al-fatihah buat arwah PUAN FILZAH MAD ZIN yang merupakan sepupu sebelah ayah kepada aku. berita sedih ini telah di sampaikan oleh abang arwah melalui telefon tangan pada jam 1245pm. arwah baru sahaja meninggal pada masa itu. sedihnya arwah merupakan ibu tunggal (bercerai) meninggalkan 2 puteri & 1 putera. moga pewarismu akan menyambung salah satu dari 4 perkara tersebut; doa anak-anak yang soleh & solehah.
berdasarkan dari sijil kematian yang aku belek-belek tengok tadi dari segi 'medic'nya sebab kematian ialah kencing manis & barah usus. menurut orang tuaku arwah telah lama sakit semenjak sebelum puasa lagi. allah maha mengetahui & menyayangi arwah. amin..
mulanya akak tak bagi aku ikut menziarah. takut-takut hal 3 tahun dahulu terjadi lagi. ye memang sungguh perit aku menanggungnya. hampir 1 tahun aku hilang semangat. namun demi menuntut fardhu kifayah aku kuatkan semangat. tashdik dalam diri aku pahatkan. sekarang kepala aku sakit. argh..mungkin sebab aku berhujan tadi..
0 comments:
Post a Comment