Tuesday, April 19, 2011

Monday Blues

Posted by take5shopOn9 at 9:39 PM
Gatalnya tekak ni. Bila batuk macam-macam rasa ada, rasa masam, manis, masin, 3 rasa pun ada (bohong semata-mata). Payah nak tafsir batuk gatal tekak ni. Kering semacam je. Sampai terjelir-jelir lidah lah dibuatnya. Perlukah ke pejebat esok menggunakan penutup mulut. Halamak dah macam ada jangkitan Tibi pula. Tak mengapa dan jangan risau, setiap kali saya batuk, akan cepat-cepat tutup mulut guna tudung periuk. Besarkan...Kurang la kuman nak merebak berterbangan bebas.

Isnin. SmileyBagaimana wujudnya istilah 'MONDAY BLUES'. Asalkan je hari isnin ada sahaja yang menghadapi simptom ini. Apakah korang ni ada alahan hari ke. Tapi kalau hari Jumaat semuanya senyum 360 darjah. Memang bagus Jumaat, sempena dengan pengetahuan aku adalah Penghulu segala hari. Tapi bukan semua yang ada matlamat ini, semuanya suka sebab-sebab.. masa berkerja yang pendek. Waktu rehat yang panjang. Silap-silap nak layan 1 movie pun lepas.

Kalau di Mall, penuh la kumpulan-kumpulan perempuan bersiar-siar yang tak rasa bersalahkan. Kadang-kadang dorang ni ada yang tak sedar diri keluar awal dari masa, masuk ke pejabat lewat dari masa yang diputuskan oleh Perkeliling.

Isnin. Muka semua ketat 34. SmileyMata sembab tak puas tidur. Pagi yang indah dengan permulaan tugas menjadi lah tegang dan kusam. Cubalah korang semua hidup tanpa memilih hari. Aku suka hari Guru. Dapat dengar lagu Guru Malaysia.

0 comments:

About Me

My photo
Name It, You Get It Here!

Followers

PERSEMBAHAN BAHASA ISYARAT (MySL)

Loading...
 

...NanA r0cK... Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei