Friday, March 2, 2012

20 minit

Posted by take5shopOn9 at 1:00 PM 0 comments

20 minit bermula. 
Kesejukan dingin membeku entah berapa suhu diputarkan. 
Yang pastinya,jari jemari membeku terasa. 
Jaket denim tak mampu memanaskan badan.

20 minit terasa seperti 2 jam.
 Masih lagi bersabar. 
Semuanya kehendak hati, meredah hujan kerana 'si tua rambut & janggut putih'. 
Padahal dah kenyang. Nafsu. Seperti tiada esok.

20 minit untuk dapatkan yang 'pedas & panas'. 
Sejuk. Secawan air coke + ais ketul.
20 minit tidak menepati janji itu. 
Minit ke 40 baru ku terima 3 ketul ayam panas yang pedas.

Tesco;280212;2145

Tuesday, February 14, 2012

Merasalah juga

Posted by take5shopOn9 at 9:45 PM 0 comments
holllaaa!!

Lama sudah teringin dan berangan hendak menggunakan produk cap buah ini. Teringin hendak tahu apakah fenomena yang sangat menarik hingga memukau hatiku kepada sejak sekian lama. Cewah..

Sementara abang ipar aku ada dirumah boleh la aku godam godek Macbook Pro dia ni. Sabtu ni nak terbang ke Abu Dhabi, dah tiada la peluang jari jemari hendak merasa sentuhan si Job Steve. Memang sanagt berangan nak miliki sendiri sebijik macam ni. Tapi bila agaknya ye? Harapnya contest yang aku cuba nanti menyebelahi diri ini. Rezeki Allah tentukan, kita perlulah berusaha untuk mendapatkannya.

Baru je selesai membuat video clip untuk kakak aku dan suami tercintanya mengguna iMovie. Memang mudah dan menarik. Maaf tak boleh di muatnaik disini kerana ciptaan terpelihara untuk mereka khas dari aku..

oraitlah sambung 'Yes Captain!' disaluran One HD. Sorry semua my turn to watch Korea Movie :-)

About Me

My photo
Name It, You Get It Here!

Followers

 

...NanA r0cK... Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei