Wednesday, January 7, 2009

BERMULAnya DI SANA

Posted by take5shopOn9 at 9:41 AM
pagi Jumaat aku menerima panggilan dari Piah yang bertanya 'adakah aku ada menelefon opis?'. sepanjang percutian aku di rumah tidak pernah sekali aku menelefon mereka di sana kerna aku tahu tiap soalan yang di tanya telah ada skema jawapannya. malahan telefon qarat aku ada sahaja di mana-mana. aku berhasrat melaksanakan praktikal di studio. maklum sajalah jika aku best luck ada penempatan di sana. lagi pun 2 tahun di sana dulu membuatkan aku tidak kekok menjalani harian hidup.

berdasarkan sumber telefon qarat LI akan dilakasanakan 1 minggu lewat. atas alasan masih ada sebahagian penempatan belum dapat di tempatkan. arghh` tiap-tiap pagi aku menjengah peti surat. walaupun surat tawaran dari Ah long aku tetap mengambilnya. dengan tujuan untuk menyedapkan hati, aku menerima surat walaupun bukan bercopkan setem puchong. hari makin dekat menghampiri 5hb Januari 2009. tiada pesanan ringkas mahupun ucapan dari siapa-siapa tentang kepastian ini. aku terus menunggu hingga lah panggilan dari Piah bercampur dengan gelak setan berdekah-dekah. tanpa malu mengatakan aku bersamanya ke Politeknik JB, Pasir Gudang. dengar sahaja aku dah seriau. kenapa jauh sangat tersasar aku di hantar ke Selatan. bukan sana yang aku impikan. hancur segala. kata putus diambil. aku bersama Piah menaiki kancil biru milik ibunya merentasi lebuhraya Seremban-KL ke opis.

cafe berwajah baru. mungkin rezeki lebih.. opis yang suram hanya ada 2 si pekak; Fakhrul & Hazirah di temani perempuan gila mengilai tanpa alasan; Liza. surat tawaran di terima aku baca dan fahami. yakin! aku di sana. tekanan menghimpit jiwa. mental fizikal aku tiada persediaan di sana.

plan 1st isnin selepas subuh bertolak ke PG. terima kasih Piah & family kerna sudi menumpangkan aku & barang-barang 3 bulan ke sana. hati & jiwa melayang sepanjang 4 jam perjalanan. aku tiada rasa tiada jiwa. mati. aku yakinkan diri mungkin ada hikmah di sana. plan 1st batal. waktu perjalanan di tukar pada ahad tengahari. aku kelam kabut. barang tak berkemas. arghh` bodoh kenapa lewat surat ini di terima? kenapa ada yang dibenarkan melapor diri lewat dari 5hb. Piah mahu pergi awal ke sana bagi mendapatkan penempatan asrama. aku akur. semalam bermalam di hotel bajet PG.

isnin pagi sebelum jam 830 aku Piah telah tiba di lobi opis Poli. menunggu dengan sabar 3 jejaka Jawa. janji melayu bertukar jam 1030. 5 pasang mata berbincang hati bersama ihsan bercerita kekeliruan & kekabutan yang berlaku. surat lewat di terima menjadikan 3 lelaki Jawa tidak membuat sebarang persiapan. syukur di panjat puan yang cantik menerima lantas jemari memicit punat telefon berdiskusi en.rahman. tarikh baru di lanjut hingga 12hb Januari 2009.

maka urusan penempatan harus di fikirkan. lelaki jawa tidak diberi jaminan. mujur ada Piah dapat meleraikan segalanya. akhir bilik peninggalan 6 bulan yang lalu kami menjadi penghuni baru. tulang 8 kerat berhempas pulas membersihkan segala kotoran. selesai pemunggahan barang 3 bulan. aku Piah pulang ke lubuk mahu mencari ketenangan sementara.

* sakit hati apabila tarikh yang baru tidak di beritahu awal

0 comments:

About Me

My photo
Name It, You Get It Here!

Followers

 

...NanA r0cK... Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei