Tuesday, March 31, 2009

malam perempuan-perempuan a.k.a maskara

Posted by take5shopOn9 at 3:20 PM 0 comments
Halimatun Saadiah Mohd Hanafiah a.k.a mawk - pula mendeklamasikan puisi Tentang Mati karya Boyan dalam suasana istimewa kerana Nur Safiah Ab Rauf dan Nor Diyana Hassan, turut mengiringi bacaannya dengan bahasa isyarat: 

Saya memimpikan bertemu Tuhan
duduk pada sebuah taman
bicara apa adanya, apa saja.
Tuhan tiba-tiba beranjak dari duduknya
lalu pergi meninggalkan saya
dengan gundah dan tanda tanya
sudah siapkah saya untuk mati? 


Dalam keghairahan blogger membaca naskhah dan mendeklamasi puisi dari blog masing-masing, muncul Juliawati Muhd Yunus mengalunkan Rubaiat Hamzah Fansuri yang memberi kelainan dalam persembahan sehingga khalayak terdiam menghayati setiap patah perkataan rubaiat itu:


Hamzah Fansuri di dalam Makkah 
mencari Tuhan di Baitil Ka'bah 
dari Barus ke Kudus terlalu payah 
akhirnya dijumpa di dalam rumah. 

Aho segala kamu anak alim 
jangan bersahabat dengan yang zalim 
kerana Rasulullah sempurna hakim 
melarangkan kita sekalian khadim. 

Kunjung-kunjung di Bukit Tinggi 
kolam sebuah di bawahnya 
wajib insan mengenal diri 
sifat Allah pada tubuhnya.  

-ehsan berita mingguan ahad 9/12/2007      
-youtube: sajak dalam bahasa isyarat

Saturday, March 28, 2009

RINDU PUN BERMULA

Posted by take5shopOn9 at 4:23 PM 0 comments
ada 2 kali sabtu + ahad disini. sengaja tak mahu keluar bersama amie n hariff chan. pertamanya sebab penat kedua mahu buat kerja (tapi diganti dengan tilam + bantal) ketiga mahu bergoyang kaki di bilik yang sempit.

alahai..2 minggu sahaja disini. adakah kita akan bertemu lagi wahai si pekak. aku telah mula sayang kamu. aku sayang tangan + jari jemari ku kaku jika dibiarkan berdiam diri. aku sayang suasana + rakan-rakan di jabatan. tapi aku sayang diri aku juga. adakah bahagia jika aku disini? 

jangan terasa hati jika aku tak melayan kamu si pekak kalian. aku tak mahu rindu kamu selalu.

About Me

My photo
Name It, You Get It Here!

Followers

 

...NanA r0cK... Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei