Wednesday, August 10, 2011

Ramadhan Ini

Posted by take5shopOn9 at 2:16 PM

Tidak lewat untuk ana ucapkan kepada semua, selamat menjalani ibadah puasa yang penuh barakah ini. Telah 10 hari kita melaksanakan tuntutan rukun Islam yang ketiga ini. Namun tuntuan-tuntuan Islam yang 4 lagi perlulah dilaksanakan seiring dengan rukun Iman kita.

Tatkala ini, hujan mencurah-curah kebumi. Alhamdulillah ada hikmah atas apa yang dikurniaakan. Rasa seperti baru sahaja melaksanakan ibadah puasa seperti hari ini baru bermula. Namun telah pun 1/3 kita lewati. Hati ini belum puas dan cukup untuk mengumpul modal untuk dilaburkan nanti. Fitrah kejadian manusia, awal Ramadhan tidak dapat merasainya itulah sebab ana katakan seperti baru merasai.

Berkesempatan mengimarahkan jemaah bersama menunaikan Solat Sunat Terawih di surau berhampiran rumah. Ada kelainan yang diperbaharui pada tahun ini. Setiap malam ada ceramah mahupun tazkirah di selangi solat sunat terawih.

Apa yang mendukakan cita, anak-anak kecil yang hadir tanpa pantauan ibu bapa atau orang dewasa seronok membuat bising. Boleh cacau jadinya masa solat. Lagi best mereka ni main mercun pompang-pompang. Hendak bawa anak-anak memang baik,mula kenalkan mereka rumah ibadat tetapi perlu beritahu mereka adab-adab semasa dirumah ibadat dan semasa solat.

::Masjid Selat Melaka::
-di ambil selepas Solat Zuhur-

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comments:

Firdaus on August 10, 2011 at 5:19 PM said...

sweet....
Selamat Menjalani Ibadah Puasa pd Bulan Ramadhan 1432H yg Mulia & Penuh Barokah ini,,,,,,

About Me

My photo
Name It, You Get It Here!

Followers

 

...NanA r0cK... Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei