Tuesday, September 30, 2008

SYAWAL 1429H

Posted by take5shopOn9 at 6:44 PM 0 comments
menjelang hari raya berakhirnya puasa..kini tirai ramadhan bakal melabuh pergi meninggalkan seluruh umat islam sebulan mengutip mutiara ibadahNya. maha suci Allah yang menjadikan manusia dimuka bumi ini. doa dan harapan agar kita semua dapat menikmati ramadhan pada masa akan datang dan dipanjangkan umur jua kesihatan. amin ya Allah..

beberapa minit lagi waktu berbuka, takbir pun bergema. masa nie lah para keluarga sibuk di dapur dan sekitar rumah. uwan mana tak sibuk meghondang. atuk mano tak sibuk cokau ayam tak pun buek lomang anak menantu nak balik begahyo. dalam sibuk menyediakan persiapan raya jangan la lupo bayar petoghah (fitrah). hebok dek ghayo yo..yang wajib di abaikan. tak elok la perangai tue. dalam masa nie pun omak2 ado yang sibuk siapkan pelbagai juadah untuk makan esok pagi. lomang, ketupek, ghondang, macam2 lagilah. seronok dapat meraikan raya bersama keluarga tercinta. ingatlah mereka yang tersayang sebelum kehilangan..

telepon tangan aku asyik menjerit dengan pesanan ringkas yang diterima dari kenalan. semuanya memberi ucapan selamat hari raya maaf zahir batin. tahun nie sekeping kad pun aku tak dapat. memang padan la muka sebab aku pun tak kirim pada mereka. zaman dah berubah dunia dah maju..betulah kata iklan tue. semua nak senang dan cepat hantar sms pun ok pengganti kad ucapan. semua ada cara tersendiri. apa2 pun aku ucapkan terima kasih kepada yang sudi hantar sms pada aku. insyAllah akan aku balas semuanya pada malam ini. surelah jam line mxs. huhu.

teringat zaman aku kecik2 dulu. best gile raya zaman era 80an-90an. mercun bunga api sanatapan wajib selepas berbuka. meletup sana sini berlawan lak dengan jiran sebelah rumah, depan belakang rumah nak tahu mercun siapa paling hebat bunyinya. bagi ibu2 yang mempunyai anak kecik memang mengamuk giler la sebab anak2 dorang melalak tak dapat tido. hahah. peduli apa kitorang janji puas meletupkan suasana kampung. master mind mendapatkan bekalan mercun along aku. memang hebat tiap2 tahun ada je bekalan. padahal dalam tv ada je rampasan. hebat la along demi adik2 tersayang. penuh la halaman rumah aku dengan kunjungan kawan anak2 jiran sebelah rumah. kitrong berlari main bunga api sampai berlari sejauh 2, 3 buah rumah jiran. aku sempat main meriam tin guna kabait. meriam buluh tak sempat sebab takde yang nak turunkan ilmu tu. rasa puas dan hebat je dapat main semuanya. sekarang nie sebab faktor umur tak lah sangat mempengaruhi tapi mungkin kawan2 sepermainan dah ramai yang berhijrah kuar dari kampung so payah la nak bermain bersama2 macam dulu kala. zaman aku dulu g beraya bukanlah duit raya objektifnya tapi suasana beraya kunjung mengunjung itu yang aku inginkan. habis round 1 kampung g beraya dengan akak2 aku. kembung la perut makan kuih raya minum air sirap (masa tu air sirap yg glamer). aku nie dah la jarang balik kampung taklah kenal sangat orang2 kampung nie. bile g beraya dapat la aku kenal mereka, tapi lupa semula.

bile raya nie macam2 lah program di tv. melambak sampai juling biji mata nak pilih channel mana yang nak tengok. benda2 macam nie lah yang tak menggalakkan orang sekarang kuar beraya. semua enjoy lepak depan tv. sampai aku pun kadang terpengaruh dengan tv. ayah pun penah membebel ngan aku kenapa tak beraya, sanggup tengok tv semata2. betullah kata ayah. raya 1 tahun sekali, masa nie lah nak berkumpul dengan saudara mara, keluarga. bile g beraya dapat la merapatkan hubungan yang dah lama tak berhubung.

bagi pasangan yang baru atau telah lama mendirikan rumah tangga. jangan lah buat muka tapir depan keluarga mentua sebab raya tahun ni tidak dapat bersama keluarga sendiri. memanglah beraya dirumah sendiri best..lebih2 lagi dapat showoff pasangan depan ahli keluarga (yang baru kahwin) hehhe. pandai2 la bawa berbincang dengan pasangan bila mengundi giliran beraya di mana. anggap sahaja setiap perkara yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. sesape yang kene beraya di rumah mentua pandai2 la atur program supaya jadual di kampung sendiri dapat dipanjangkan..korang janganlah ikut aku lurus2. aku belom ada pengalaman berdua dengan mentua. pandai2 korang. yang penting jangan malukan diri dengan muka tapir dipagi raya..

aku mesti sedar diri sebab asgment aku lom sampai ke hujung. pas raya nak kene submit. ampun maap en rahim & dr Z klu delay..

Monday, September 29, 2008

BESARNYA !!!!

Posted by take5shopOn9 at 5:56 AM 0 comments
aku memang geli la sesangat ngan binatang nie. walaupun tengok dari cermin kaca yang dijamin keselamatan binatang nie takkan mengganas aku tetap merasakan ia menjalar di tengkuk aku. kerana..aku telah pun bepengalaman memegang spesis albino. waktu aku terlibat dengan kem motivasi di Morib. ada pakcik nie showoff la binatang kesayangannya kat peserta kursus. lepas je aku pegang lama gak la aku makan menggunakan sudu. tiap kali nak makan mesti terbayang, jiik, geli..

tiap kali balik kg Jempol aku berhajat nak melawat kengkawanya di Hutan Lipur Ulu Bendul. bila aku beri cadangan pada ahli lembaga pengarah takde yang setuju. aku hanya memandang lesu je singboard semalat datang ke taman. takpe 1 masa nanti aku pasti sampai..



agaknya berapa kilo??



adik nie best je..



dulu kakchik pernah cerita, pihak taman ular beli anaconda yang tengah bunting tanpa pengatahuan pihak. maka dapatlah 13 ekor anak anaconda


*sumber; isuhangat.blogspot.com

Sunday, September 28, 2008

KATA AYAH...

Posted by take5shopOn9 at 7:16 AM 0 comments
1 pagi usai subuh ayah balik dari surau bertanya pada aku ' dah bayar zakat?'. dengan selamber aku menjawab, 'ha..? dah kene bayar ke (maklum la selama nie aku tak berapa heran hal nie), duit takde lah yah..'. ayah membalas 'owh beli benda nie bayar bulan2 ada lak duit (maksudnya broadband) bayar zakat tak sampai sepuluh hinggit dah bersungut'. aku bukan bersungut tapi terkejut je. wah nampak gaya aku dah ada tangungjawab berzakat. kata ayah ikutkan ayah kampung bayarkan sebab aku dibawah tanggungannya. tapi ayah nak bagi aku penalaman dan perasaan tanggungjawab sebagai umat Islam membayar ZAKAT. insyALLAh..aku akan pergi bersama akak ke masjid negeri nanti berjumpa Ust Jalalludin (bekas tok guru mengaji al-quran) untuk membayar zakat. terasa rindu pada Ust. terima kasih kerana mendidik aku mengaji, banyak jasamu. hanya ALLAH yang akan membalasNya.

Thursday, September 25, 2008

BALIK GHAYO

Posted by take5shopOn9 at 9:18 PM 0 comments
yeyeye!! aku dah sampai umah dah. kesian eliz tinggal sorang kat umah. hope adalah yang menemannya nanti. bestnya dapat lepak umah. bolehlah hilangkan serabut asigment kat sana. sodap eh' dapat masakan omak. dah lamo tak ghaso omak masak udang + rebung. poning la nak pikir buek kuih ghayo apo tahun nie. buat sempoi2 la pun jadi.

lotih semalam round sunway pyramid dengan jamal, ainyen, fad. kononnya ainyen n jamal yang nak shoping, aku cuma peneman setia je. tapi aku pun berbelanja juga.
hasilnya aku dapat..



GREENWICH POLO CLUB : RM119 - 50%
= RM 59.95



RM 7.90

YANG AKU CARI VOL 1, MAKLUM LA BARU BELAJAR. TAKKAN LAH TETIBA NAK VOLUME 3. TAPI I TRY MY BEST BEB..


RM 6.50

DAH NAK LAST RAMADHAN SELERA MAKAN BERTAMBAH LAK. SEDAP KEK NIE. TAPI MAKAN BERTIGA PUN TAK HBS GAK..

* Kepada kawan2 yang masih setia di Menara KLH, dengan ucapan aku dah sampi rumah!!!


Wednesday, September 24, 2008

AKU PENAT..

Posted by take5shopOn9 at 12:41 AM 0 comments
hari tersangatlah penat bagi fizikal n mental. belum pernah aku penat sebegini skali.

aku penat sebab gusi geraham kiri bengkak. mungkin stress;
aku penat ber'singing' dari pagi-petang;
aku penat sebab kaki tangan aku shaking ms inteprate forum dan debate;
aku penat otak sebab memikirkan asgment Dr Z lepas raya;
aku penat n muak berbincang pasal group asigment;
aku penat nak pergi kelas menghadapi rutin yang sama;
aku penat pk camna lah nak mula 'intro' sosiologi;
aku penat sebab kurang tidur;
aku penat dan xtau bila akan aku bermula serius dengan presentation. bermula
kelas Dr Z hingga skg masih belum ada yang serius. malahan aku buat secara
spontan. penilaian dan hasilnya nanti aku terima dengan hati terbuka;

arghh...kesan akibat terlalu gementar tadi kaki aku lenguh. kenapa lah arini rasa nak marah je. mungkin aku tersangat penat hingga nak berfikir apa2 pun sukar. kawan2 maafkan aku andai ada tersalah kata terbuat muka.

arini aku buat kerja giler dengan tanpa persediaan awal aku dan rakan telah bersama kawan perlu buat persembahan forum in 3 version :- sing languge - B.I - B.M
adakah semua itu perlu dilakukan. hermm penat sangat.

jam 930 ada perjumpaan di hall bincang tentang debat jam 2pm. penat lah..tapi mesti selesaikan segera sebelum ain pulang tanah sarawak. nanti dilaksanakan.aku harap point akan terus membantu untuk sem ini. sekarang mata aku dah ngntok..jadi aku dah penat nak menaip n buka mata..

Sunday, September 21, 2008

630AM

Posted by take5shopOn9 at 4:19 PM 1 comments
sahur kuewtiaw je. yang dibeli kat bazar kinrara. alamak tak selera pulak. ainyen sambung tido selepas beberapa teguk minum air kosong. bosan tiada peneman. makan 2, 3 suap aku simpan semula makanan. mungkin boleh makan nanti2. perut nie pun kenyang lagi. maklum la petang semalam berbuka di CHILIS'. sedap..tangan masing2 berselang seli nak rasa santapan masing2. usai berbuka tengok wayang lak. don't mess with ZOHAN. hahahahaha..lawak vs 18sx. sampai sekarang aku terpikir kenapa mesti ada movie tue. tentang pengganas. arghh pedulikan lah. tapi aku pun telah turut sama menyokong. ampun ya ALLaH. malam nie mesti pulang cepat. bukan awal.

belum pernah lagi orang buat latihan pukul 630am, melainkan yang telah biasa di'rekrut'kan. budak2 MySL tak akan begitu rasanya. pagi2 dah melalak dengan lagu BYEBYEBYE. selama nie aku tak pernah nak hayati lagu nie dari segi lirik. yang ku tahu sebut byebyebye. rasa best je sebut. tapi sekarang aku dah faham mksud hayati dan singing.

request dari MFD, red group buat persembahan singing in English song. penin la..minggu depan presentation memang melampau. harap jangan ada yang muak tengok muka aku kat depan. memang dah dan akan kene tengok. mana lagi nak latihan singing lagu..debat..forum..argh melampau la banyak..semua perlu presentation dalam singing..

kami sepakat. jam 630am akan mulakan segala latiahan by grouping. masa dah dekat sangat. tak ada masa nak buat malam atau petang. mungkin masing2 nak bertahajud almaklum la 7 malam terakhir hampir tiba..

Thursday, September 18, 2008

TAK AKAN DATANG...

Posted by take5shopOn9 at 9:08 AM 0 comments

alhamdulillah syukur pada nikmat ALLAH. tak sangka dah tiba 18 ramadhan. ada beberapa hari ketibaan syawal. tapi, rumah aku kuih raya pun belum bikin. so, aku lah yang kene bersiap sedia bersilat di dapur buat kuih raya. dalam kepala otak aku nie teringin la sangat nak buat kuih tat. tapi bukan kuih tat gulung. aku tak suka sebab bile aku makan rasa mulut nie macam penuh je dengan tepung dah la inti nenasnya ciput..ermm kuih wajib semperit. mak aku cakap, kuih semperit tahun lepas masih ada lagi dalam kabinet. aku pun terkejut camna boleh tak habis. ghupa2 nya kuih tue terselidung di sebalik pinggan mangkuk kuali belanga mak. tue lah banyak sangat khazanah agung kat umah tue.



aku dapat jemputan berbuka puasa. aku harap hamba ALLAH si polan nie mendapat hidayah & murah rezeki atas kesudian mengajak aku berbuka. maka si Jue membuat cadangan makan di Bangi. bagus gak idea, nak makan area sunway puchong bosan dah. tapi dalam otak aku nak makan kat warung2 je. si polan bawa aku ain jue ke sini. dari luar nampak menarik dan gah. tempat best aku cakap. stylo kampung. nie 1st time aku sampai sini. kitorang order:-

  1. KERANG BAKAR
  2. KAILAN IKAN MASIN
  3. SAMBAL UDANG PETAI
  4. NASI 4 ORAN
  5. IKAN KERAPU STEAM
  6. MANGO JUICE
  7. APPLE JUICE
  8. SOUR JUICE
  9. TEH O
aku pun tak tahu kenapa lah lewat sangat servis dorang di sini. azan dah setengah jam berlalu. air dah bergelen minum. makanan tak gak sampai2. benda nie buatkan aku jue ain teringat hal menunggu makanan kat Shah Alam tahun lepas. dah setahun berlalu. kitorang boleh terlelap kat meja makan tunggu order yang punya lah cikit dan mudah di masak. terus terang bukan aku je cakap kawan2 aku yang kuat makan pun kata masakan kat yankies hut memang 'kureng'. kalau ada surat komen atau peti cadangan nak je aku tulis kat tokey kodai.

*aku jumpa qadie member form6. macam hari raya lak. good luck qadie. jangan lupa undangan untuk aku nanti.

Wednesday, September 17, 2008

Posted by take5shopOn9 at 6:08 PM 0 comments
Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "
Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "
Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

IMAM GHAZALI" Apa yang paling berat didunia? "
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka karena gagal memegang amanah."

Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"
Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "

Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Karena melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "

"sampaikanlah walau satu ayat"..

Sunday, September 14, 2008

DOWNLOAD

Posted by take5shopOn9 at 4:43 PM 0 comments
baru 14 ramadhan. tapi aku dah sakan mendownload lagu2 raya. dah kudung jari aku memulas menekan apa sajalah channel radio semata2 nak dengar lagu raya. namun hampa yang aku rasakan. dah download nie ikut suka aku la nak putar berapa banyak kali lagu2 raya. kalau ada rezeki pun aku dapat dengar lagu2 raya kat mall. sedih syahdu raya nie. agak2 ada tak lagi orang nak bagi aki duit raya tahun nie. umur tak membataskan seseorang untuk dapat 'ampow'. aku masih menuntut, jadi apa salahnya aku membuat koleksi ampow.

Friday, September 12, 2008

nama dia Wan..

Posted by take5shopOn9 at 11:55 AM 0 comments
bergambar bersama pelajar pekak

Semalam (11/09/08), giliran kumpulan merah pula membuat lawatan ke Sek Men Pen Khas Vokasional Sekysen 17, Shah Alam. Ini merupakan kali ke2 aku ke sekolah tue. Eh bukan..kali ke 3 rupanya. Maziah mengarahkan berkumpul di depan cafe pekak jam 145 pm. Dah la panas, enjin bas dah dipanaskan. Si pekak Aswad entah ke mana. Lebih kurang setengah jam boleh la naik bas. Inilah 1st time aku naik bas tue. Bangga pun ada.heheh.. Kalau xda progam berkaitan MFD jangan berangan la nak naik bas tue. Rezeki kot.. Rezeki ramadhan. Amin.. Dah ada kenderaan pun cukup bagus. Tujuan kami ke sana bukanlah meraikan majlis berbuka puasa bersama mereka, walaupun OKU. Tapi siape lah kami nie yang setakat orang biasa. Kitorang kene buat sedikit kajian soal selidik mengenai diri pelajar pekak disana. So, kitorang melantik Ana sebagai penggubal soalan yang akan disoal siasat kepada mereka nanti.

Lebih kurang jam 310pm kami sampai di dewan makan sek. Perghhh....panas la bukan main dewan makan tue. Duduk di dewan makan tue telah mengimbau kenangan aku semasa di asrama 3 tahun lalu. Bila diingat semula..Kelakar pun ada, bengang, sakit hati, arghhh macam2 la. Semua tue pengajaran dan kenangan lama. Biarlah berlalu sekarang aku ada misi tersendiri. Kedatangan kitorang taklah disam
but dengan paluan kompang, taburan beras kunyit ke, carpet merah ke, pendek kata semua tue takda. Pandai2 la bawa diri sendiri. Lagipun sebelum2 nie blue, yellow n white group dah pergi sana. Setiap sorang dapat la sorang adik angkat (mase tue je). Lebih kurang 1jam lebih sesi temuramah dijalankan.

Bukan aku saje yang pening, kawan2 aku pun sama. Sebabnya kitorang ada masalah misscommunication dengan dorang. Bukan senang nak berkomunikasi dengan orang pekak nie. Memang persediaan mental dan fizikal kene kuat. Kalau sekadar yang sedang2 saje. Boleh 'weng' jadinya. Tapi kesian gak ngan dorang nie, terlalu sedikit pemahaman terhadap isu semasa dan banyak lagi la. Aku tanya soalan simple pun dia tak paham. Apa dia jawab pun aku tak paham. Sebabnya..jauh sangat menyimpang dari apa yang aku nak tahu. Kesian..Owh yer..nama budak tue aku kenalkan sebagai Wan dari Kedah.





wan dan kawan2

Ini antara soalan yang aku tanya dan jawapan daripada Wan:-


1. Hobi?
..melepak, cuci kereta

2. Cita-cita?
..Mac D

3. Orang y
ang disayangi?
..rumah besar, mak

4. Apakah perkara yang paling dinantikan apabila tibanya Hari Raya?
..pergi beraya rumah kawan-kawan pekak

5. Apakah kelebihan atau kebaikan ibadah puasa?
..wang, dapat makan banyak, minuman, ayah tidak mahu menyediakan makanan



* bagaimana pelajar pekak hendak maju dalam pelajaran sedangkan soalan yang begitu senang tahap sek ren pun dorang tak boleh faham.kemana arah mereka dalam kehidupan kelak





























About Me

My photo
Name It, You Get It Here!

Followers

PERSEMBAHAN BAHASA ISYARAT (MySL)

Loading...
 

...NanA r0cK... Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei