Thursday, October 9, 2008

Siapakah JBI itu?Lu fikir la sendiri!!~

Posted by take5shopOn9 at 8:13 PM
Sebuah kumpulan gangster menghadapi masalah untuk mengutip wang perlindungan daripada peniaga. Ini kerana pihak polis sering membuat intipan dan tangkapan. Ketuanya mengambil seorang Pekak untuk mengutip wang tersebut. Pada pendapatnya, tentulah polis sukar untuk menyoal siasat si Pekak tersebut. Maka si Pekak pun mula mengutip wang dan berjaya memperolehi RM50,000.

Walau bagaimanapun, dia menyembunyikan wang tersebut di suatu tempat rahsia.
Maka pada hari yang telah ditetapkan, ketua gangster mengarahkan orang-orangnya
memanggil si Pekak. Apabila dipanggil, si Pekak itu berpura-pura tidak dapat berkomunikasi dengan mereka. Lalu mereka pergi berjumpa dengan seorang jurubahasa isyarat (JBI).

Gangster : Mana wang tu?

JBI menunjukkan isyarat kepada si Pekak...

Si Pekak menunjukkan isyarat untuk "Aku tak tahu apa yang mereka katakan."

JBI memberitahu gangster tersebut. Dan gangster tersebut menghalakan pistol ke arah kepala si Pekak.

Gangster : Aku akan tembak kepala kau, Pekak...

Si Pekak menunjukkan isyarat "Duit RM50,000 tu aku telah sembunyikan di taman permainan di bawah kerusi yang ketiga dari pintu masuk."

JBI pun berkata kepada ketua gangster, "Dia tidak tahu dimana wang itu dan kalau kau nak tembak-tembaklah... "

P/S: yg pasti bukan aku tau!!~klu aku yg amik RM50,000, gerenti aku da blanje korg makan!~

0 comments:

About Me

My photo
Name It, You Get It Here!

Followers

 

...NanA r0cK... Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei