Friday, August 14, 2009

pergilah dengan aman

Posted by take5shopOn9 at 9:35 AM
al-fatihah buat arwah ust.asri ibrahim. jam 12.15 tengahari semalam aku dapat berita ini melalui kawan di FB. untuk kepastian lebih benar, terus membaca di MalaysiaKini. itulah perjanjian Allah yang telah ditetapkan pada hambanya. tanpa sebarang tanda & pesan terus meninggalkan alam ini. maha suci Allah yang mengetahui segalanya. moga amalan ust dari nasyid sebagai landasan dakwah serta alunan zkirulallah dan sebagainya sebagai bantuan di alam sana. wallahualam.

kenangan terserempak dengan arwah di KFC tanah suci (7 Jun 2009) masih lagi terpahat walaupun tiada foto untuk diabadikan bersama kerana dek kerana terkejut & tidak menyangka dibumi barakah itu dapat berjumpa walaupun seketika. dengan bertukar senyuman dan sedikit perkhabaran. nampak jelas arwah pemalu mungkin kami bertiga (mak, akak & aku). mak yang banyak berbual dengan isteri arwah kerana tidak mengetahui wanita itu isteri kepada kumpulan nasyid yang diminatinya selalu. sehinggalah arwah mendekati kepada isterinya barulah mak perasan dia adalah ust.asri...

itulah yang telah ditetapkan oleh allah kepada hambanya.

0 comments:

About Me

My photo
Name It, You Get It Here!

Followers

 

...NanA r0cK... Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei