Tuesday, February 24, 2009

kawan dolu-dolu

Posted by take5shopOn9 at 9:34 AM
petang semalam ngantok. berjalan balik pun mata stim nak lalok. indahnya tidur di kala petang. plan nak bersukan badminton, gagal lagi. bersukan atas katil lagi gayanya. telefon tangan berbunyi. dari skrin ada nama MINAH. teruja~ kawan sekolah zaman hingus meleleh. dia la. bukan aku. tak salah namanya siti aminah. biasala bila dapat kat aku kompom tukar sebutan. selesa dengan panggilan tue. M membawa khabar gembira untuk dikongsi dengan aku yang dalam kepisatan. 15/03/09 dia bakal ke jinjang pelamin. dah ramai geng Sek Keb Pasir Panjang yang dah kawin. seronok dengarnya. kalau dulu dia lah setan jembalang. tapi sekarang dah jadi bapak anak 2. Lan antara yang paling awal nikah. tahniah beb~ 

sebenarnya cerita M nak nikah aku dah tau lama. maklum la tok dalang yang setia ingat aku masih mahu bercerita. Tq Wati - Ja'a. mesti seronok la kalau aku berkesempatan ke majlis bahgia M. apa yang bestnya abang M bakal beristerikan dengan kawan sekelas M. dia pun kawan aku juga iaitu Pisah. apakan daya tugas di sini menyekat sedikit perjalanan JB-N9. hurmmm.. 

aku mahu jumpa kawan-kawan 
  • yang sama-sama terjun parit cari ikan sepat;puyu;kepah. 
  • melepak kedai nani
  • yang duduk kg telok; sungai sekawang; taman setia; pasir panjang; bukit tembok; sungai sekawang
  • yang mengajak aku buat onar di sekolah
  • bernama wira;amir;ramdhan;wati;minah;esah;lan talang;markona;nani;manja;
  • utamanya budak SKPP 1993-1998
aku doa kalian bahagia.

2 comments:

adachadisini on February 24, 2009 at 10:18 AM said...

ko bila na? ^^

take5shopOn9 on February 24, 2009 at 2:57 PM said...

aku? tunggu pinangan la. cepat spe2 yg berkenaan aku buka tender skg..

About Me

My photo
Name It, You Get It Here!

Followers

 

...NanA r0cK... Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei