Saturday, August 18, 2012

Adab Makan Pemakanan Ikut Sunnah

Posted by take5shopOn9 at 12:57 AM
Ada sedikit ilmu yg ingin dikongsi bersama dengan kawan semua, walaupun ada diantaranya telah mengetahui aku tetap ingin kongsikannya.

Rupa-rupanya tanpa kita sedar, dalam makanan yg kita makan sehari-hari, kita tidak boleh main balun aje. Sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit apabila kita telah tua nanti. Apabila kawan-kawan telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lain-lainnya. Moga sama-sama kita mendapat manfaatnya.

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah SAW tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari-hari. Apa kata kita ikut diet ini kawan-kawan. Tak payahlah susah-susah makan pil untuk kurus dan sebagainya yang akan mendatangkan kemudaratan pada diri.
Insyaallah kalau kawan-kawan ikut diet Rasullullah SAW ini. Garenti! kawan-kawan takkan sakit perut ataupun keracunan makanan. Semuanya dengan izin Allah.

Jangan makan SUSU + DAGING

Jangan makan DAGING + IKAN

Jangan makan IKAN + SUSU

Jangan makan AYAM + SUSU

Jangan makan IKAN + TELUR

Jangan makan IKAN + DAUN SALAD

Jangan makan SUSU + CUKA

Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH
DAHULU, BARU MAKAN NASI.

# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA
.
Nampak memanglah pelik.. tapi, kalau tak percaya... kawan-kawan cubalaa...
Ia tidak dalam jangka masa terdekat nie.... Ia berkesan bila kita sudah tua nanti.

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu.
Di kuatiri akan cepat mendapat penyakit.

Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan seperti

# Mandi Pagi sebelum subuh
Atau sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik.
Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

# Rasulullah mengamalkan
minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi.
Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

# Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur
sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa).
Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.

# Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

Wassalam...

Sama-samalah kita mengamalkannya.......

WallahuA'lam

Sabda nabi Ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan Insyaallah Allah akan

menggandakan 10 kali kepadanya.


0 comments:

About Me

My photo
Name It, You Get It Here!

Followers

 

...NanA r0cK... Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei