Friday, May 15, 2009

TERIMA QASEH CIKGU

Posted by take5shopOn9 at 4:25 PM
16 mei semua yang bergelar pelajar dari kecik umur sampai lah ke besar umur pasti akan tahu ertinya. SELAMAT HARI GURU buat semua cikgu yang telah dan pernah mengajar aku dari tak tau apa-apa hingga tahu dan melahu. begitu juga mak ayah dan keluarga yang menjadi guru aku secara tidak berdaftar di gomen. malahan si polan-si polan yang pernah mengajar aku bila aku bertanya itu ini. kamu juga boleh di panggil cikgu.

dah lama sangat meninggalkan zaman papan hijau berdakwat kapur yang aku tidak suka pegang. boleh menjadikan jari-jari aku panas. duduk di bangku dan meja kayu. laci meja penuh dengan buku teks sebab malas nak bawa ke hulu-hilir. tinggalkan sahaja dibawah meja dengan keselamatan kunci pintu kelas

TABIKA KEMAS KAMPUNG TELOK; 1992

maaf aku lupa cikgu punya nama. sebab masa nie ingat main je. bergurau ngan kawan-kawan. bergaduh. cikgu pun tukar bersilih ganti. poning kepalo eh dengan budak-budak nie. 

SEK.KEB PASIR PANJANG; 1993-1998

Pn. Hjh Seri Teni : cikgu BI yang best dan sporting kadang ke'lazer'annya boleh membuatkan berdarah juga telinga. lama sangat tak berjumpa masih berkhidmat lagikah?

Pn. Norseha : cikgu Sains. anaknya amiruzzaki kawan sekelas aku juga. cikgu pakai kereta toyota warna kuning. sangat laju membawa kereta apabila kelewatan di sekolah. kata khidmat dari beliau. 'apa yang kamu ingat? teringat mambang dirumah?' pernah aku bertanya, mambang tue apa cikgu. kepada sesiapa yang tak siap kerja inilah kata pujangga darinya.

En.Mustaza Shapie : cikgu BM. kadang boleh bawa borak dan bergurau. bila tak siap kerja kene lah berdiri hulur tangan di telangkupkan. lalu diambil pembaris panjang warna kuning di ketuk la jari jemari pelajarnya. auwwww.... sakit woo.. membawa kereta proton saga dan sangat meminati bola sepak hingga pernah injured lutut.

Sir Kavi : cikgu BI darjah 5 & 6. mesti panggil 'sir'. sporting gile. kalau 1 ari sir tak masuk kelas boleh jadi 'weng'. anak-anaknya mak aku jaga. seorang yang gila kereta. boleh dikata tiap 2 tahun tukar kereta. aku pun tumpang sekaki ke sekolah kalau ayah outstation. aku suka kereta wira warna biji kundang yang dahulu.

Pn. Norliza : cikgu BI darjah 3. baik dengannya dulu. pernah dia menangis sebab aku tak tegur dan berborak dengannya. ada krisis menyebabkan aku memaksa diri berjauh (kes pelajar lain jeles ngan aku). at last kami berbaik semula. dimana ye cikgu sekarang. dengarnya pulang ke kampung di Muar.

En. Jailani : cikgu Maths. ada kala kepala angin juga cikgu nie. bila kene mood yang tak berapa baik. hangus la kelas yang dia ngajar. sangat bagus bila mengajar. dan sangat bagus juga bila memberi denda jika gagal subjeknya. siapa yang dibawah target akan dapat denda bagi lelaki - jalan itik sepanjang koridor. perempuan - dijenting hidung menggunakan 'getah sayur'. kawan sekelas aku pecah jerawat di hidung selepas kene das tembakan dari cikgu. aku pun hampir kene tapi sempat semak markah lepas dari pagar gagal. selamat hidung aku. cikgu nie rajin berkebun pelihara lembu dan kambing. bila weekend ke pantai Telok Kemang jaga parking. kereta mahal ada tapi simpan dirumah dan sanggup menunggang motor ke sekolah.

En. Yusri : cikgu BM. orangnya cool. tak banyak cerita. kadang-kadang boleh sangap gak duduk dalam kelas. ngantok gila. tapi aku dan kawan-kawan ada aktiviti sendiri. hilang la ngantok.

Ustazah Norlaila : tentulah ajar PAI. sangatlah sabar orangnya dengan kerenah budak yang sengal. 

En. Abd Ghani : guru besar sek. minat yang sangat mendalam dengan hobi memancing. sanggup membeli enjin bot kuasa kuda untuk memancing di sungai Linggi. berkereta toyota lama warna biru muda no plat AG .... lupa dah.

En. Apendie : cikgu Muzik. suka aku lepak di library pinjam keyboard merapu la menekan-nekan memicit-micit keyboard tanpa haluan. ada masa berkaraoke lah aku ngan click.

Pn.Shanti : cikgu berbangsa India mengajar BI. garang siot. jangan nak macam-macam ngan cikgu. keje mesti beres. kalau tak beres duduk di koridor sampai habis kelas.

Pn. Safiah : guru kelas & mengajar BM semasa darjah 1. insan yang melatih aku masuk pertandingan bercerita & debat. setiap tahun wakil sekolah. sesiapa yang bising di dalam kelas dendanya memang best. bersedia la mulut kene 'selotape'. hahah buruk muka kene 'selotape' dengan tahan muka nak nangis sebab malu. aku terselamat dari terkene. hampir-hampir terkena juga dulu la.

sayang cikgu semua. termasuklah yang tidak tersenarai.

0 comments:

About Me

My photo
Name It, You Get It Here!

Followers

 

...NanA r0cK... Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei