Sunday, January 3, 2010

1 malam 3 kisah

Posted by take5shopOn9 at 11:52 AM
rutin biasa waktu selepas bekerja atau cuti umum adalah masa bersengkang mata dengan 2 lelaki gersang (jangan fokus pada sexs). lelaki nie memang suka berjalan-jalan erti kata lain explore kawasan sekitar Johor Bahru & Pasir Gudang. setiap pelosok ceruk hingga ke jalan mati sanggup meredah bersama satria kuning yang sangat aku suka. kadang-kadang penat & leceh mahu keluar masuk kereta jika duduk di tempat belakang.

fokus malam ini (02/01/10) mahu menonton AUTO SHOW di PERSADA. hasil google mengesahkan bermula 1-3 jan 2010. pesanan dari gon supaya pakai cantik-cantik (apa selama nie aku buruk sangat ke?). alasannya mahu bergambar dengan kereta mewah. melonjok-lonjak hati ke sana. sesampai sahaja pakir kereta agak lengang. pelik, kenapa tiada yang hadir. kami sedapkan hati, mungkin malam kurang pengunjung. keputusan terus ke lobby yang aku nampak sebuah kereta mewah di hiasi reben-reben. gayanya majlis perkahwinan anak kenamaaan. beremah mesra dengan orang menjaga lobby, yang aku nampak encik menggeleng kepala. hampa.. kata fad, di tunda ke bulan 3. akhirnya gelak beramai-ramai..dalam hati mengatakan, agak berpengaruh juga orang yang melangsungkan majlis perkahwinan ini.

fokus utama di ganti dengan agenda lain. ke danga city mall. pengalaman pertama aku & pengalaman yang entah ke berapa bagi 2 jantan ni. rasa macam atlet kg. dusun je. menggegil juga tangan ni. sempat berangan menjadi robin hood. walaupun tak mencapai sasaran. tapi gaya yang penting. sukan yan sihat; MEMANAH. sambung melalak di bilik yang hangat. servis tidak bagus. tapi bayaran nak standard mengikut piawaian.

perut lapar masa pun bergerak pantas. baru sedar pulang ke tilam masing-masing. satria kuning memecah kesunyian malam. anak kecil yang tidur nenyak boleh terjaga. memang bising bunyinya tapi kami semua suka. tak dapat dielak..lampu biru terkelip-kelip di tepi jalan. ketar lutut tuan kereta walaupun bukan dia yang pandu. akhirnya tidak terlepas kali ini. rupanya ada mata-mata yang telah buat pengawasan lebih awal dari jangkaan kami. sila ketepi kata pegawai. turut katanya. semua yang di pinta dituruti. dalam diam ada geram. tekan minyak. bijak jantan ni. separuh sahaja jadi bunyi masih boleh dikawal. amaran terakhir untuk menukar ke standard sebelum melepaskan pergi. jimat kertas saman encik. lancar je 2 jantan ni sumpah berbakul.

oh tuhan, mamat ni sengal ke kurang paham BM atau layan barang. boleh pula tanya ambil pesanan dengan siapa. padahal mamat nie lah yang baik je layan kitorang. boleh lagi makanan yang di pesan tak di hantar tapi pandai buat menu sendiri. marah pun macam blur je. selamat, akan datang kami tak mahu kamu yang melayan. silap-silap entah apa barang dia letak. elakkan lah ya allah..

0 comments:

About Me

My photo
Name It, You Get It Here!

Followers

 

...NanA r0cK... Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei