di ganti dengan agenda lain. ke danga city mall. pengalaman pertama aku & pengalaman yang entah ke berapa bagi 2 jantan ni. rasa macam atlet kg. dusun je. menggegil juga tangan ni. sempat berangan menjadi robin hood. walaupun tak mencapai sasaran. tapi gaya yang penting. sukan yan sihat; MEMANAH. sambung melalak di bilik yang hangat. servis tidak bagus. tapi bayaran nak standard mengikut piawaian.

perut lapar masa pun bergerak pantas. baru sedar pulang ke tilam masing-masing. satria kuning memecah kesunyian malam. anak kecil yang tidur nenyak boleh terjaga. memang bising bunyinya tapi kami semua suka. tak dapat dielak..lampu biru terkelip-kelip di tepi jalan. ketar lutut tuan kereta walaupun bukan dia yang pandu. akhirnya tidak terlepas kali ini. rupanya ada mata-mata yang telah buat pengawasan lebih awal dari jangkaan kami. sila ketepi kata pegawai. turut katanya. semua yang di pinta dituruti. dalam diam ada geram. tekan minyak. bijak jantan ni. separuh sahaja jadi bunyi masih boleh dikawal. amaran terakhir untuk menukar ke standard sebelum melepaskan pergi. jimat kertas saman encik. lancar je 2 jantan ni sumpah berbakul.

oh tuhan, mamat ni sengal ke kurang paham BM atau layan barang. boleh pula tanya ambil pesanan dengan siapa. padahal mamat nie lah yang baik je layan kitorang. boleh lagi makanan yang di pesan tak di hantar tapi pandai buat menu sendiri. marah pun macam blur je. selamat, akan datang kami tak mahu kamu yang melayan. silap-silap entah apa barang dia letak. elakkan lah ya allah..

Friday, January 1, 2010

lepaskan

Posted by take5shopOn9 at 5:59 PM 0 comments
tak tahu nak kata. tapi hati ini makin menjerit melepaskan sesuatu. aku tak tahu.. makin bersendirian. makin banyak nak aku lakukan. tapi kenapa mst byk kata 'tapi'- 'boleh ke'. ini sikit sebanyak mengurangkan motivasi. aku ingin lakukan sesuatu, tapi (;masih guna tapi) bila aku mst lakukan. peluang semacam dah ada. cuma sedikit kekangan membuatkan aku lewat bertindak.

andai dapat undur masa (aku tahu ramai yang mengharapkan) pasti perjalanan ini terancang seindahnya. yang penting hati ini berbuku nak lepaskannya..

About Me

My photo
Name It, You Get It Here!

Followers

 

...NanA r0cK... Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei