Saturday, August 13, 2011

Arill In The House

Posted by take5shopOn9 at 6:34 PM

Fuyyyooo Arill sampai juga u kat sini ye. Aku dengar je desas desus kedatangan Arill nak juga tengok 'in live' kan biasa di kotak kaca rumah aku je. Arill yang datang, bukannya lelaki 'panas' tu. Kalau lah dia habis anak-anak dara sini di'usha'.

Kedatangan dia petang semalam atas rakaman sebuah program tv. Aku pun tak pasti program jenis apa. Takkan lah trek selebriti. Siapalah yang selebriti tu. Ahaks.. Rakaman bersama-sama pelajar yang berjaya mengharumkan nama sekolah atas kejayaan mewakili Malaysia ke peringat internasional dalam program R&D di US bulan Mei lepas.

Aku ni kepoh-kepoh la di office kedatangan Arill. Tapi faham-faham je lah, akak-akak yang dah veteran ni ada yang kurang kenal dengan Arill. Payah pulak aku nak terang dan gambarkan siapa si Arill ni. Kalau acik-acik nak kenal rapat jom la kita serbu Arill.

Lepas kerja, aku pergi la jenguk-jenguk 'Lab Bio' intai-intai shooting dorang. Lepas ni dorang akan ke meeting room, aku dengan akak-akak lain dah plan nak bergambar kenangan dengan Arill. Aku pulak nak tengok hensem ke Arill ni? Sekali keluar, sempat la jeling. Mak aiiii lentik bulu mata, mancung hidung, putih halus kulit, tinggi kurus.


::Kak Lynda sanggup lengah ke pasar beli bawang, Arill punya pasal::

Habis bergambar, balik la rumah hari dah gelap nak hujan.
::Agaknya tak tidur malam budak ni sebab blazernya dipakai Arill::



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

0 comments:

About Me

My photo
Name It, You Get It Here!

Followers

PERSEMBAHAN BAHASA ISYARAT (MySL)

Loading...
 

...NanA r0cK... Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei