Monday, August 15, 2011

Tinggal Memori

Posted by take5shopOn9 at 1:30 PM

:: inilah kad raya yang aku beli::

Cuti hujung minggu aku dan kakak tersayang 'mengukur' (window shopping) di Jusco yang 20 minit (siap parking) dari rumah. Mulanya aku mengajak akak ke Terminal 1, sebab aku ada tujuan lain. Tapi bila ditanya aku tiada alasan kukuh nak bagi. Jadi muktamad pilihannya Jusco. Suanasa masih boleh kawal lagi, mungkin orang poket nipis sekarang ni. Apa yang menyedihkan, restoran-restoran lengang. Nampak sangat orang Melayu kuat makan.

Kebetulan dah sampai, kami pun mencari kad raya. Tahun ini ada semangat nak beli dan kirimkan kepada sahabat. Bila imbas zaman dulu-dulu, asal bulan puasa memang excited nak beli kad raya dan tunggu postman datang rumah. Entah kenapa tradisi ni makin lenyap. Tiada lagi kemeriahannya Syawal.

Jadi kami berkobar-kobar nak kembalikan nostalgia lama. Sebenarnya aku nak sangat orang kirimkan kad raya untuk diri ni. Oleh demikian, biarlah aku mulakan dahulu walaupun teknologi lagi canggih dari kad raya. Tetapi simbolik dan kenangan tak mampu tandingi kad raya.

::begitu asyik kakak aku ni memilih kad raya untuk tunangnya::

Sedihnya, plihan kad raya sangat limited. Design pun macam recycle 5 tahun lepas yang tak habis jual. Pening juga kepala nak pilih cantik-cantik. Lagi pening aku nak layan akak aku sorang ni. Dia berbunga-bunga nak kirim kad raya pada yang tersayangnya. Kalau tak jangan harap dia nak beli. Aku senang je pilih yang bundle, 1 paket ada 5 keping. Standard je kad. Semua penerima mendapat sama rasa

.
::sungguh tak sesuai la kad raya ni, langsung tiada unsur syawal::


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

0 comments:

About Me

My photo
Name It, You Get It Here!

Followers

PERSEMBAHAN BAHASA ISYARAT (MySL)

Loading...
 

...NanA r0cK... Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei