Sunday, December 14, 2008

APA YANG PENTING? ~kerjasama!!

Posted by take5shopOn9 at 8:23 PM
OH KELANTAN 2008
EDISI I

3/12/08 RABU;


sempena saranan kerajaan Malaysia 'cuti-cuti Malaysia' aku telah menyahut & melaksanakannya. aku telah menjejak kaki ke negeri CIK SITI WAN KEMBANG. sebenarnya aku tak tahu pun tahun 2008 'Tahun Melawat Kelantan'. dah sampai sana tengok papan iklan barulah aku tahu. AMAREKA!!`confused smileys* adaptasi dari filem budak kelantan yang aku tonton bersama ainyen juemoyu & aizat*. tujuan nak berholiday ke negeri nie tak lah terjangkau dek akal fikiran nie. semuanya secara tak di sengajakan mengikuti pakej percutian anjuran Jamal dengan tiket Keretapi Tanah Melayu Berhad dengan harga RM28 sehala. aku serahkan segalanya pada Jamal. asalkan jangan dibawanya aku ke sempadan sudah. tak mahulah aku dinikahkan di sana.

jam 9 malam bertolak menaiki bas starise ke stesen bas Bahau dan berjumpa dengan Jamal di sana kerana mengikut tiket train yang dibelikan tempat yang dipilih ialah SUPERIOR CLASS koc 4 no.3c. nie pengalaman kedua aku menaiki train yang sebelum nie mak aku citer dah pernah aku naik train tapi masa kocik-kocikanimal smileys dolu. manolah den ingat. yang den tahu menangih yo. lebih kurang 1025pm aku sampai ke stesen bas Bahau. tapi bayang Jamal tak juga kelihatan. aku buat panggilan ke telepon tangannya.forum smileys katanya dia sedang menikmati santapan malam di restoran berdekatan. hatiku sabar menunggunya. namun, pakcik-pakcik prebet sapu mengomel sendirian kenapa aku harus menunggu train ke pantai timur di stesen bas. hanya senyuman aku jawabkan. dalam hati malas nak jawab & takut pun ada. lebih kurang 15 min kemudian muncul la Jamal dalam keadaan kenyang menjemput aku di stesen bas. kesianlah sangat aku lihat keadaan stesen keretapi Bahau. ala-ala zaman perang Jepun dulu. langsung tiada pembahruan & naik taraf. kesian N9. wahai pemimpin perbaiki & naikkan la n9 seiring kota metopolitan *wah permintaan tak hingat..*

terpikir juga dalam pikiran aku camna lah rupa train Malaysia, adakah sama macam di Bombay, New Delhi atau filem-filem hindustan yang sering aku tonton di Panggung Sabtu. aku bengang sangat la dengan si polan-si polan
innocent smileys yang melepak di antara koc tak reti lah nak bagi laluan kepada aku nie yang wanita jelita lagi lemah membawa beg berbondong-bondong. ikut hati nak je aku hempuk dengan beg. biar padan muka. seperti yang dijanjikan kitorang akan berjumpa dengan Fad di tempat duduk. dapat juga Fad tempat sama dengan kami.

uhu..tempat aku telah isi oleh pasangan mata sepet ntah dari negeri mana. sabar je hati nie. dengan hati rela aku merempat duduk di sebelah pakcik kopiah yang lena tido bertutupkan kain penutup mata. ~tumpang lalu pakcik~ hatiku berkata. tanpa melengahkan masa aku pun membuka bekalan yang di sediakan oleh mak petang tadi bihoon. tq mak!! perut aku yang kosong mesti di isi. maka operasi picnic di gerabak bermulacool smileys kata Jamal jangan tido sepanjang perjalanan lebih kurang 11 jam lebih. aku & Fad menyokong cadangan. malu juga nak tido dalam koc nie sebab terang sangat. kalau dalam bas tue lain gelap. nie pelbagai aksi & gaya lentok tido boleh di lihat.

ini adalah stesen yang train nie telah berhenti :
Bahau - 1130pm

Triang - 1215am
Mentakab - 1245am
Jerantut - 140am
...........zzZZZzzZZZZzzzz............scuba diving community*semua tido akhirnya*


fad & jamal sebelum tido


bergambar bersama pakcik yang tido

###### sambungannya akan datang #####

0 comments:

About Me

My photo
Name It, You Get It Here!

Followers

 

...NanA r0cK... Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei