Friday, December 30, 2011

Posto..posto

Posted by take5shopOn9 at 12:40 PM

Salam Penghulu Hari Kepada Semua! 
2011 berkira-kira hendak berlalu pergi. 2012..adakah usia ini dapat melewati hari-harimu? Kita hanya merancang, tapi perancangan dari Yang Maha Mengetahui tidak dapat menjangkau batas akal kitakan. Touching mouching pulak. Apa-apa pun hari-hari berikutnya perlu diperbaiki agar kita menjadi insan yang berkebolehan bukan mengejar  kejayaan, kelak kejayaan  yang datang mengejar kita.

Hujung minggu yang penuh sesak dan padat dengan urusan sendirian berhad. Jadi urusan diri dan kegiatan sosial perlu dikurangkan demi memenuhi ruangdan kehendak orang tua menemani mereka ke tempat yang telah di rancangkan, bagi memastikan tiada yang ketinggalan dan keciciran. payah pulak nanti ada yang terusik jiwanya jika dicicirkan.

Kad undangan dah siap bercetak, jadi bermulah de'tour posto-posto. Ikut rancangan, we all menuju kearah Linggi - Pasir Panjang seharian berjalan. Cuaca pula hujan lebat. Cabaran sungguh. Semua yang dijemput ni adalah kenalan ayah semasa bekhidmat 8 tahun dahulu. Asal jumpa kawan-kawan ayah, ada yang mengeluh dan mengadu, pujian hangat pun ada juga. Katanya pengganti tempat ayah sekarang  tak memberikan kerjasama yang baik. Alahai kasihan lah lembu itik ayam kambing yang dalam kesakitan tu. Tiada lagi perawat kesakitanmu haiwan-haiwan sekalian. hihihihi




Bangganya hasil rekaanku diterima si pengantin


Masjid usang, hampir roboh.


Berhenti solat Zohor di Masjid Jamek Pasir Panjang. Tiap kali ke sini hati aku memang sentiasa terpaut dengan kenangan lama yang mengusik jiwa. Tempat dibesarkan, bermain dan kawan-kawan yang otai. Di masjid ni lah aku belajar mengaji mulanya dengan Muqaddam, mengaji dengan menyanyikan lagu. Kiranya aku ni anak murid kesayangan Ust. Jalaluddin. Habis mengaji, lepak sampai petang di kedai runcit bapak kawan baik. Aiskrim patah tak pernah tinggal.

Bersama geng mengaji panjat meriam besi ini.

Walaupun penat de'tour posto..posto. Tiap kenangan yang melintasi di akal buat aku tersenyum dan hilanglah penat.

















0 comments:

About Me

My photo
Name It, You Get It Here!

Followers

 

...NanA r0cK... Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei