Monday, October 3, 2011

Persiapan Raja Sehari

Posted by take5shopOn9 at 2:00 PM

Sabtu lepas seharian menyumbangkan ekonomi negara Tanah Tumpahku di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman atau lebih sinonim di mulut Jalan TAR. Siapa yang tak kenal Jalan TAR? Perlulah ada rombongan Cik Kiah ke sana.

Sebelum matahari terbit terik aku, bakal pengantin dan kawan pengantin bergerak ke Kuala Lumpur. Bagi mengelakkan dari berhadapan kesesakan jalan raya, kereta yang dipandu kami pakir di LRT Cempaka. Alhamdulillah jalanraya lengang begitu juga Sogo. Bulan masih terang, tapi keadaan sekitar lengang. Mungkin rakyat Malaysia dah berhabisan membeli belah sebelum raya dulu.

Fokus utama, mencari kain ela untuk diriku, mak, ayah, ibu saudara dan flowers girl kiranya tema sedondon. Dari awal lagi, bila ditanya tema tak tahu nak kata apa. Akhirnya dapat la keputusan warna untuk family pada majlis nanti. Purplelish!!!!

Gulatis, kedai pertama kami masuk. Mahal ya rabbi..Dorang ni jual kain ke jual 'brand'? Dapat la aku sepasang baju kebaya hijau untuk dipakai ke rumah pengantin lelaki nanti. Keduanya, Nagoya. Dapat 2 pasang baju Viscose. Popular sangat ke jenama ni? And the last point, Jakel gedung ke sukaan mak aku. Apa yang dapat? Memang tidak aku merancang dan tak pernah dirancang. Terkejut orang yang sponsor aku. Sepasang songket untuk aku pakai di hari persandingannya.

Memang memenatkan, agaknya tiba masa aku nanti macamana ye? Dengan tema la, gift la, hantaran la, aku nak request akad nikah sahaja boleh kan?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

0 comments:

About Me

My photo
Name It, You Get It Here!

Followers

 

...NanA r0cK... Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei