Wednesday, March 2, 2011

aku rakyat sejati

Posted by take5shopOn9 at 7:46 PM


selamat petang duniaku. hidup perlu diteruskan mara dan maju ke hadapan. bukannya melayan perasaan yang moron tanpa tahu kemanisan kepahitan kemasinan dan segala rasa boleh dirasai deria aku ini. semangat dan terus gigih untuk mendapat pingat bintang emas tersemat di dada (owh begitu teruja dan perasan yang over).

letih dengan pejabat yang suram beku dan sesekali radio biru berbunyi itu ini. arghh..bosan hanya goyang-goyang kerusi separa empuk pelapis punggung asalkan tidak kematu. kami rindu kak Yun rox.

petang menjelang mungkin aura gigih peperangan medan kerjaya luntur hinggakan si kakak tidak tahu apa itu sebutan di gambar atas. baiklah kita kembali belajar di prasekolah. itu harimau, bukan singa. bagaimana seorang yang telah separuh abad dan hanya menghitung hari kebahgiaan tidak tahu sebutan gambar diatas. sangat memalukan aku sebagai rakyat yang berjiwa rakyat sejati.

terlalu ghairah mendapatkan idea mereka sekeping sijil, "letak gambar singa, yang ini tidak perlu". otak aku berpusing untuk mentafsir. singa? Lion KING? lagak sempoi aku menyampuk..jata negara.. yang lain menyampuk bersama "ermm mana ada singa, harimau adalah.

lantak kamu la si polan-si polan. aku dengan aku yang gembira memantau aksi ronggeng mak temah dari belakang sudut.

0 comments:

About Me

My photo
Name It, You Get It Here!

Followers

PERSEMBAHAN BAHASA ISYARAT (MySL)

Loading...
 

...NanA r0cK... Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei