Monday, December 15, 2008

APA YANG PENTING? ~kerjasama!!

Posted by take5shopOn9 at 5:00 PM
OH KELANTAN 2008
EDISI II
4/12/08 KHAMIS;

Tanah Merah -
715am
Wakaf Bahru - 814am


keadaan dalam train agak sesak & dipenuhi oleh anak-anak Kelantan yang pulang ke desa halaman mungkin membuat persiapan untuk menerima kehadiran Idul Adha yang sering di katakan oleh orang sekeliling aku bahawa sambutan di pantai timur lebih meriah berbanding di rumah aku & kawasan yang sama langitud nya.

wahashamed smileys aku Jamal & Fad dah sampai ke tanah Kelantan, tak sangka di hati ini. lebih kurang 15minit menunggu Nad & Wei (panggilan Ayah Nad) menjemput kami ke rumah tumpangan yang disediakan. sesekali aku cuba goyak Klate tapi diprotes kedua 'adam' nie katanya sumbang bunyi macam Siam. dorang nie bab dengki & kaki kutuk memang bagus. pagi tue Nad singgah membeli juadah untuk bersarapan.

wah pelbagai jenis kuih-muih yang adasmilies. memang sukar & takkan dapat kita jumpa sekitar Lembah Klang, Masjid Jamek, Masjid India, Komtar, ioi Mall malah kedai auntie yan cekik darah pun tak ada. {kenapa mesti ada auntie}. dari pemerhatian mata & penghiduan hidung aku kuih-muih dorang bikin semua berasaskan gula & pulut. aku pagi-pagi sarapan yang manih-manih memang failed. tak buleh masuk la. tapi aku cuba untuk membolehkannya. huhuangel smileys aku tertarik dengan sejenis kuih tang bernama 'pulut pagi'. tapi aku tak berjaya bertanya lebih lanjut dengan akak penjual kenapa diberi nama seperti itu. adakah hanya boleh di makan pada waktu pagi sahaja?

pagi membeli sarapan di Wakaf Bahru

nampaknya ada manusia lain yang lebih awalindifferent smileys telah bertandang ke rumah tumpangan di Kampung Kutan Tengah. dua beradik dari Sungai Petani aku lihat seronok berlingkar di atas toto narita tajaan khas dari Nad & Famili. di beritahu mereka jam 530am sampai. mungkin tido nak melegakan punggung yang sakit duduk terlalu lama di dalam bas. aku izinkan mereka bermimpi seketika waktu. insan yan paling awal menjejakkan kaki ke Wakaf Bharu ialah Che'Na.

amboi nampak gaya boleh la goyak Klate ciput-ciput. tapi orang yang paling bermakna dalam majlis ini semestinya hasil tangan NORAINI CHE HARUN a.k.a NINI. macam tak percaya dah buleh berkumpul sebahagian budak-budak sekolah tangan bergerak di negeri yang tidak pernah tersenarai dalam kotak pikiran mejar Sazali semasa diumumkan untuk membuat hari Famili untuk budak-budak sekolah tangan bergerak suatu masa dahuluanimal smileys bihoon yang mak buat menjadi tambahan hidangan pada pagi itu di samping epal pai & nugget buatan Jamal serta nasi goreng & kuih belian tadi. meja bulat & pertemuan lutut ke lutut kami makan bersama-sama tanpa mandi pagi serta haruman minyak wangi.

rumah tumpangan

sarapan pagi

lagi sarapan pagi

0 comments:

About Me

My photo
Name It, You Get It Here!

Followers

 

...NanA r0cK... Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei