Thursday, May 7, 2009

Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

Posted by take5shopOn9 at 9:09 AM 0 comments

                                                    hadapan rumah buya HAMKA                                                     


      BUYA HAMKA

BAPAK HANIFF

aku mencari novel ini. mula jatuh cinta selepas berjumpa bapak Haniff anak saudara buya HAMKA dirumah warisannya semasa kunjungan ke Maninjau, Kabupaten Agam dahulu. selama ini hanya aku tahu gelaran namanya sahaja. tidak tahu karya ini suatu yang sangat istimewa. bapak sangat baik dengan aku semasa kunjungan lalu. rindu dengan senyuman dan ceritanya tentang buya.

kelok Ampek Puluah Ampek perlu dilalui bagi berkunjung ke rumah warisan buya. dan bayangkan bagaimana buya berjalan kaki mencari ilmu ke bukit tinggi dari rumahnya di Melinjau. dengan menaiki bas sahaja hampir 2 jam ini kan pula dengan berjalan kaki.

buya sewaktu anak kecil seorang yang nakal tambahan ibu dan bapanya berantakan semasa usianya 10 tahun. bapanya orang ulama yang sangat menentang adat pepatih minangkabau. terlalu ikutkan pewarisan harta bagi anak perempuan sahaja.

novel TKVDW dengarnya ada kaitan kisah cinta buya sewaktu masa dahulu. aku perlu mencarinya.

Tuesday, May 5, 2009

GUSI BENGKAK

Posted by take5shopOn9 at 7:39 PM 0 comments
pulang dari PADANG diri diuji demam panas seminggu. kata doc suspek denggi. cukup enak para jururawat mengambil darah aku dibuat uji kaji. lenguh tangan terasa hingga sekarang. alhamdulillah demam denggi jauh dari diri aku. 

mungkin demam akibat perubahan cuaca agak sejuk dan dingin di BUKIT TINGGI ditambah aku dihujani di sana hari tue. atau pun ada mistik yang menghantui hingga terbawa pulang ke MALAYSIA. segalanya ALLAH yang mengetahui. namun perjalanan 5day 4nite di sana sungguh menakjubkan. indah sungguh bumi tuhan yang terbentang.

sekarang dan seminggu yang lepas susah nak menikmati hidangan kerana gusi geraham bongsu bengkak dikiri kanannya. dah macam orang tua pula waktu mengunyah makanan. jadi 2 minggu nie aku lebih suka berdiam dirumah. alangkah bagus jika orang di dalam rumah ini faham bahasa isyarat. mudah untuk berkomunikasi.

*sampai bila nak melepk sahaja*

About Me

My photo
Name It, You Get It Here!

Followers

 

...NanA r0cK... Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei