Wednesday, December 30, 2009

langkah baru

Posted by take5shopOn9 at 11:05 AM 1 comments
2009 bakal di tinggalkan.
2010 menjelang tiba.
haruskah aku lalui tahun baru ini dengan suasana yang sama.
aku perlukan langkah yang baru.

rasanya dah penat laluinya.
hanya rakan beringan bahu yang memaku disini.
aku mula bosan.

ya Rabb..
aku hanya berlindung dibawah naunganMu.
hanya Kau mengetahui segalaNya.
luaskan rezeki hambaMu seperti yang telah engkau berikan kepada orang yang terdahulu.

Wednesday, December 23, 2009

angin bayu

Posted by take5shopOn9 at 4:28 PM 0 comments

11kilo dari masai
enjoy dis moment
mahu explore lagi ke mana sahaja
ada peristiwa di sebalik foto

10muharram - hari ASYURA -

Posted by take5shopOn9 at 11:13 AM 0 comments
pada tahun ini hari asyura jatuh pada 27 dec 2009; pada hari ahad. jadi tinggal beberapa hari lagi kita sebagai umat Islam boleh mengecapinya. biasa yang kita ketahui berpuasa sunat pada hari berikut. namun ada beberapa perkara sunat yang boleh kita amalkan bersama :-

1. Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri - isteri; fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin; fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah; fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.

4. Menunjukkan orang sesat; fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim; fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok disyurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah; fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri; fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya
keimanan.

8. Mandi Sunat; fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu lafaz niat : 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala'

9. Bercelak; fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali; fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti..

11. Sembahyang sunat empat rakaat; fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.lafaz niat : 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala' Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca 'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru'; fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .

13. Menjamu orang berbuka puasa; fadhilat-Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa..

14. Puasa Niat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala'; fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Monday, December 21, 2009

kecik adik bb

Posted by take5shopOn9 at 9:53 PM 0 comments
aku melaporkan piah sahabat serumah telah memelihara 2 ekor binatang berbulu halus hasil dapatan binatang peliharaan boiprennya. kehadiran 2 ekor animal ini sangat mengubah jiwa piah. setiap pagi rutin perlu membersihkan najis yang bertaburan di luar pintu jamban sebab seperti binatang ini protes pada tuan (makan tuan) jika lewat memberi makan atau lupa melayan. huh sungguh menguji jiwa piah yang kadang-kadang membebel.

kecik diberi nama sebab datangnya 2 bulan yang dahulu kecil seperti habis zat vitamin diberi pada 'abang-abang & kakak'nya. mulanya boipren piah telah menghantar sebanyak 3 ekor disini. namun akibat kesesakan jalan di rumah & telah mengubah perjalanan hidup piah. maka BLACKY dah di serah pada penjaga yang lebih baik darinya. bb bewarna kelabu, sering membuat masalah di rumah. kononnya kesayangan piah sebab cantik warna kelabu.

kecik enjoy tidur dalam gayung piah..

Saturday, December 19, 2009

doa agung

Posted by take5shopOn9 at 12:34 AM 0 comments
salam hijrah kepada pelawat & pembaca kalian. masih belum terlewat untuk aku mengucapkan selamat tahun baru ISLAM 1431H. mudah-mudahan kalian tergolong dalam orang yang beriman dapat bersama membaca doa akhir & awal tahun islam (seperti ceramah yang aku tonton pagi tadi). al- maklum sahaja kan, mungkin ada hati yang meronta-ronta, punggung tak sedap duduk akibat mahu menonton perlawanan akhir bola sepak negara kita menentang Vietnam di Sukan Sea. tahniah buat pasukan negara. tidak bermakna ibadah kita lalaikan. sekadar berkongsi:-

setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada )”……… nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu…


Berdasarkan Hadith Nabi :
“Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari”

Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. …tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah


Tuesday, December 15, 2009

my hero..

Posted by take5shopOn9 at 1:41 PM 0 comments
hero gagal berfungsi lagi. adoi..kenapa gelap sahaja mukanya. bila di tekan ada sistem yang berfungsi. janganlah meragam hero. kamu meragam, boleh 'jammed' aku jadinya.. saya sayang my hero 'ACER ASPIRE 5570'..clap..clap..hampir 3 tahun bersama..

Friday, December 11, 2009

kerja ulangan

Posted by take5shopOn9 at 1:34 PM 0 comments
adus..kenapa mesti mengulangi meng'edit' gambar ini. bagaimana boleh terjadi? rasanya folder dah baik di 'save' ke dalam dvd. tapi, tuan tangan tak menerima apa-apa folder di dalamnya. sempatkah nak di selesaikan semuanya hari ini. maaf tuan tangan atas kesulitan yang melanda. salah aku juga cepat sangat di tong sampahkan folder itu. padan muka..clap..clap..

Thursday, December 10, 2009

pembaharuan

Posted by take5shopOn9 at 1:35 PM 0 comments
sengaja membuat pembaharuan. mahu yang baru sejajar menjelang tahun baru 2010. mungkin segalanya baru..walllaaa!!

Tuesday, December 8, 2009

kamu pening fikir, aku pening risau

Posted by take5shopOn9 at 3:54 PM 0 comments
tahniah kawan,
posmen lebih cepat hadir ke rumah kalian berbanding aku
dan lain-lain rakan
jangan salah alamat ye!

kalian pening dengan bayaran?
kalian pening tentang penginapan?
kalian pening dengan keputusan?
kalian pening dengan pengiktirafan?
memang banyak pening kalian..

hujung minggu balik rumah indah
perlulah aku korek mana-mana celah
untuk menggenapkan rm330
mungkin buat 'loan' pada tuan rumah
sampai 'gaji' ansuran di bayar

perlukah tambahan guest?
takkan nak bgtau 'verbal'
ada yg terasa hati pula
katanya tak menghormati
tak menunjuk sayang
tak sopan
tak ingat keluarga
arghh...
tue lah akibat jika banyak mulut yang kata 'tak'
sikap rasional + positif letak jauh

akibatnya masam muka
kata belakang
sengketa cambah lagi dalam hati

org kata; kamu anak yang bertuah!
ya bertuah..
dari kecil mak ayah selalu kata
"bertuah punya budak"

dalam tuah ada jebat
haha..siapa jebat?

mesti dapatkan keputusan
rm330 + mak / ayah kg?
mari sekampung ikut..
korang bayar sendiri..


Monday, November 23, 2009

dekat kan..

Posted by take5shopOn9 at 11:14 AM 0 comments
sejauh mana kamu terbang
walau berbatu-batu kilometer
walau bergunung ganang di rentasi
walau banyak lautan dilayari

jaraknya rasa dekat..
dekatnya..

panggilan rindu memanggil pulang
terima kasih pihak yang berkenaaan
sangat memudahkan jarak ini

Wednesday, November 18, 2009

seram sejuk

Posted by take5shopOn9 at 9:07 AM 0 comments

pagi bangun tekak perit.
tengkuk sengal-sengal.
suhu badan macam kurang sesuai dengan cuaca hari ini.

pagi berfikir.
tersilap makan atau minum kah malam sebelum tido
perit tekak macam ada samapah di kerongkong.

muka lesu agak kurang ceria di meja duduk.
penat..
idea dah sampai.
seketika lagi mencari 'baik punya' tempat.

Monday, November 16, 2009

bawalah ku terbang

Posted by take5shopOn9 at 11:58 AM 0 comments

still counting..hour..minutes..second..
jaga diri di sana
2010 i'm waiting

Monday, October 26, 2009

bersawang

Posted by take5shopOn9 at 7:23 PM 0 comments
bersawang..berhabuk..macam-macam lagi dah dalam blog ni. kenapa ye sudah hilang motivasi untuk menambah sebarang entri dalam blog ni. mungkin rutin harian waktu senggang tidak digapai. minggu rasanya nak berjumpa dengan kaunselor. tidak semestinya bermasalah baru terhegeh-hegeh nak mencari perunding. aku bahagia..i'ALLAH selamanya..

Tuesday, September 15, 2009

GELORA AIDILFITRI

Posted by take5shopOn9 at 11:19 AM 0 comments

selamat mengabdikan ibadah dikala hari-hari terakhir ramadhan ini. mungkin ini ramadhan terakhir kita. masyaALLAH..moga ALLAH terima segala amalan, ibadah & taubat kita selamanya. sudahlah kita sering membuat kesalahan dibumi ini tanpa malu. tapi lagi tak tahu malu apabila sering meminta padaNya. memang tuhan menyuruh kita bermohon padanNya. tapi, sekelumit pun tidak kita mengakui kesilapan yang pernah di lakukan. sesunguhnya ALLAH maha mengetahui & menyanyangi hambanya. amin Ya tuhan.

terlalu sekejap ramadhan ku rasai pada tahun ini. 'demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian'. saat terakhir ini, pasti ramai bertaburan di bumi mencari yang mana kurang & melangkapkan yang masih belum puas dek hati. adat manusia..

sana sini mata hanya menjadi saksi rezeki ramadhan. melimpah rezeki bagi yang pandai mencari peluang berniaga di kala ini. namun terdetik juga di hati kecil ini. senang sungguh mereka dipengaruhi oleh rakan-rakan membeli itu ini. adakah mereka sangat memerlukan atau ingin membantu rakan memperolehi rezeki atau sekadar ingin berlumba-lumba tidak mahu ketinggalan berbelanja besar..ALLAH jua yang tahu..

dalam keghairahan aidilfitri jangan dilupa perkara yang wajib ZAKAT.

Tuesday, August 25, 2009

moga kamu berolah ketenangan

Posted by take5shopOn9 at 8:32 AM 0 comments

salam ramadhan muslimin & muslimat sekalian. moga harapan ramadhan pada tahun ini penuh makna agar dapat dipenuhi dengan sempurna.

dia salah seorang sahabat baik yang mula berkawan dari darjah 1 ketika sama-sama mengaji di masjid Pasir Panjang. setiap petang jam 5p.m aku pasti hilang dari pandangan mata mak ayah, sebabnya merayau ke rumahnya di kuarters Balai Polis Pasir Panjang. jadi aku di kawal dalam zon aman & selamat dari penjenayah bebas.

ikutkan kami bukan lahir tahun yang sama sebab dia lagi lebih 3 tahun usia dari aku. tapi semua tue bukan halangan untuk kami bergaduh, bercerita & sebagainya. namanya ROAZLINDA ABDULLAH. sekarang menetap bersama famili di Kg. Kelemak, Alor Gajah Melaka. rasanya dah 4 tahun x bersua muka. namun kecanggihan teknologi sekarang tidak menjauhkan jarak kami untuk berkirim berita.

mohon pada Yang Maha Esa syawal akan datang dapat berjumpa, i'allah.

* Tapai (nama timangan) selamat menjalani ibadah umrah. buat yang terbaik disana..

Friday, August 14, 2009

Posted by take5shopOn9 at 11:04 AM 0 comments
.....Ramadhan adalah bulan kesabaran & ganjaran kesabaran adalah syurga. ia adalah bulan simpati. ianya bulan yang ditambah rezeki kepada orang beriman. sesiapa yang memberi seseorang berpuasa untuk berbuka maka ia merupakan pengampunan untuk dosa-dosanya dan pelepasan dirinya dari neraka serta dia mendapat ganjaran pahala puasa tersebut tanpa mengurangkan sedikitpun dari ganjarannya...sabda Rasulullah S.A.W

telah bersediakah menerima Ramadhan. persiapkan segalanya. rancang amalan yang mahu dilaksanakan. berdoa pada allah moga dapat bersama dalam Ramadhan dari awal hingga akhir serta malam 1001 malam. amin.........

pergilah dengan aman

Posted by take5shopOn9 at 9:35 AM 0 comments
al-fatihah buat arwah ust.asri ibrahim. jam 12.15 tengahari semalam aku dapat berita ini melalui kawan di FB. untuk kepastian lebih benar, terus membaca di MalaysiaKini. itulah perjanjian Allah yang telah ditetapkan pada hambanya. tanpa sebarang tanda & pesan terus meninggalkan alam ini. maha suci Allah yang mengetahui segalanya. moga amalan ust dari nasyid sebagai landasan dakwah serta alunan zkirulallah dan sebagainya sebagai bantuan di alam sana. wallahualam.

kenangan terserempak dengan arwah di KFC tanah suci (7 Jun 2009) masih lagi terpahat walaupun tiada foto untuk diabadikan bersama kerana dek kerana terkejut & tidak menyangka dibumi barakah itu dapat berjumpa walaupun seketika. dengan bertukar senyuman dan sedikit perkhabaran. nampak jelas arwah pemalu mungkin kami bertiga (mak, akak & aku). mak yang banyak berbual dengan isteri arwah kerana tidak mengetahui wanita itu isteri kepada kumpulan nasyid yang diminatinya selalu. sehinggalah arwah mendekati kepada isterinya barulah mak perasan dia adalah ust.asri...

itulah yang telah ditetapkan oleh allah kepada hambanya.

Thursday, August 13, 2009

mungkin juga...

Posted by take5shopOn9 at 11:48 AM 0 comments
setiap hari rasa dihargai. setiap pagi hati yang berbunga. mungkin kot... tapi takkan secepat ini. jika betul seperti yang aku azamkan 4 bulan yang lalu..moga sentiasa dipelihara tuhan yang menjadi saksi segalanya.amin....

Friday, August 7, 2009

12.34:56 07/08/09

Posted by take5shopOn9 at 9:53 AM 1 comments
ada luck ke dengan date & time nie? entahlah no komen. sakit lagi gusi disebelah kiri pula.cobaan..
kesian En.Y, tadi dia bertanya pada Piah: suka aktiviti lasak? aku dengar je sambil makan pizza (semalam beli di Tesco). wajah kerut Piah terpancar apabila alami kecelaruan jawapan dalam otak.
tapi masih dalam keadaan senyum. aku pula gatal mulut offerkan diri: takkan ajak Piah je? En.Y: boleh..kamu berdua la...hujung minggu nie lepas Jumaat bertolak. tercengang juga otak mentafsir. nak ke mana? surat ditunjuk pada kami.rupanya ganti tugasnya menjadi fasi untuk student sini. alamak macam skema je program. tidor di Resort. memang la indah bagi yang mahu selesa di tilam empuk. ingatkan tidur dalam khemah di dalam hutan..

tapi, ada janji (tapi masih dalam rancangan je) berhujung minggu dengan sepupu bermula malam ini hingga ahad. mana ye perlu dipilih. tapi hati berat dengan sepupu..lihat muka En.Y aku stress sebab..?pandai sungguh membuat muka kasihan.. tapi mukanya memang begitu. bukan untuk minta simpati. En.Y orang yang baik..

kami boleh elak,kerana tiada budak pekak yang sertai..kata putus diberi walaupun terpaksa guriskan hati En.Y..maaf ye, sebab En.Y lewat beritahu. jika sejak semalam mungkin saya sertai. tapi dalam masa yang singkat..saya tak prepare apa-apa. sebabnya pagi-pagi lagi otak telah aku set untuk bersama sepupu..

Thursday, August 6, 2009

tak tahu

Posted by take5shopOn9 at 2:16 PM 0 comments
ada keje, tapi mood nya ntah mana. takder keje jadi macam ayam la pula. jari asyik 'mematuk' je.
jadi aku mahu bebas ke mana sahaja tanpa halangan. duit..cepat la penuh dalam saku + bank + beg + almari + mana-mana yang boleh letak..

Wednesday, July 22, 2009

masa

Posted by take5shopOn9 at 10:39 AM 0 comments
cepat masa berlalu. hari nie dah 29rejab..tinggal beberapa hari je lagi akan tiba bula syaaban. kadang-kadang lupa, akibat mengejar yang nyata dimata kasar. mohon dariMu segala yang baik bagi diriku & keluarga & sahabat & sekalian makhluk..

18.2 jerkk

Posted by take5shopOn9 at 10:30 AM 0 comments
kami sentiasa seiring melaksanakan aktiviti sosial diwaktu senggang. dimana & bila dijalankan adalah sulit untuk dihebahkan. dalam keghairahan bersosial terpandang satu teknologi yang telah lama wujud tapi baru keinginan nak mencuba..hasilnya..

weight : 46.0 kg (selepas makan)
height : 159.0 cm
aku mendapat keputusan BMI = 18.2

cadangan teknologi:-
normal BMI Range : 19-25
your Ideal weight: 48.0 - 63.2kg

*pernah dapat max berat pun 50.0kg. itupun pipi dah kembang mcam apam kukus.

Thursday, July 16, 2009

sakit gusi lagi..hurghhhh

Posted by take5shopOn9 at 10:15 AM 0 comments
gusi bengkak lagi. 2 hari dah. adakah suhu badan panas atau stress. cuaca di sini mendung je. sebab gusi bengkak pipi aku juga kelihatan seperti tembam sedikit. dengan bantuan minyak yang diberi nama 'BUTBUT' produk HPA. ada sedikit kelegaan. mesti cepat bertindak supaya tidak berlaku seperti bulan-bulan yang lepas menjadikan kedua-dua gusi geraham membengkak dengan tambahan demam bersuhu 39 celcius. diri mseti kuat..

Saturday, July 11, 2009

BOSANNYA...

Posted by take5shopOn9 at 7:29 AM 1 comments

B.O.S.A.N
bila bosan main game. bosan lagi layan internet. bosan lagi kemas rumah.
sabar ye hati nie. tabahkan hati. tak lama pun nak hadapi. lepas nie mesti kuat. jangan angguk selagi tiada hitam putih.
hurmm.. nak sarapan apa ye pagi ni? hujung minggu berguling-guling di atas lantai sahaja.
lalalalalala....

Wednesday, July 8, 2009

HATI BENGKAK

Posted by take5shopOn9 at 1:14 PM 0 comments
cakap manis mulut dari gula.
tapi hampeh.
pengurusan pentadbiran tunganglangang.
tahu nak nama naik harum bak bunga mawar.
hakikatnya busuk macam telur tembelang.

aku dah penat angguk & senyum.
itu dulu..
sekarang aku dah tahu
jadi tunggu apa kesudahannya..

Sunday, June 28, 2009

mana hujungnya

Posted by take5shopOn9 at 8:43 PM 0 comments
seminggu perah keringat di INKI SERVICES. tension..bukan dengan keje. tapi dengan orang yang sama keje. macamlah x penah bekerje. malas layan pasang lagu ditelinga. nak bebel pun aku boleh cool dengar lagu. berbuih la mulut ko membebel. ikut kepala aku la. malas nak menjaga tepi kain orang. apa aku tau keje, rehat, solat, keje, solat, keje dan balik rumah. aku ada cara aku. kalau aku diam tandanya aku malas nak melayan. aku bukan lah kategori pendiam..silap la pada si polan yang kata aku pendiam..tapi aku enjoy dengar lagu di speker kecil..lalalala

ainyen..sal..lina..mizawa..suraya..lyn
belajar rajin-rajin. mesti jadi orang pandai. jangan jadi orang 'bodoh sombong'. mungkin kalian hampir tahu hujungnya. aku kemana dimana hujungnya....

Monday, June 1, 2009

SERU

Posted by take5shopOn9 at 7:38 PM 0 comments
amin ya allah..
dulu hampir kecewa setelah beberapa kali merancang untuk bertolak akhirnya ada jua rintangan.
alhamdulillah ada hikmah disebalik rintangan itu. jika dahulu yang dirancang bersama mak & ayah sahaja. akak belum bersedia. syukur tuhan Kau telah satukan hati kami sekeluarga hamba yang hina ini menjejak kaki dengan izinMu berkunjung ke tempat suci Tanah Haram.
tak tergambar betapa aku ada masanya gembira & ada masanya diam ketakutan. aku ini sangat kerdil. ya allah ampuni dosa-dosaku dosa kedua ibubapaku adik bradikku guru-guru dan umat islam sekalian..Kau permudahkan segala urusan & berikan kesihatan yang baik sepanjang disana serta sekembalinya disini. amin ya rabbalalmin..

umrah & ziarah: 3hb Jun 2009 - 13hb Jun 200
airport Changi  : 3hb Jun 2009 jam 4pagi

Friday, May 15, 2009

TERIMA QASEH CIKGU

Posted by take5shopOn9 at 4:25 PM 0 comments
16 mei semua yang bergelar pelajar dari kecik umur sampai lah ke besar umur pasti akan tahu ertinya. SELAMAT HARI GURU buat semua cikgu yang telah dan pernah mengajar aku dari tak tau apa-apa hingga tahu dan melahu. begitu juga mak ayah dan keluarga yang menjadi guru aku secara tidak berdaftar di gomen. malahan si polan-si polan yang pernah mengajar aku bila aku bertanya itu ini. kamu juga boleh di panggil cikgu.

dah lama sangat meninggalkan zaman papan hijau berdakwat kapur yang aku tidak suka pegang. boleh menjadikan jari-jari aku panas. duduk di bangku dan meja kayu. laci meja penuh dengan buku teks sebab malas nak bawa ke hulu-hilir. tinggalkan sahaja dibawah meja dengan keselamatan kunci pintu kelas

TABIKA KEMAS KAMPUNG TELOK; 1992

maaf aku lupa cikgu punya nama. sebab masa nie ingat main je. bergurau ngan kawan-kawan. bergaduh. cikgu pun tukar bersilih ganti. poning kepalo eh dengan budak-budak nie. 

SEK.KEB PASIR PANJANG; 1993-1998

Pn. Hjh Seri Teni : cikgu BI yang best dan sporting kadang ke'lazer'annya boleh membuatkan berdarah juga telinga. lama sangat tak berjumpa masih berkhidmat lagikah?

Pn. Norseha : cikgu Sains. anaknya amiruzzaki kawan sekelas aku juga. cikgu pakai kereta toyota warna kuning. sangat laju membawa kereta apabila kelewatan di sekolah. kata khidmat dari beliau. 'apa yang kamu ingat? teringat mambang dirumah?' pernah aku bertanya, mambang tue apa cikgu. kepada sesiapa yang tak siap kerja inilah kata pujangga darinya.

En.Mustaza Shapie : cikgu BM. kadang boleh bawa borak dan bergurau. bila tak siap kerja kene lah berdiri hulur tangan di telangkupkan. lalu diambil pembaris panjang warna kuning di ketuk la jari jemari pelajarnya. auwwww.... sakit woo.. membawa kereta proton saga dan sangat meminati bola sepak hingga pernah injured lutut.

Sir Kavi : cikgu BI darjah 5 & 6. mesti panggil 'sir'. sporting gile. kalau 1 ari sir tak masuk kelas boleh jadi 'weng'. anak-anaknya mak aku jaga. seorang yang gila kereta. boleh dikata tiap 2 tahun tukar kereta. aku pun tumpang sekaki ke sekolah kalau ayah outstation. aku suka kereta wira warna biji kundang yang dahulu.

Pn. Norliza : cikgu BI darjah 3. baik dengannya dulu. pernah dia menangis sebab aku tak tegur dan berborak dengannya. ada krisis menyebabkan aku memaksa diri berjauh (kes pelajar lain jeles ngan aku). at last kami berbaik semula. dimana ye cikgu sekarang. dengarnya pulang ke kampung di Muar.

En. Jailani : cikgu Maths. ada kala kepala angin juga cikgu nie. bila kene mood yang tak berapa baik. hangus la kelas yang dia ngajar. sangat bagus bila mengajar. dan sangat bagus juga bila memberi denda jika gagal subjeknya. siapa yang dibawah target akan dapat denda bagi lelaki - jalan itik sepanjang koridor. perempuan - dijenting hidung menggunakan 'getah sayur'. kawan sekelas aku pecah jerawat di hidung selepas kene das tembakan dari cikgu. aku pun hampir kene tapi sempat semak markah lepas dari pagar gagal. selamat hidung aku. cikgu nie rajin berkebun pelihara lembu dan kambing. bila weekend ke pantai Telok Kemang jaga parking. kereta mahal ada tapi simpan dirumah dan sanggup menunggang motor ke sekolah.

En. Yusri : cikgu BM. orangnya cool. tak banyak cerita. kadang-kadang boleh sangap gak duduk dalam kelas. ngantok gila. tapi aku dan kawan-kawan ada aktiviti sendiri. hilang la ngantok.

Ustazah Norlaila : tentulah ajar PAI. sangatlah sabar orangnya dengan kerenah budak yang sengal. 

En. Abd Ghani : guru besar sek. minat yang sangat mendalam dengan hobi memancing. sanggup membeli enjin bot kuasa kuda untuk memancing di sungai Linggi. berkereta toyota lama warna biru muda no plat AG .... lupa dah.

En. Apendie : cikgu Muzik. suka aku lepak di library pinjam keyboard merapu la menekan-nekan memicit-micit keyboard tanpa haluan. ada masa berkaraoke lah aku ngan click.

Pn.Shanti : cikgu berbangsa India mengajar BI. garang siot. jangan nak macam-macam ngan cikgu. keje mesti beres. kalau tak beres duduk di koridor sampai habis kelas.

Pn. Safiah : guru kelas & mengajar BM semasa darjah 1. insan yang melatih aku masuk pertandingan bercerita & debat. setiap tahun wakil sekolah. sesiapa yang bising di dalam kelas dendanya memang best. bersedia la mulut kene 'selotape'. hahah buruk muka kene 'selotape' dengan tahan muka nak nangis sebab malu. aku terselamat dari terkene. hampir-hampir terkena juga dulu la.

sayang cikgu semua. termasuklah yang tidak tersenarai.

Thursday, May 14, 2009

YANG BERMINAT SILA HUBUNGI SAYA

Posted by take5shopOn9 at 4:40 PM 0 comments
perhatian!
kepada yang berminat dengan perfume yang berjenama dibawah boleh la hubungi saya di email
chempakalapis_v6@yahoo.com
ke semua adalah original yang diterbang khas dari negara timur tengah. sebagai usaha menyambung urusniaga sahabat disana.

100ml = RM130
8ml      = RM20


PILIHAN LELAKI
BURBERRY - BURBERRY MAN
BRUT - BRUT *TOP
CALVIN KLEIN - CK BE
CALVIN KLEIN - CK ONE
CALVIN KLEIN - ETERNITY
CHANNEL - ALLURE SPORT
DAVIDOFF - SILVER SHADOW *TOP
DAVID BECKHAM - ALTITUDE *TOP
DUNHILL - DESIRE *TOP
DUNHILL - DESIRE BLUE
FERRARI - BLACK
GIORGIO ARMANI - AQUA DI GIO
GIORGIO ARMANI - BLACK CODE
GIORGIO ARMANI - MANIA
GUYLOCHE - DRAKKAR DYNAMIC
HUGO BOSS - BOSS ENERGIZE
HUGO BOSS - BOSS IN MOTION
HUGO BOSS - BOSS NO 6 *TOP
JPG - JEAN PAUL
KENZO - KENZO AIR
JOOP! - JOOP GO
LACOSTE - HOT PLAY
LACOSTE - LYCOST HOMME
RALPH LAURENT - POLO BLUE
RALPH LAURENT - POLO DOUBLE BLACK
RALPH LAURENT - POLO SPORT
TOMMY HILFIGER - TOMMY BOY *TOP
TOMMY HILFIGER - TOMMY T BOY
TOMMY HILFIGER - TOMMY JEANS
VERSACE - FRAICHE


PILIHAN PEREMPUAN
BRITNET SPEAR - FANTASY *top~
BURBERRY - BURBERRY
BURBERRY - BURBERRY BRIT
BVLGARI - BVL WHITE
CAROLINA HERRERA - 212
CALVIN KLIEN - ESCAPE *top~
CALVIN KLIEN - EUPHORIA
CALVIN KLIEN - OBSESSION NIGHT
CHANNEL - ALLURE
CACHAREL - AMOR-AMOR *top~
CHRISTIAN DIOR - ADDICT 2
CHRISTIAN DIOR - FOREVER & EVER *top~
CHRISTIAN DIOR - JADORE
CHRISTIAN DIOR - MIDNIGHT POISON ~BARU!
CLINIQUE - HAPPY
DAVIDOFF - COOL WATER GAME
DAVIDOFF - ECHO
DUNHILL - DESIRE RED
D K N Y - BE DELICIOUS
ESCADA - ISLAND KISS
ESCADA - SUNSET HEAT
ESTEE LAUDER - BEYOND PARADISE
ESTEE LAUDER - PLEASURES *top~
GIORGIO ARMANI - ARMANI REMIX *top~
GIORGIO ARMANI - CODE
GUCCI - ENVY ME
GUCCI - RUSH 2
HUGO BOSS - BOSS INTENSE
HUGO BOSS - HUGO BOSS
ISSEY MIYAKE - MIYAKE
J. LO - LIVE *top~
JPG - JEAN PAUL
KENZO - AMOUR
KENZO - FLOWER
LANCOME - HYPNOSE
LANCOME - MIRACLE *top~
LACOSTE - INSPIRATION
MOSCHINO - I LOVE LOVE
PARIS HILTON - PARIS HILTON *top~
RALPH LAURENT - RALPH
RALPH LAURENT - ROMANCE *top~
S. FARRAGAMO - INCANTO SHINE ~BARU!
THE BODY SHOP - APPLE BLOSSOM *top~
THE BODY SHOP - WHITE MUSK
TOMMY HILFIGER - TOMMY 10
TOMMY HILFIGER - TRUE STAR
TOMMY HILFIGER - TOMMY GIRL *top~
TOMMY HILFIGER - TOMMY JEANS
VERSACE - RED JEANS
VALENTINO - VALENTINO *top~

Thursday, May 7, 2009

DI BAWAH LINDUNGAN KAABAH

Posted by take5shopOn9 at 1:32 PM 1 comments
alhamdulillah gembira sangat. tak perlu masa yang berjam untuk habiskan novel ini. sungguh menusuk kalbu membacanya walaupun dengan cara pdf sahaja.

kata khalid TKVDW sangat seronok dibaca. tapi hingga sekarang pdf tak kutemui. DBLK juga benar-benar menyentuh jiwa. tiap tempat yang dicerita dapat aku bayangkan. dimana tempatnya kota Padang-Pariaman-Paya Kumbuh-Bukit Tinggi. syukur kedatangan aku kesana dulu membantu aku menghayati tiap bait cerita Buya HAMKA.
Posted by take5shopOn9 at 9:37 AM 0 comments

Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

Posted by take5shopOn9 at 9:09 AM 0 comments

                                                    hadapan rumah buya HAMKA                                                     


      BUYA HAMKA

BAPAK HANIFF

aku mencari novel ini. mula jatuh cinta selepas berjumpa bapak Haniff anak saudara buya HAMKA dirumah warisannya semasa kunjungan ke Maninjau, Kabupaten Agam dahulu. selama ini hanya aku tahu gelaran namanya sahaja. tidak tahu karya ini suatu yang sangat istimewa. bapak sangat baik dengan aku semasa kunjungan lalu. rindu dengan senyuman dan ceritanya tentang buya.

kelok Ampek Puluah Ampek perlu dilalui bagi berkunjung ke rumah warisan buya. dan bayangkan bagaimana buya berjalan kaki mencari ilmu ke bukit tinggi dari rumahnya di Melinjau. dengan menaiki bas sahaja hampir 2 jam ini kan pula dengan berjalan kaki.

buya sewaktu anak kecil seorang yang nakal tambahan ibu dan bapanya berantakan semasa usianya 10 tahun. bapanya orang ulama yang sangat menentang adat pepatih minangkabau. terlalu ikutkan pewarisan harta bagi anak perempuan sahaja.

novel TKVDW dengarnya ada kaitan kisah cinta buya sewaktu masa dahulu. aku perlu mencarinya.

Tuesday, May 5, 2009

GUSI BENGKAK

Posted by take5shopOn9 at 7:39 PM 0 comments
pulang dari PADANG diri diuji demam panas seminggu. kata doc suspek denggi. cukup enak para jururawat mengambil darah aku dibuat uji kaji. lenguh tangan terasa hingga sekarang. alhamdulillah demam denggi jauh dari diri aku. 

mungkin demam akibat perubahan cuaca agak sejuk dan dingin di BUKIT TINGGI ditambah aku dihujani di sana hari tue. atau pun ada mistik yang menghantui hingga terbawa pulang ke MALAYSIA. segalanya ALLAH yang mengetahui. namun perjalanan 5day 4nite di sana sungguh menakjubkan. indah sungguh bumi tuhan yang terbentang.

sekarang dan seminggu yang lepas susah nak menikmati hidangan kerana gusi geraham bongsu bengkak dikiri kanannya. dah macam orang tua pula waktu mengunyah makanan. jadi 2 minggu nie aku lebih suka berdiam dirumah. alangkah bagus jika orang di dalam rumah ini faham bahasa isyarat. mudah untuk berkomunikasi.

*sampai bila nak melepk sahaja*

Sunday, April 19, 2009

BUKIT TINGGI, INDONESIAkah?

Posted by take5shopOn9 at 8:20 AM 0 comments
lama sudah tidak mengeblog. bukan goblok. 
mahu terbang ke indonesia
best sangatkah disana.
layan je lah.dah ada penaja...pergi jelah
hollaaa...holiday!!!

Friday, April 10, 2009

JOM TERBANG

Posted by take5shopOn9 at 9:30 AM 0 comments
esok mula terbang..
selamat tinggal persengketaan
selamat tinggal kenangan
eh' kenangan mesti dibawa bersama

nizam terbang tinggi jauh ke kota
hilang pergi teman men'download'
berjalan minta tanda tangan berhenti seketika lagi

is terbang ke sawit semula
jeling mata tiada lawan
terima kasih segalanya

piah terbang bersama jantan
kepala hangin jauh dari aku
terima kasih peneman tidur 2 katil

lyn terbang ke mahligai singgahsana
hati gelora mulut longkang
gembira bersama mengutuk drama tv

amie terbang 2 sejoli
lawak dirasa serius
sering terpedaya manusia ini

fad terbang semula ke sini
fakta atau auta?
moga mimpinya bukan mimpi 'biasa'

khalid terbang sepi diteman mp3
lagu zaman hiburan diri
jangan terbang sebelum tamat

2 tahun juga kita bermuka. kadang-kadang geram. kadang-kadang benci. kadang-kadang menyampah. kadang-kadang kesian. kadang-kadang rindu. kadang-kadang sayang. kadang-kadang pening. kadang-kadang mengumpat. kadang-kadang terhina.

maaf. aku perempuan biasa di mata Pencipta. segalanya ampun dari kalian.

Tuesday, March 31, 2009

malam perempuan-perempuan a.k.a maskara

Posted by take5shopOn9 at 3:20 PM 0 comments
Halimatun Saadiah Mohd Hanafiah a.k.a mawk - pula mendeklamasikan puisi Tentang Mati karya Boyan dalam suasana istimewa kerana Nur Safiah Ab Rauf dan Nor Diyana Hassan, turut mengiringi bacaannya dengan bahasa isyarat: 

Saya memimpikan bertemu Tuhan
duduk pada sebuah taman
bicara apa adanya, apa saja.
Tuhan tiba-tiba beranjak dari duduknya
lalu pergi meninggalkan saya
dengan gundah dan tanda tanya
sudah siapkah saya untuk mati? 


Dalam keghairahan blogger membaca naskhah dan mendeklamasi puisi dari blog masing-masing, muncul Juliawati Muhd Yunus mengalunkan Rubaiat Hamzah Fansuri yang memberi kelainan dalam persembahan sehingga khalayak terdiam menghayati setiap patah perkataan rubaiat itu:


Hamzah Fansuri di dalam Makkah 
mencari Tuhan di Baitil Ka'bah 
dari Barus ke Kudus terlalu payah 
akhirnya dijumpa di dalam rumah. 

Aho segala kamu anak alim 
jangan bersahabat dengan yang zalim 
kerana Rasulullah sempurna hakim 
melarangkan kita sekalian khadim. 

Kunjung-kunjung di Bukit Tinggi 
kolam sebuah di bawahnya 
wajib insan mengenal diri 
sifat Allah pada tubuhnya.  

-ehsan berita mingguan ahad 9/12/2007      
-youtube: sajak dalam bahasa isyarat

Saturday, March 28, 2009

RINDU PUN BERMULA

Posted by take5shopOn9 at 4:23 PM 0 comments
ada 2 kali sabtu + ahad disini. sengaja tak mahu keluar bersama amie n hariff chan. pertamanya sebab penat kedua mahu buat kerja (tapi diganti dengan tilam + bantal) ketiga mahu bergoyang kaki di bilik yang sempit.

alahai..2 minggu sahaja disini. adakah kita akan bertemu lagi wahai si pekak. aku telah mula sayang kamu. aku sayang tangan + jari jemari ku kaku jika dibiarkan berdiam diri. aku sayang suasana + rakan-rakan di jabatan. tapi aku sayang diri aku juga. adakah bahagia jika aku disini? 

jangan terasa hati jika aku tak melayan kamu si pekak kalian. aku tak mahu rindu kamu selalu.

moga ALLAH yang membalas

Posted by take5shopOn9 at 4:15 PM 0 comments
terima kasih kak e'in sebab memberi hidangan yang sedap untuk 4day 2nite
amie + piah + azura terima kasih sangat-sangat kerana susah payah buat aku suprise.
ntah kenapa aku boleh blur semalam.
kak jah + kak imah + kak kelly + kak nap + kak oty + terima kasih ur wishes.

malu aku.......

Monday, March 23, 2009

PENAT

Posted by take5shopOn9 at 11:55 AM 0 comments
pedih sangat mata ni. entah jam berapa beradu di tilam malam tadi. lena sampai pagi. aku mengantok. kejap-kejap aku tersenyum sendiri teringat progam GABMINDA SPECIAL EDITION 2009. mesti rindu sangat dengan si pekak-si pekak. aku penat tapi keje mesti buat..

Tuesday, March 17, 2009

BERIKAN 2 & 3 PERLINDUNGAN

Posted by take5shopOn9 at 12:06 PM 1 comments
1 kasih nan abadi 
tiada tandingi Dia yang 1

2 sayang berpanjangan 
membawa ke syurga
kasihnya EMAK

MAK ku ingat dahulu
menyisir rambutku kemas selalu

3 lapar dan dahaga
rela berpayahan  setianya AYAH

ayah..menghantar ke sekolah tidak pernah jemu
bergunalah ilmu bila dewasa

* tak terbalas segalanya. ampun & maaf*

Monday, March 16, 2009

TUGASAN 1

Posted by take5shopOn9 at 8:17 AM 0 comments
sunyi je suasana keadaan poli seminggu ni. nyaman otak pagi bila berjalan. sabtu & ahad yang indah aku amie & piah lalui. berjalan dan merayau sekitar johore bahru kemudian ke batu pahat parit sulong.

tugasan pertama sungguh seronok walau penat berganda. EOS 1000D di lanyak berhabisan. majlis perkahwinan FAT -brespren amie- di sebleah pihak lelaki sungguh aku teruja. bahasa yang mereka gunakan sungguh unik untuk aku faham. setakat kiraan 1-10 mungkin aku msh faham. tapi apabila keluar perkataan lain boleh 'jam' otak aku. makanan yang dihidangkan aku bagi A. sebabnya aku enjoy makan hidangan kenduri orang Javanese.

d'best entertainment secara live aku tengok ialah barongan. sebenarnya aku takut sangat ngan binatang menyerupai merak. besar sangat. tapi buat-buat cool walaupun aku rasa nak menjerit lari lintang pukang. namun demi tugasan aku gaya ala 'pro'.

sekarang menunggu tugasan seterusnya. INSY'ALLAH

Thursday, March 12, 2009

BULAN BULAT

Posted by take5shopOn9 at 3:23 PM 1 comments

malam merenung bulan yang bulat sejauh jaraknya aku dan bulan dari bumi. kalau orang dolu-dolu kata bulan yang penuh atau bulat atau mengambang ada mempunyai kaitan mistik erti kata lain MISTERI NUSANTARA. benarkah? tiada paksaan dalam meyakinkannya.

tersenyum merenung bulan yang bulat. gilakah aku?

Monday, March 2, 2009

KEK COKLAT ARWAH

Posted by take5shopOn9 at 9:21 PM 1 comments
pagi dapat panggilan dari bonda. bonda memang kerap menelon sebab dia tahu anaknya bukan rajin menelefon kecuali menghantar kiriman SMS kepada kakanda menyuruh agar menelefonnya kembali. panggilan yang diterima bukan panggilan biasa seperti biasa dengan gelak tawa.

bonda : salam
nR : wsalam
bonda : apa khabar? tengah ada kelas ke?
nR : sihat alhamdulilah. belum stat kelas lagi.
bonda : na... mak nak g KL nie.
nR : buat apa? *dalam hati - amboi mak mesti berholiday shopping di KL*
bonda : maklong PJ dah meninggal pagi tadi
nR : terkejut tanpa kata- sakit apa? inalillah
bonda : cikYam kata maklong meninggal sebelum subuh. tengah buat solat tahajud
nR : owhh..kirim salam pada semua. salam

arwah dalam lingkungan hampir 90 tahun. seingat aku berjumpa arwah pada hari raya yang lalu dan semasa kenduri kahwin azwan. arwah walaupun bekerusi roda dia seorang nenek yang cukup baik di mata aku. sebabnya aku kurang bermanja dengan arwah uwan dulu. balik kampung pun kejap-kejap. 

arwah suka sangat buat kek coklat. pernah dulu aku melepak rumah arwah di sekseyen 14 PJ hampir sebulan. dia buatkan aku kek coklat. entah kekuatan dari mana aku boleh habiskan hampi separuh kek makan sorang diri. sebab memikirkan orang lain aku kene la tinggalkan.
kalau jumpa arwah mesti dia ajak aku ke PJ makan kek coklat.

arwah mempunyai semangat yang kuat. sepanjang aku berada di rumahnya dulu arwah rajin buat solat duha, mengaji, tahajjud. setiap kali arwah nak mandi mesti masak air panas. aku akan rindu dengar celoteh dan bebelan arwah walaupun anak-anak dan cucu-cucu akan menarik muka apabila arwah mula bersuara.

sebenarnya keluarga kami tidak mempunyai sebarang hubungan darah dengan arwah. tapi kami dah dianggap satu happy famili.

*aku pun perit juga dengan ketiadaan duit. aku nak kene bayar hutang sana sini*

Wednesday, February 25, 2009

benci

Posted by take5shopOn9 at 10:43 AM 0 comments
penat je melaram berbaju ungu. hati nie dengan penuh ketakwaan tawakal menunggu 2 manusia. siapa tak kenal mereka? cakap tak serupa bikin. malas den nak layan. 3 kawan yang lain muka pun macam tenok sawan. melahu je.

hari yang bosan tahap gaban. klas interpret pun tak banyak. kak Mell demam. klas pun di habiskan awal. budak-budak siapkan artwork. kak Nurul busy dengan pendaftaran modul. budak-budak di suruh siapkan jahitan di bengkel.

hati nie geram. cakap tak serupa bikin.

Tuesday, February 24, 2009

aduhai mak esah

Posted by take5shopOn9 at 10:16 AM 2 comments
pagi berjanji kak Umi; kak D; kak dila bersarapan 2gether. bukan jemu hidangan di kantin idaman. tapi mahu selera lain. lokasi ditentu oleh yang pakar. mak esah warong tepi jalan jadi pilihan. lontong kering dalam kepala. mungkin sedap sebab dulu pernah merasa bersama Kak Mell. rupanya disini ada pilihan nak lontong kering / basah. yang tahu tiap-tiap raya lontong ada 1 pesen je. 

lontong kering tak berkuah. hanya di hidangkan nasi himpit (bulat bentuk. seolah dimasak dalam buluh) sambal tempe goreng; rendang daging; sambal; serunding kelapa. perut memang lapar tahap gaban.

aduhai mak esah. kenapalah servis tak memberangsangkan. kau tahu tak mak esah? serunding kelapa dah berbau masam. andai perut nie meragam~ siaplah kamu mak esah. yang geramnya dah aku sound secara aman dengan perempuan pelayan serunding kelapa dah mula berbau & rasa masam. muka sengal di julurnya. dalam kotak pikiran perempuan pelayan nak ditukar ganti dengan hidangan lain. tapi hampeh. sebab hormat pada 3 ibu berkenaan. tawakal pada allah harapnya.

andai ada surat komen. mungkin setengah batu panjang aku senarai pendekkan. totally servis out wahai mak esah.

kawan dolu-dolu

Posted by take5shopOn9 at 9:34 AM 2 comments
petang semalam ngantok. berjalan balik pun mata stim nak lalok. indahnya tidur di kala petang. plan nak bersukan badminton, gagal lagi. bersukan atas katil lagi gayanya. telefon tangan berbunyi. dari skrin ada nama MINAH. teruja~ kawan sekolah zaman hingus meleleh. dia la. bukan aku. tak salah namanya siti aminah. biasala bila dapat kat aku kompom tukar sebutan. selesa dengan panggilan tue. M membawa khabar gembira untuk dikongsi dengan aku yang dalam kepisatan. 15/03/09 dia bakal ke jinjang pelamin. dah ramai geng Sek Keb Pasir Panjang yang dah kawin. seronok dengarnya. kalau dulu dia lah setan jembalang. tapi sekarang dah jadi bapak anak 2. Lan antara yang paling awal nikah. tahniah beb~ 

sebenarnya cerita M nak nikah aku dah tau lama. maklum la tok dalang yang setia ingat aku masih mahu bercerita. Tq Wati - Ja'a. mesti seronok la kalau aku berkesempatan ke majlis bahgia M. apa yang bestnya abang M bakal beristerikan dengan kawan sekelas M. dia pun kawan aku juga iaitu Pisah. apakan daya tugas di sini menyekat sedikit perjalanan JB-N9. hurmmm.. 

aku mahu jumpa kawan-kawan 
  • yang sama-sama terjun parit cari ikan sepat;puyu;kepah. 
  • melepak kedai nani
  • yang duduk kg telok; sungai sekawang; taman setia; pasir panjang; bukit tembok; sungai sekawang
  • yang mengajak aku buat onar di sekolah
  • bernama wira;amir;ramdhan;wati;minah;esah;lan talang;markona;nani;manja;
  • utamanya budak SKPP 1993-1998
aku doa kalian bahagia.

About Me

My photo
Name It, You Get It Here!

Followers

 

...NanA r0cK... Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei