Thursday, March 3, 2011

Tunggu Menunggu & Penunggu

Posted by take5shopOn9 at 11:55 PM


ewah-ewah goyang kaki hangguk kepala asyik melayan lagu ni kan? yang paling heboh dan menyampah bila soalan-soalan berunsun nasi + minyak. adoi cik kiah dan pak majid senang-senang sangat nak kenen-kenenkan dengan sesape lah entahnya. kalau ye pun terhingin nak makan nasi minyak, jom gua belanja di restoran ALWAZEER siap free wi-fi boleh berpesbuk dan tweet sambil bibir terjuih beb.

duit aku ni barulah sekangkang kera, celah mana la nak ambil buat kenduri-kendara-kendari. buat ala-ala kadar ada pulak penghujah di belakang scene kritik sana-sini. dah dibuat majlis komen lagi tentang majlis, ibarat rumah dah tegak pahat bergerak-gerak lagi. manusiakan manalah pernah cukup, ada sahaja pendapat pemberi idea.

terima kasih kepada pihak yang bertanggungjawab melepaskan soalan-soalan kepada aku hingga tidak terkata jawapannya. soalan tiga patah perkataan campur dengan tanda soalan dan intonasi yang pelbagai di luahkan pun, susah bagai tercabut urat angin kus-kus rasanya. jawapan paling ikhlas dan simple aku jawab, senyum sahaja.

rakyat jelata kurangkan la soalan sebegini, bila lagi? bila nak kawen? bila nak makan nasi minyak? bila? tunggu bila? menunggu siapa?. tak mencabar minda langsung. cuba la tone begini, nak kenalkan dengan lelaki yang berkereta CALDINA, MURANO. ye aku demand. noktah.


2 comments:

ct-sue on March 4, 2011 at 7:57 AM said...

Salam. nak jugak menjadi sebahagian rakyat jelata. bila agaknya???? soalan klise yang tak memerlukan jawapan...hehehehe

take5shopOn9 on March 5, 2011 at 11:03 AM said...

^___^

About Me

My photo
Name It, You Get It Here!

Followers

 

...NanA r0cK... Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei