Wednesday, December 31, 2008

KHAS UNTUK MEREKA YANG TERSAYANG

Posted by take5shopOn9 at 9:49 PM 0 comments
Oh --- {korang isi la ikut suka hati}

Penuh kepalsuan

Oh mungkinkah tiada

Keikhlasan

Apakah ini

Suatu pembalasan

Ku sedar kebesaranMu Tuhan

Aku dan rakan-rakan

macam kongkang cipan

Terumbang ambing

Menunggu jawapan

Mencari kenyataan

Betulkah praktikal di realisasi

Mungkinkah suratan

Hidup selalu di permainkan

Hati mengamuk mengingatkan

Kata janji manismu... oh...

Kita dilambung angan-angan

Dapat 1k elaun dan penempatan

Oh kejamnya

Lidah tidak bertulang

Gerak tanganmu menjanjikan beribu

Ke mana nak bawa diri 5hb nie?

Cuti kita bertambah seminggu lagi

Tidak kita fahami

Kenapa di tunda mesti

Peristiwa pahit dulu berulang lagi

Jalanan hidup mereka

sukar di fahami

Kita tempuhilah dengan kesabaran & senyuman

Kusedar kebesaranMu Tuhan...

31 dec 2008; 1000

Tuesday, December 23, 2008

APA YANG PENTING? ~kerjasama!!

Posted by take5shopOn9 at 1:38 PM 0 comments
OH KELANTAN 2008
EDISI III
4/12/08 KHAMIS;

di sinilah operasi baru kitorang telah bermula. semuanya bercita-cita hendak menjadi jutawan. bermula dengan aku; kak nini; mizawa; fad membuat lambungan dadujumping smileys untuk mengetahui sejauh mana keupayaan & ketamakan mengumpul harta serta aset persendirian. mula Jamal di ajak bersama melambung dadu tapi menolak tawaran dengan alasan hendak menggantikan tido yang tergendala. permulaan lambungan semua berada di tahap zon selesa.
namun lama kelamaan para penghutang tegar
berleluasa dalam papan lambungan dadu.
jadi helaian kertas di jadikan catatan hutang-piutang mereka.
Fad & Mizawa berjaya meran
gkul catatan penghutang tegar sepanjang lambungan dadu berlangsung bermula pada tengahari Khamis tanpa titisan siraman air ke badan hingga lah pada suatu petang Jumaat papan lambungan dadu di tarik hak semula oleh tuan rumah.
maka tamat lah adegan pe
rang papan lambungan dadu mencari ketamakan harta & aset peribadi. majlis perkahwinan telah kami lupakan seketika dalam keghairahan melambung.
orang disekeliling di beri amaran agar jangan sesekali menganggu peperanga
n lambungan ini.
walau apa pun b
erlaku tiada penamat yang di b semasa dia berada zon genting aku berjaya mendapatkeri kata putus.
menjadi ketakutan pada
Fad apabila aku ada bersama dalam peperangan papan lambungan kerna pasti dia akan menjadi penghutang tegar. ini telah dibuktikan semasa aku menggantikan tempat Suhaili dalam peperangan dengan secara tiba-tiba
Fad membuka buku hutang piutang. malahan apabila aku menggantikan Mizawa buat se
ketikannya aset hotel.
dan Fad tetap dengan buku
hutang yang tak lekang pen di jari untuk mencatat nilai hutang yang dimilikinya. maaf Fad mungkin papan lambungan dadu tidak mampu mengikut nalurimufighting smileys


selepas asar bersama Fad merayau-rayau tanpa haluan di tepi jalan Kg.Kutan Tengah kerana yang la
in membuntuti kak Nini ke KB menjemput Man yang datang khas dari KL untuk shoot di majlis kahwin Nad. kami tak mahu sebarang masalah timbul di kampung orang dengan tinggal bedua dirumah tumpangan.
baiklah kitorang jalan-jalan tanpa haluan di sekitar kampung. untuk melepaskan penat berjalan sebuah gerai di tepi jalan mee goreng hailam neslo ice jadi hidangan petang. sodap~fighting smileys


makan malam kami ditaja oleh Nad & famili. orang paling berselera makan yang aku nampak ialah Jamal ntah berapa kali dia tambah tak tau la. tapi aku terperasan dia malu-malu nak tambah nasi sebab orang lain dah nak selesai makan. antara lauknya ayam kicap; telur dadar dengan ikan budu; ubi badak; dan lain-lain. habis makan kenelah basuh pinggan tapi ana; kak zira; mizawa lebih awal amik tender basuh pinggan & cawanfree smilies yang lain menyibukkan diri dalam bilik kononnya mengubah hantaran. rasa seperti tiada yang hendak di lakukan aku mengajak mizawa ke rumah tumpangan untuk menonton drama paling aku kurang minat 'Puaka Niyang Rapik'indifferent smileys dah takde drama layan lah setakat yang ada. nampaknya kehadiran jamal & fad lebih awal sampai sebelum kami. Puaka Niyang Rapik di tinggalkan setelah 'corum' mencukupi perang ketamakan harta bermula lagi dengan kehadiran jamal. hampir larut malam kata putus mearik diri seorang demi seorang diterima.


penghutang tegar


saat gembira sblm berhutang

Monday, December 15, 2008

APA YANG PENTING? ~kerjasama!!

Posted by take5shopOn9 at 5:00 PM 0 comments
OH KELANTAN 2008
EDISI II
4/12/08 KHAMIS;

Tanah Merah -
715am
Wakaf Bahru - 814am


keadaan dalam train agak sesak & dipenuhi oleh anak-anak Kelantan yang pulang ke desa halaman mungkin membuat persiapan untuk menerima kehadiran Idul Adha yang sering di katakan oleh orang sekeliling aku bahawa sambutan di pantai timur lebih meriah berbanding di rumah aku & kawasan yang sama langitud nya.

wahashamed smileys aku Jamal & Fad dah sampai ke tanah Kelantan, tak sangka di hati ini. lebih kurang 15minit menunggu Nad & Wei (panggilan Ayah Nad) menjemput kami ke rumah tumpangan yang disediakan. sesekali aku cuba goyak Klate tapi diprotes kedua 'adam' nie katanya sumbang bunyi macam Siam. dorang nie bab dengki & kaki kutuk memang bagus. pagi tue Nad singgah membeli juadah untuk bersarapan.

wah pelbagai jenis kuih-muih yang adasmilies. memang sukar & takkan dapat kita jumpa sekitar Lembah Klang, Masjid Jamek, Masjid India, Komtar, ioi Mall malah kedai auntie yan cekik darah pun tak ada. {kenapa mesti ada auntie}. dari pemerhatian mata & penghiduan hidung aku kuih-muih dorang bikin semua berasaskan gula & pulut. aku pagi-pagi sarapan yang manih-manih memang failed. tak buleh masuk la. tapi aku cuba untuk membolehkannya. huhuangel smileys aku tertarik dengan sejenis kuih tang bernama 'pulut pagi'. tapi aku tak berjaya bertanya lebih lanjut dengan akak penjual kenapa diberi nama seperti itu. adakah hanya boleh di makan pada waktu pagi sahaja?

pagi membeli sarapan di Wakaf Bahru

nampaknya ada manusia lain yang lebih awalindifferent smileys telah bertandang ke rumah tumpangan di Kampung Kutan Tengah. dua beradik dari Sungai Petani aku lihat seronok berlingkar di atas toto narita tajaan khas dari Nad & Famili. di beritahu mereka jam 530am sampai. mungkin tido nak melegakan punggung yang sakit duduk terlalu lama di dalam bas. aku izinkan mereka bermimpi seketika waktu. insan yan paling awal menjejakkan kaki ke Wakaf Bharu ialah Che'Na.

amboi nampak gaya boleh la goyak Klate ciput-ciput. tapi orang yang paling bermakna dalam majlis ini semestinya hasil tangan NORAINI CHE HARUN a.k.a NINI. macam tak percaya dah buleh berkumpul sebahagian budak-budak sekolah tangan bergerak di negeri yang tidak pernah tersenarai dalam kotak pikiran mejar Sazali semasa diumumkan untuk membuat hari Famili untuk budak-budak sekolah tangan bergerak suatu masa dahuluanimal smileys bihoon yang mak buat menjadi tambahan hidangan pada pagi itu di samping epal pai & nugget buatan Jamal serta nasi goreng & kuih belian tadi. meja bulat & pertemuan lutut ke lutut kami makan bersama-sama tanpa mandi pagi serta haruman minyak wangi.

rumah tumpangan

sarapan pagi

lagi sarapan pagi

Sunday, December 14, 2008

APA YANG PENTING? ~kerjasama!!

Posted by take5shopOn9 at 8:23 PM 0 comments
OH KELANTAN 2008
EDISI I

3/12/08 RABU;


sempena saranan kerajaan Malaysia 'cuti-cuti Malaysia' aku telah menyahut & melaksanakannya. aku telah menjejak kaki ke negeri CIK SITI WAN KEMBANG. sebenarnya aku tak tahu pun tahun 2008 'Tahun Melawat Kelantan'. dah sampai sana tengok papan iklan barulah aku tahu. AMAREKA!!`confused smileys* adaptasi dari filem budak kelantan yang aku tonton bersama ainyen juemoyu & aizat*. tujuan nak berholiday ke negeri nie tak lah terjangkau dek akal fikiran nie. semuanya secara tak di sengajakan mengikuti pakej percutian anjuran Jamal dengan tiket Keretapi Tanah Melayu Berhad dengan harga RM28 sehala. aku serahkan segalanya pada Jamal. asalkan jangan dibawanya aku ke sempadan sudah. tak mahulah aku dinikahkan di sana.

jam 9 malam bertolak menaiki bas starise ke stesen bas Bahau dan berjumpa dengan Jamal di sana kerana mengikut tiket train yang dibelikan tempat yang dipilih ialah SUPERIOR CLASS koc 4 no.3c. nie pengalaman kedua aku menaiki train yang sebelum nie mak aku citer dah pernah aku naik train tapi masa kocik-kocikanimal smileys dolu. manolah den ingat. yang den tahu menangih yo. lebih kurang 1025pm aku sampai ke stesen bas Bahau. tapi bayang Jamal tak juga kelihatan. aku buat panggilan ke telepon tangannya.forum smileys katanya dia sedang menikmati santapan malam di restoran berdekatan. hatiku sabar menunggunya. namun, pakcik-pakcik prebet sapu mengomel sendirian kenapa aku harus menunggu train ke pantai timur di stesen bas. hanya senyuman aku jawabkan. dalam hati malas nak jawab & takut pun ada. lebih kurang 15 min kemudian muncul la Jamal dalam keadaan kenyang menjemput aku di stesen bas. kesianlah sangat aku lihat keadaan stesen keretapi Bahau. ala-ala zaman perang Jepun dulu. langsung tiada pembahruan & naik taraf. kesian N9. wahai pemimpin perbaiki & naikkan la n9 seiring kota metopolitan *wah permintaan tak hingat..*

terpikir juga dalam pikiran aku camna lah rupa train Malaysia, adakah sama macam di Bombay, New Delhi atau filem-filem hindustan yang sering aku tonton di Panggung Sabtu. aku bengang sangat la dengan si polan-si polan
innocent smileys yang melepak di antara koc tak reti lah nak bagi laluan kepada aku nie yang wanita jelita lagi lemah membawa beg berbondong-bondong. ikut hati nak je aku hempuk dengan beg. biar padan muka. seperti yang dijanjikan kitorang akan berjumpa dengan Fad di tempat duduk. dapat juga Fad tempat sama dengan kami.

uhu..tempat aku telah isi oleh pasangan mata sepet ntah dari negeri mana. sabar je hati nie. dengan hati rela aku merempat duduk di sebelah pakcik kopiah yang lena tido bertutupkan kain penutup mata. ~tumpang lalu pakcik~ hatiku berkata. tanpa melengahkan masa aku pun membuka bekalan yang di sediakan oleh mak petang tadi bihoon. tq mak!! perut aku yang kosong mesti di isi. maka operasi picnic di gerabak bermulacool smileys kata Jamal jangan tido sepanjang perjalanan lebih kurang 11 jam lebih. aku & Fad menyokong cadangan. malu juga nak tido dalam koc nie sebab terang sangat. kalau dalam bas tue lain gelap. nie pelbagai aksi & gaya lentok tido boleh di lihat.

ini adalah stesen yang train nie telah berhenti :
Bahau - 1130pm

Triang - 1215am
Mentakab - 1245am
Jerantut - 140am
...........zzZZZzzZZZZzzzz............scuba diving community*semua tido akhirnya*


fad & jamal sebelum tido


bergambar bersama pakcik yang tido

###### sambungannya akan datang #####

Saturday, December 13, 2008

MOGA KAMU KEKAL AMAN DI SANA

Posted by take5shopOn9 at 10:55 PM 0 comments
al-fatihah buat arwah PUAN FILZAH MAD ZIN yang merupakan sepupu sebelah ayah kepada aku. berita sedih ini telah di sampaikan oleh abang arwah melalui telefon tangan pada jam 1245pm. arwah baru sahaja meninggal pada masa itu. sedihnya arwah merupakan ibu tunggal (bercerai) meninggalkan 2 puteri & 1 putera. moga pewarismu akan menyambung salah satu dari 4 perkara tersebut; doa anak-anak yang soleh & solehah.

berdasarkan dari sijil kematian yang aku belek-belek tengok tadi dari segi 'medic'nya sebab kematian ialah kencing manis & barah usus. menurut orang tuaku arwah telah lama sakit semenjak sebelum puasa lagi. allah maha mengetahui & menyayangi arwah. amin..

mulanya akak tak bagi aku ikut menziarah. takut-takut hal 3 tahun dahulu terjadi lagi. ye memang sungguh perit aku menanggungnya. hampir 1 tahun aku hilang semangat. namun demi menuntut fardhu kifayah aku kuatkan semangat. tashdik dalam diri aku pahatkan. sekarang kepala aku sakit. argh..mungkin sebab aku berhujan tadi..

Wednesday, December 10, 2008

TAKBIR DILAUNG ALEESYA MAISARA DI SAMBUT

Posted by take5shopOn9 at 3:40 PM 0 comments



selamat hari raya idul adha to kak ndak & abg shah. tahniah juga kepada laki bini nie atas kurniaan baby gurlsmilies pada 8 dec 2008 jam 1.28pm.
dorang nie baru je nikah pada 8 march 2008.party smileys alhamdulillah rezeki murah cepat dapat anak. mungk
in strategi yang dorang gunakan sangat bagus. perancangan yang baik demi masa hadapan.
kak ndak selamat melahirkan di
hospital pakar an-nur, bangi. kak ndak kata abg shah yang nak nama anaknya ALEESYA MAISARA macam artis lak. apa-apa pun mesti ada makna yang baik di sebalik nama nie.
IESYA anak buah aku yang ke6 selepas FARIS & IRDINA. nanti dorang nie sama-samalah masuk sekolah. so mesti kaklong kakngah & kak ndak ada topik yang sama untuk dibualkan pasal a
nak-anak. nampak gayanya FARIS sorang je jejaka melayaashamed smileys kg. Jempol.

kesian kak ndak terpaksa di operate sebab baby dah makan berak. so doc kata kondisi baby 50-50. bahayaadult smileys lepas asar aku & famili gerak ke bangi. jalan pulak 'jam' + hujan renyai. alamak kesukaran yang melanda. sabar..arinie kan hari raya! sampai je hospital semua dah ada. parents abang shah memang nampak happy sangat. maklum la 1st cucu perempuan pulak. tapi sedih aku tengok baby sebab buat masa nie kene tinggal dalam bilik itensif. kesian sebab kata nurse yang aku interview denyutan jantung baby laju bukan tahap normal. lagi sedih aku tengok bile baby menangis merah-me rah muka dia menjeritscuba diving community kalau ada arwah uwan aku mesti dah risau tahap gaban. maklum la orang tua mana leh tengok bebudak melalak. macam-macam la aplikasi yang dorang akan buat. sawan tangis la. apa lagi la. kenangan arwah uwan.


tak dapat aku nak pegang ALEESYA MAISARA. takpe nanti makUda balik umah nenek nak cium & pegang dia puas-puas. hopefully kak ndak & baby dah bertambah sehat sekarang.
tahniah sekali lagi buat kalian bedua dengan kehadiran babygurl di tengahari idul adhaparty smileys


Monday, December 1, 2008

TAWA DALAM MURUNG

Posted by take5shopOn9 at 8:53 AM 1 comments
jumping smileysmalam tadi aku mimpi naim. sedih juga mimpi tue. naim meninggal sebab kemalangan moto. bukan dia yang salah. tapi ada orang melanggar dia di bus stop.
arghh!! mungkin mimpi ini igauan yang kemalangan yang aku tonton sendiri malam semalam. viva VS traler. siapa yang salah biarlah pakcik kopiah putih (driver VIVA) dan macha kepala botak (pemandu traler) yang selesaikan sendiri. aku doa naim selamat dan gembira di 'IPOH mali'mad smileys


pagi nie aku bangun tanpa melihat lombong yang hijau kadang keruh air teh susu selepas hujan,
kerusi-kerusi set kayu keras boleh kematu buntot duduk kat atas kerusi-kerusi tue, katil goyang yang berbunyi bila di henyak, ainyen menonton kartun celik je mata yang masih di temani tahi mata setepek,
jue belingkar selimut dalam bilik,
rumah 2-8 yang sentiasa ceria ala tongkang pecah, tapi bebas dari ulat-ulat sampah & tikus-tikus jalanan, semuanya tiada di sini kerana aku di temani orang-orang yang menyayangi sepenuh hati.
rutin harian menekan butang G, 2, 3A tidak dapat aku lakukan di sini. pak guard & makcik cleaner yang mesra hilang dari pandangan. kolam biru yang tak pernah dicuci hanya klorin yang di tabur setiap pagi akan sunyi dari deburan dan percikan air dari Gon, Khalid, Fad, Feat.
malah baju aku makin wangi takde la bau yang sukar di mengertikan hanya boleh didapati di Deaf cafe je. untie yang cekik darah pasti merudum bisnes pada tahun hadapan. hahaha padan muka
sick smileys


macha-macha pembuat roti canai termenung menanti kunjungan budak-budak sekolah tangan bergerak datang berduyun-duyun open table setiap malam kadangkala nampak-nampak je kelibat tikus mondokcool smileys sebesar tangan Gon berlari riang mencari santapan.
semuanya aku ketepikan bila dah enjoy bersama mereka. 'macha!!! teh tarik 1, roti tampal goyang tau? air asam boi suam bungkus.. nasi goreng biasa telo mata cili potong..' semuanya aku belajar di sini. aku lari tak la kuat & pantas.
sebab aku suka menonton sukan dari bersukan. nizam kata aku lari kejung. ntah apalah bahasa Nizam yang dari ceruk mana. mungkin bahasa pasar dia kot. pasti Pak Raja merindui Kenen yang banyak auta bila bagi pitis futsal. sepilah Taman Tenagasick smileys


hari nie langsung aku tak nampak tangan-tangan bergerak. semuanya bercakap guna mulut. matilah aku klu lost memori menggunakan tangan-tangan ini. takpe akan aku usaha hingga jaya.


smileyskawan..aku rindu & sayang kamu bangat..

Monday, November 24, 2008

ADUI SAKITNYA KEPALA

Posted by take5shopOn9 at 12:15 PM 1 comments
apsal kepala nie sakit dari bahagian kiri sampai tengkuk. kadang2 berdenyut. kalau ada mak boleh mintak tolong picit. nanti tau lak mak angin ke magrin ke. mungkin lama ngadap laptop kot. adui mak..unhappy smileys


pagi nie bangun awal. ari-ari aku bangun awal tapi lepak kat umah je melangok tengok muka ainyen ngan anak belaannya. aku ada misi. nak g SL print nota sosio. apa la bengong rabu stat paper. dorang nie memang ada PhD lamsn smileys. tak buleh tengok kami nie senang santai. sampai saat akhir pun nak ganggu masa santai. tuhan ampun dosaku. sabarkan hati ini.

misi aku selesai di SL
mad smileystapi bacanya ntah bile. ye aku baca nanti. adui sakit lagi kepala.


lepak kat LAB bersama Lina spastik, Jamal capap, Syaria'h bong, Lyn shuffle & Nad pengantin. jangan harap la dorang nak stady. same je ngan aku. melayan tagged jahanamkan masa orang & FS yang fantasi. thanxs 2 en.rizal buka lagu pengantin. mesti Nad dah perasan duk atas pelamin orang amik pic diajumping smileys. ntah2 orang camera amik pic kerusi ke..pengapit ke..bunga telo ke..Nad tak payah senyum lebih2 nanti..ngat pesan aku nie

Tuesday, November 18, 2008

KUTIPAN ANTU-ANTU JIMBALANG

Posted by take5shopOn9 at 9:20 PM 0 comments
mereka menung memikir pasangan cocok

bertemu jua kasih yang hilang pergi

masih laku ke jualan CNi kepada antu2 nie

mukanya herot sebab tersimbah racun lalang

terjah nenek kebayan itam bangkula & antu gigi jarang

perundingan antara nenek kebayan itam & antu tetek

antu kerangka osteoporosis

antu renek maklimah merayau sekitar bangunan kediaman

sebahagian yang dapat aku kutip dari antu-antu jimbalangaim smileys. selainnya aku tunggu dari mero (kasih hati Mawk) & man orang tangkap gambar pilihan Mawk juga. erti kata lain semua kutipan hasil dari Mawk jugafree smilies. sebelum aku lupa txs 2 Mawk manis yang sudi menjawab soalan aku 'camna nak buat ikon smile nie gerak2'. kamu sentiasa manis Mawk.

About Me

My photo
Name It, You Get It Here!

Followers

PERSEMBAHAN BAHASA ISYARAT (MySL)

Loading...
 

...NanA r0cK... Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei