Monday, March 2, 2009

KEK COKLAT ARWAH

Posted by take5shopOn9 at 9:21 PM
pagi dapat panggilan dari bonda. bonda memang kerap menelon sebab dia tahu anaknya bukan rajin menelefon kecuali menghantar kiriman SMS kepada kakanda menyuruh agar menelefonnya kembali. panggilan yang diterima bukan panggilan biasa seperti biasa dengan gelak tawa.

bonda : salam
nR : wsalam
bonda : apa khabar? tengah ada kelas ke?
nR : sihat alhamdulilah. belum stat kelas lagi.
bonda : na... mak nak g KL nie.
nR : buat apa? *dalam hati - amboi mak mesti berholiday shopping di KL*
bonda : maklong PJ dah meninggal pagi tadi
nR : terkejut tanpa kata- sakit apa? inalillah
bonda : cikYam kata maklong meninggal sebelum subuh. tengah buat solat tahajud
nR : owhh..kirim salam pada semua. salam

arwah dalam lingkungan hampir 90 tahun. seingat aku berjumpa arwah pada hari raya yang lalu dan semasa kenduri kahwin azwan. arwah walaupun bekerusi roda dia seorang nenek yang cukup baik di mata aku. sebabnya aku kurang bermanja dengan arwah uwan dulu. balik kampung pun kejap-kejap. 

arwah suka sangat buat kek coklat. pernah dulu aku melepak rumah arwah di sekseyen 14 PJ hampir sebulan. dia buatkan aku kek coklat. entah kekuatan dari mana aku boleh habiskan hampi separuh kek makan sorang diri. sebab memikirkan orang lain aku kene la tinggalkan.
kalau jumpa arwah mesti dia ajak aku ke PJ makan kek coklat.

arwah mempunyai semangat yang kuat. sepanjang aku berada di rumahnya dulu arwah rajin buat solat duha, mengaji, tahajjud. setiap kali arwah nak mandi mesti masak air panas. aku akan rindu dengar celoteh dan bebelan arwah walaupun anak-anak dan cucu-cucu akan menarik muka apabila arwah mula bersuara.

sebenarnya keluarga kami tidak mempunyai sebarang hubungan darah dengan arwah. tapi kami dah dianggap satu happy famili.

*aku pun perit juga dengan ketiadaan duit. aku nak kene bayar hutang sana sini*

1 comments:

whyiamsosleepy on March 6, 2009 at 12:26 PM said...

alfatihah bwat arwah

About Me

My photo
Name It, You Get It Here!

Followers

 

...NanA r0cK... Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei