Thursday, September 18, 2008

TAK AKAN DATANG...

Posted by take5shopOn9 at 9:08 AM

alhamdulillah syukur pada nikmat ALLAH. tak sangka dah tiba 18 ramadhan. ada beberapa hari ketibaan syawal. tapi, rumah aku kuih raya pun belum bikin. so, aku lah yang kene bersiap sedia bersilat di dapur buat kuih raya. dalam kepala otak aku nie teringin la sangat nak buat kuih tat. tapi bukan kuih tat gulung. aku tak suka sebab bile aku makan rasa mulut nie macam penuh je dengan tepung dah la inti nenasnya ciput..ermm kuih wajib semperit. mak aku cakap, kuih semperit tahun lepas masih ada lagi dalam kabinet. aku pun terkejut camna boleh tak habis. ghupa2 nya kuih tue terselidung di sebalik pinggan mangkuk kuali belanga mak. tue lah banyak sangat khazanah agung kat umah tue.



aku dapat jemputan berbuka puasa. aku harap hamba ALLAH si polan nie mendapat hidayah & murah rezeki atas kesudian mengajak aku berbuka. maka si Jue membuat cadangan makan di Bangi. bagus gak idea, nak makan area sunway puchong bosan dah. tapi dalam otak aku nak makan kat warung2 je. si polan bawa aku ain jue ke sini. dari luar nampak menarik dan gah. tempat best aku cakap. stylo kampung. nie 1st time aku sampai sini. kitorang order:-

  1. KERANG BAKAR
  2. KAILAN IKAN MASIN
  3. SAMBAL UDANG PETAI
  4. NASI 4 ORAN
  5. IKAN KERAPU STEAM
  6. MANGO JUICE
  7. APPLE JUICE
  8. SOUR JUICE
  9. TEH O
aku pun tak tahu kenapa lah lewat sangat servis dorang di sini. azan dah setengah jam berlalu. air dah bergelen minum. makanan tak gak sampai2. benda nie buatkan aku jue ain teringat hal menunggu makanan kat Shah Alam tahun lepas. dah setahun berlalu. kitorang boleh terlelap kat meja makan tunggu order yang punya lah cikit dan mudah di masak. terus terang bukan aku je cakap kawan2 aku yang kuat makan pun kata masakan kat yankies hut memang 'kureng'. kalau ada surat komen atau peti cadangan nak je aku tulis kat tokey kodai.

*aku jumpa qadie member form6. macam hari raya lak. good luck qadie. jangan lupa undangan untuk aku nanti.

0 comments:

About Me

My photo
Name It, You Get It Here!

Followers

PERSEMBAHAN BAHASA ISYARAT (MySL)

Loading...
 

...NanA r0cK... Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei