Monday, March 11, 2013

Ibu Dan Anak diTepi Lebuhraya

Posted by take5shopOn9 at 12:14 PM


Salam hormat.


Rindu bangat sama kamu B a.k.a blog. Idea ada di kepala, apabila ingin diolah, 'jem'sebelum bergerak. Langsung punah la harapan dan berkubur terus. Baiklah diteruskann menaip ye. Baru habis tonton #detik12malam di #tv3. First time aku tengok. Selalunya missed dengan urusan peribadi (bukan berpacaran okay!). Yang menonton tadi pasti tahulahkan tajuknya malam ini tentang pengalaman pemandu teksi bekerja ditengah malam. Jadi aku buat rumusan tanpa arahan sesiapa, dari apa yang aku tonton tadi tahap 'kemeremangan' bebulu roma aku taklah sangat. Rata-rata macam cerita biasa aku dengar dari zaman hingusan hingga dah belia ni. Abang teksi ditahan penumpang diwaktu 2 ke 4 pagi kemudian bagi duit tambang terus turun teksi. 2 second hilang dari pandangan pemandu, bila pandang sekeliling rupanya berhampiran kubur. Dah tu muka pucat lesi pecut ala drifter (saja aku tambah bagi menampakkan gimik je) bla dari tempat kejadian. Balik rumah pemandu teksi ni kiralah hasil penat lelah seharian. Syok mengira not 'saploh', limaploh' dan sebagainya. Jumpa la 2helai daun. Difikir-fikir dari mana datangnya daun tu, teringatlah dia kejadian penumpang misteri tadi. Cerita ni dah biasa aku dengar. Version yang sama. Kenapa? Jin iblis telah direkrut cara macam tu ke nak ganggu anak cucu adam. Takpelah pengalaman mereka. Aku ni masih dipelihara dari pengalaman macam tu adalah lebih baik diam je kan.


Pengalaman aku pula, tak tahulah ketepatannya. Adakah benar itu dari kalangan jin dan iblis atau betul manusia (kalau manusia, kesian lah mereka). Cerita ni walaupun dah lama aku tetap ingat dan tak pernah cerita pada sesiapa. 5 tahun yang dulu, aku dan member sebuah kereta melusuri highway (maaf. aku tak tahu nama higway tu) pada pukul 2 pagi. suasana masa tu nyaman dan dingin. maklumla kereta ada aircond sejuk la. aku duduk dibelakang di sebelah kiri. sambil kereta bergerak leka lah pandang le tingkap sambil kepala baik je landing di cermin tingkap kereta. Sampai di satu susur keluar, kereta kami slow kerana jalan selekoh tajam. Masa selekoh tu, aku perasan seorang makcik alal-ala di kampung style dengan baju kurung cotton lusuh dengan anaknya lelaki pakai songkok hitam. aku anggap la mereka ni anak beranak kan. takkan lah skandal pula.

Gaya mereka macam menunggu. Dorang ni duduk betul-betul tepi jalan. kalau kereta terbabas, memang boleh la sauk dorang sama. Beb pukul 2 pagi apa dibuatnya 2 beranak ni? Tepi highway pulak tu. Kereta rosak? Takde pun kereta. Tunggu bas atau teksi? Celah mana datangnya dekat highway. Aku anggap dorang ni telah diculik seseorang kemudian dibiarkan tepi highw ay. hahahaha..bengong! Aku boleh nampak 2 beranak ni sebab cahaya limpahan lampu disusur keluar tu sangatlah terang benderang. Apa yang aku sebut masa nampak tu, eh buat apa dorang tu ye? Takde sorang member aku jawab atau respon apa aku katakan.

hurmmmm..makcik-makcik apalah buat berembun ditengah malam tengah highway? Kalau makcik baca post ni, jawab je soalan saya. Tq ::

0 comments:

About Me

My photo
Name It, You Get It Here!

Followers

PERSEMBAHAN BAHASA ISYARAT (MySL)

Loading...
 

...NanA r0cK... Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei