Monday, December 1, 2008

TAWA DALAM MURUNG

Posted by take5shopOn9 at 8:53 AM
jumping smileysmalam tadi aku mimpi naim. sedih juga mimpi tue. naim meninggal sebab kemalangan moto. bukan dia yang salah. tapi ada orang melanggar dia di bus stop.
arghh!! mungkin mimpi ini igauan yang kemalangan yang aku tonton sendiri malam semalam. viva VS traler. siapa yang salah biarlah pakcik kopiah putih (driver VIVA) dan macha kepala botak (pemandu traler) yang selesaikan sendiri. aku doa naim selamat dan gembira di 'IPOH mali'mad smileys


pagi nie aku bangun tanpa melihat lombong yang hijau kadang keruh air teh susu selepas hujan,
kerusi-kerusi set kayu keras boleh kematu buntot duduk kat atas kerusi-kerusi tue, katil goyang yang berbunyi bila di henyak, ainyen menonton kartun celik je mata yang masih di temani tahi mata setepek,
jue belingkar selimut dalam bilik,
rumah 2-8 yang sentiasa ceria ala tongkang pecah, tapi bebas dari ulat-ulat sampah & tikus-tikus jalanan, semuanya tiada di sini kerana aku di temani orang-orang yang menyayangi sepenuh hati.
rutin harian menekan butang G, 2, 3A tidak dapat aku lakukan di sini. pak guard & makcik cleaner yang mesra hilang dari pandangan. kolam biru yang tak pernah dicuci hanya klorin yang di tabur setiap pagi akan sunyi dari deburan dan percikan air dari Gon, Khalid, Fad, Feat.
malah baju aku makin wangi takde la bau yang sukar di mengertikan hanya boleh didapati di Deaf cafe je. untie yang cekik darah pasti merudum bisnes pada tahun hadapan. hahaha padan muka
sick smileys


macha-macha pembuat roti canai termenung menanti kunjungan budak-budak sekolah tangan bergerak datang berduyun-duyun open table setiap malam kadangkala nampak-nampak je kelibat tikus mondokcool smileys sebesar tangan Gon berlari riang mencari santapan.
semuanya aku ketepikan bila dah enjoy bersama mereka. 'macha!!! teh tarik 1, roti tampal goyang tau? air asam boi suam bungkus.. nasi goreng biasa telo mata cili potong..' semuanya aku belajar di sini. aku lari tak la kuat & pantas.
sebab aku suka menonton sukan dari bersukan. nizam kata aku lari kejung. ntah apalah bahasa Nizam yang dari ceruk mana. mungkin bahasa pasar dia kot. pasti Pak Raja merindui Kenen yang banyak auta bila bagi pitis futsal. sepilah Taman Tenagasick smileys


hari nie langsung aku tak nampak tangan-tangan bergerak. semuanya bercakap guna mulut. matilah aku klu lost memori menggunakan tangan-tangan ini. takpe akan aku usaha hingga jaya.


smileyskawan..aku rindu & sayang kamu bangat..

1 comments:

noriz_life_zone on December 2, 2008 at 7:18 PM said...

hheheheh rupenyer ko nie ada bakat gak menulis ek..patut la teror menggoreng ujian..mungkin aku dah ko tak peduli kan lagi sebab takde bagi paedah pung (dulu lain la...)heheheh
anyway aku tetap doakan yg terbaik untuk semua bebudak tangan begerak disekolah alien nun..

About Me

My photo
Name It, You Get It Here!

Followers

 

...NanA r0cK... Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei