Friday, September 12, 2008

nama dia Wan..

Posted by take5shopOn9 at 11:55 AM
bergambar bersama pelajar pekak

Semalam (11/09/08), giliran kumpulan merah pula membuat lawatan ke Sek Men Pen Khas Vokasional Sekysen 17, Shah Alam. Ini merupakan kali ke2 aku ke sekolah tue. Eh bukan..kali ke 3 rupanya. Maziah mengarahkan berkumpul di depan cafe pekak jam 145 pm. Dah la panas, enjin bas dah dipanaskan. Si pekak Aswad entah ke mana. Lebih kurang setengah jam boleh la naik bas. Inilah 1st time aku naik bas tue. Bangga pun ada.heheh.. Kalau xda progam berkaitan MFD jangan berangan la nak naik bas tue. Rezeki kot.. Rezeki ramadhan. Amin.. Dah ada kenderaan pun cukup bagus. Tujuan kami ke sana bukanlah meraikan majlis berbuka puasa bersama mereka, walaupun OKU. Tapi siape lah kami nie yang setakat orang biasa. Kitorang kene buat sedikit kajian soal selidik mengenai diri pelajar pekak disana. So, kitorang melantik Ana sebagai penggubal soalan yang akan disoal siasat kepada mereka nanti.

Lebih kurang jam 310pm kami sampai di dewan makan sek. Perghhh....panas la bukan main dewan makan tue. Duduk di dewan makan tue telah mengimbau kenangan aku semasa di asrama 3 tahun lalu. Bila diingat semula..Kelakar pun ada, bengang, sakit hati, arghhh macam2 la. Semua tue pengajaran dan kenangan lama. Biarlah berlalu sekarang aku ada misi tersendiri. Kedatangan kitorang taklah disam
but dengan paluan kompang, taburan beras kunyit ke, carpet merah ke, pendek kata semua tue takda. Pandai2 la bawa diri sendiri. Lagipun sebelum2 nie blue, yellow n white group dah pergi sana. Setiap sorang dapat la sorang adik angkat (mase tue je). Lebih kurang 1jam lebih sesi temuramah dijalankan.

Bukan aku saje yang pening, kawan2 aku pun sama. Sebabnya kitorang ada masalah misscommunication dengan dorang. Bukan senang nak berkomunikasi dengan orang pekak nie. Memang persediaan mental dan fizikal kene kuat. Kalau sekadar yang sedang2 saje. Boleh 'weng' jadinya. Tapi kesian gak ngan dorang nie, terlalu sedikit pemahaman terhadap isu semasa dan banyak lagi la. Aku tanya soalan simple pun dia tak paham. Apa dia jawab pun aku tak paham. Sebabnya..jauh sangat menyimpang dari apa yang aku nak tahu. Kesian..Owh yer..nama budak tue aku kenalkan sebagai Wan dari Kedah.





wan dan kawan2

Ini antara soalan yang aku tanya dan jawapan daripada Wan:-


1. Hobi?
..melepak, cuci kereta

2. Cita-cita?
..Mac D

3. Orang y
ang disayangi?
..rumah besar, mak

4. Apakah perkara yang paling dinantikan apabila tibanya Hari Raya?
..pergi beraya rumah kawan-kawan pekak

5. Apakah kelebihan atau kebaikan ibadah puasa?
..wang, dapat makan banyak, minuman, ayah tidak mahu menyediakan makanan



* bagaimana pelajar pekak hendak maju dalam pelajaran sedangkan soalan yang begitu senang tahap sek ren pun dorang tak boleh faham.kemana arah mereka dalam kehidupan kelak





























0 comments:

About Me

My photo
Name It, You Get It Here!

Followers

 

...NanA r0cK... Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei