Sunday, January 16, 2011

Tin Kemek Upahnya Ice Cream

Posted by take5shopOn9 at 10:31 PM

Fuhh..rakyat sekarang makin selesa dengan kenderaan awam antaranya Komuter. Masalah rakyat yang aku tak suka apabila menaiki train ketika berebut hendak masuk ke dalam gerabak. Tak tahu nak gambarkan spesis apa mereka semua ini. Baik sekecil-kecil umur hingga la sebesar-besar usia. Pintu gerabak belum buka, lubang hidung dah menghadap betul-betul depan pintu. Silap caturan biar rabak hidung mereka.

Dimanakah nilai-nilai murni dalam hidup rakyat sekarang? Cubalah bersikap tolak-ansur, beri laluan kepada penumpang didalam keluar dengan senang hati dan gumbira. Ada segelintir yang tak faham suasana tempat awam dan padang ragbi, dengan sedaya upaya tolak menolak tak tentu hala. Jika dahulu aku boleh pandang sahaja, sekarang jangan harap. Kuasa dari mana pun tak tahu, semacam ada kuasa luar membuatkan aku berani bersuara. Sila bagi laluan kepada yang hendak keluar (skemanya bahasa; hakikatnya kurang sikit daripada ini).


Sedang berjalan keluar terlihat seorang nyonya menguis-nguis tin yang kemek menggunakan kayu di sebalik tembok. Nampak gayanya sukar si tua hendak mendapatkannya. Owh kasihan dia. Mau ini ka? Aku hulurkan kepada dia. Nampaknya tin kemek inilah yang akan mengubah nasibnya hari itu. Telima kasih!. Senyum dan duduk menunggu & melilhat rakyat jelata.

Si tua gembira dan tersenyum, berjalan sambil kedua belah tangannya memegang 2 kun ice cream. Senyumnya berbalas. Mau ka? Tunjuknya padaku. Takpa-takpa..Geleng-geleng tak mahu. Takpa kasi lu makan. Angkat!Angkat!. Terus angkat dan nikmati.
Kenapa tak beli sundey coklat..ermmm shedap!


0 comments:

About Me

My photo
Name It, You Get It Here!

Followers

PERSEMBAHAN BAHASA ISYARAT (MySL)

Loading...
 

...NanA r0cK... Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei