Wednesday, December 23, 2009

10muharram - hari ASYURA -

Posted by take5shopOn9 at 11:13 AM
pada tahun ini hari asyura jatuh pada 27 dec 2009; pada hari ahad. jadi tinggal beberapa hari lagi kita sebagai umat Islam boleh mengecapinya. biasa yang kita ketahui berpuasa sunat pada hari berikut. namun ada beberapa perkara sunat yang boleh kita amalkan bersama :-

1. Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri - isteri; fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin; fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah; fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.

4. Menunjukkan orang sesat; fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim; fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok disyurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah; fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri; fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya
keimanan.

8. Mandi Sunat; fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu lafaz niat : 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala'

9. Bercelak; fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali; fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti..

11. Sembahyang sunat empat rakaat; fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.lafaz niat : 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala' Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca 'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru'; fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .

13. Menjamu orang berbuka puasa; fadhilat-Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa..

14. Puasa Niat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala'; fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

0 comments:

About Me

My photo
Name It, You Get It Here!

Followers

 

...NanA r0cK... Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei