Friday, March 2, 2012

SusUsaha!!

Posted by take5shopOn9 at 1:04 PM

Jangan mudah menyerah kalah. Cayuk..cayuk.. Demi meneruskan perjuangan seterusnya berusaha sebaik mungkin 'menikmati' susu penuh krim berkhasiat ini sepanjang tempoh sebulan. Itu adalah tempoh percubaan. Andai pencapaian tekak ini memberangsangkan, maka berterusanlah hingga penghujung.

Ibarat minum sambil menjaga kesihatan. Owh tak mahu menopus (upssszz) silap. Tak mahu reput tulang; osteoporosis sebelum tua. Nanti nak aktiviti bersama cinta hati tiada stamina pula.

Puas paksa tekak menikmati susu penuh krim berkhasiat dijadikan amalan harian. Tak mahu diterimanya. Demi mencapai matlamat,maka hari ini dipaksa juga untuk meraih kejayaan. Ibarat minum sambil beramal untuk kesihatan diri. Nak telan bulat-bulat memanglah tak masuk,asyik nak keluar je. Bagi menambah kelazatan, aku pun belilah sekotak Cookie Crisp direndam bersama susu ini.


Taklah aku melakukan pembaziran,susu pun minum peraduan pun aku masuk. Insyallah ada rezeki boleh menang. Walaupun produk yang dimintanya Kid & School dari pelbagai perisa. Aku taram je minum. Semua ini adalah semangat dari sepupu aku yang tiap kali masuk contest memang murah rezekinya. Menang selalu. Antara yang pernah dimenanginya iPad 2, ipod Touch 2 bijik, HTC Smartphone dan banyak lagi.

Jom minum susu!!!

0 comments:

About Me

My photo
Name It, You Get It Here!

Followers

 

...NanA r0cK... Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei